Monday, August 31, 2009

-KENYATAAN MEDIA DR.MUHAMMAD NUR MANUTY.

ISU MENGARAK KEPALA LEMBU DI SHAH ALAM.

Adalah amat pelik dan mendukacitakan apabila melihat tindakan sekumpulan 50 penduduk mengarak kepala seekor lembu, melaungkan kata-kata provokatif dan bertakbir tidak pada tempatnya. Ia dilakukan pada hari (Jumaat) dan di bulan (Ramadan) yang cukup mulia bagi umat Islam. Seharusnya, bulan Ramadan ini dapat melatih kita untuk menundukkan nafsu amarah yang merajalela dalam diri. Tindakan kumpulan ini adalah terasing dan bukan mewakili kehendak Islam. Agama mengajar kita agar menangani isu-isu seperti yang dihadapi dengan penuh kesabaran, bijaksana dan berhikmah.
Kebebasan bersuara dan memberikan pandangan adalah suatu perlu diizinkan. Inilah iklim yang kita mahu demi membina masyarakat madani dan masa depan negara yang lebih gemilang. Namun, apabila kita lupa kepada adab dan susila yang sewajibnya, ia jadi memalukan diri sendiri, menjatuhkan imej agama dan mencalar maruah umat. Malah, lebih parah ia boleh menimbulkan tindakbalas anarki yang mungkin tidak mampu kita kendalikan lagi.

Garis panduan mengenai hal ini telahpun digariskan Allah di dalam Al Quran yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.”(Al-An’am: 108).

Jelasnya, tindakan provokatif ke atas agama lain seperti ini boleh mencetuskan reaksi dan ketegangan yang tidak perlu sama sekali dalam masyarakat Malaysia yang majmuk dan harmoni ini. Bukankah Islam itu merupakan agama pelindung dan rahmat untuk sekalian alam?
Melihat kepada ironisnya peristiwa yang terjadi, kita mengesyaki bagaikan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk memenuhi agenda politik tersirat yang telah dirancang lebih awal. Maka itu, semua pihak perlu berhati-hati dan berwaspada.

Dengan kejadian ini, kita menuntut agar tindakan segera hendaklah dilakukan oleh semua pihak berwajib – polis, Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa agama sendiri. Siasatan perlu dibuat, siapa sebenarnya mereka (khususnya kewujudan individu yang tidak dikenali bersama kepala lembunya), siapa di belakang mereka dan apakah matlamat mereka sebenarnya.
Kita juga memohon kesabaran dan ketenangan semua pihak. Suasana dialog dan mesyuarah dalam menyelesai segala kemelut yang berlaku hendaklah disuburkan. Ini sudah pasti dapat meningkatkan persefahaman dan saling menghormati di antara satu sama lain. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakatnya. Bukankah Islam itu agama yang membawa kesejahteraan?

DR.MUHAMMAD NUR MANUTY
Pengerusi, Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama
Parti Keadilan Rakyat

-Memang nak cabar Mansuhkan ISA..

YB Rodziah Tegur Akhbar Putarbelit Kenyataannya..!

Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga yang juga exco kerajaan Negeri Selangor, YB Rodziah Ismail hari ini menyelar sebuah akhbar harian yang disifatkan mengeluarkan laporan dan berita yang mengelirukan dan memutarbelitkan kenyataannya.

Akhbar Sinar Harian di dalam pada hari semalam telah menyiarkan berita bertajuk ”ISA kepada yang terlibat: Exco” di mukasurat pertama dan Rodziah menyarakan bahawa tajuk berita yang disiarkan adalah mengelirukan atau misleading kerana saya tidak pernah menyarankan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) digunakan ke atas mereka yang menyertai perhimpunan itu.Rodziah menjelaskan ketika ditemui wartawan, beliau mempersoalkan double standard yang diamalkan oleh pihak pemerintah kerana kelihatan hanya menggunakan ISA ke atas pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa menimbulkan isu perkauman sepertimana dilalui oleh Exco Kerajaan Negeri Teresa Kok tahun lepas, tetapi tiada tindakan dikenakan ke atas pimpinan atau penyokong Barisan Nasional yang menjurus kepada ketegangan perakuman sepertimana disaksikan dalam perarakan kepala lembu di depan Bangunan SUK pada Jumaat lalu.Katanya, adalah jelas bahawa ISA digunakan oleh pihak pemerintah hanya untuk memburukkan imej pimpinan Pakatan Rakyat.

Untuk menghalalkan penggunaan ISA, pimpinan Pakatan Rakyat dikaitkan pula dengan isu ketegangan perkauman.Justeru itu, beliau menekankan bahawa beliau tetap berpegang kepada pendirian bahawa ISA harus dimansuhkan kerana ISA telah memberi kuasa yang terlalu besar kepada Menteri Dalam Negeri sehingga bertindak secara selektif serta menafikan hak perbicaraan dan hak untuk membela diri seseorang.Beliau berharap pelaporan berita ke atas isu pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Sekysen 23 ini tidak teralih dari masalah pokoknya, iaitu isu perancangan komuniti yang bakal diselesaikan dalam pertemuan dengan penduduk Seksyen 23 pada 5 September nanti.Di dalam satu perkembangan lain, akhbar Sinar Harian telah sekali lagi cuba mengellirukan pembacanya dengan menggunakan laporan beritanya yang salah itu untuk mendapatkan pandangan dari Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan.

Menurut laporan Sinar Harian hari ini, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mempersoalkan desakan pemimpin PR yang mahukan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan terhadap kumpulan penunjuk perasaan sedangkan mereka sebelum ini menolak penggunaan akta tersebut.“Itu adalah suatu yang pelik kerana pembangkang sanggup berdemonstrasi besar-besaran mahukan ISA dihapuskan tetapi sekarang mahukan akta tersebut digunakan pula.“BN sudah lama dahulu mengetahui bahawa dalam kes-kes tertentu ISA patut digunakan kerana kita memahami akta terbabit tidak akan disalah gunakan untuk kepentingan sendiri,” katanya.

Penafian Rodziah menunjukkan Ahmad Maslan tidak lansung menyemak fakta kebenaran persoalan yang dikemukakan oleh wartawan akhbar picisan, Sinar Harian tersebut tetapi lebih selesa untuk mengulas mengikut kehendak nafsunya sekalipun berasaskan kepada laporan berita yang salah.

Saya cabar Polis supaya menahan individu yang cetuskan simbolik kepala lembu menyebabkan ketegangan perkauman Jumaat lepas disiasat mengikut akta polis selain ISA secepat mungkin.. Tak perlu ISA macam Teresa Kok.. Jangan nak ubah tajuk.. Yang dipertikaikan adalah kelembapan pihak polis bertindak seolah-olah takut dengan BN berbanding kepantasan bilamana sesuatu aduan ditujukan kepada Pemimpin Pakatan Rakyat..

Jangan Nak Kelentong Rakyat Malaysia..

1Malaysia terbarai.. Laungan Retorik semata-mata kosmetik tanpa pengisian..
Slogan 'Ketuanan Rakyat' terus diperjuangkan Pakatan Rakyat..

-Kenyataan Media YB Rodziah Ismail..

Penggunaan ISA Secara Double Standard Dipersoalkan.




30 OGOS 2009 : Merujuk kepada laporan berita yang disiarkan dalam mukasurat pertama Sinar Harian hari ini (30 Ogos) bertajuk ”ISA kepada yang terlibat: Exco”, ingin saya memperjelaskan pendirian saya seperti berikut:

1) Tajuk berita yang disiarkan adalah mengelirukan atau misleading kerana saya tidak pernah menyarankan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) digunakan ke atas mereka yang menyertai perhimpunan itu.

2) Ketika ditemui wartawan, saya mempersoalkan double standard yang diamalkan oleh pihak pemerintah kerana kelihatan hanya menggunakan ISA ke atas pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa menimbulkan isu perkauman sepertimana dilalui oleh Exco Kerajaan Negeri Teresa Kok tahun lepas, tetapi tiada tindakan dikenakan ke atas pimpinan atau penyokong Barisan Nasional yang menjurus kepada ketegangan perakuman sepertimana disaksikan dalam perarakan kepala lembu di depan Bangunan SUK pada Jumaat lalu.

3) Adalah jelas bahawa ISA digunakan oleh pihak pemerintah hanya untuk memburukkan imej pimpinan Pakatan Rakyat. Untuk menghalalkan penggunaan ISA, pimpinan Pakatan Rakyat dikaitkan pula dengan isu ketegangan perkauman.

4) Maka saya tetap berpegang kepada pendirian bahawa ISA harus dimansuhkan kerana ISA telah memberi kuasa yang terlalu besar kepada Menteri Dalam Negeri sehingga bertindak secara selektif serta menafikan hak perbicaraan dan hak untuk membela diri seseorang.

5) Dengan ini saya berharap pelaporan berita ke atas isu pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Sekysen 23 ini tidak teralih dari masalah pokoknya, iaitu isu perancangan komuniti yang bakal diselesaikan dalam pertemuan dengan penduduk Seksyen 23 pada 5 September nanti.


YB RODZIAH ISMAIL
ADUN Batu Tiga
Exco Kerajaan Negeri Selangor

-Amanat Merdeka Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia 31 Ogos 2009

Ayuh Anak Muda : Pertahankan kemerdekaan, Tolak Politik Perkauman !



Setelah 52 tahun Merdeka adalah amat penting untuk generasi muda Malaysia kembali melihat dan memahami semangat kemerdekaan itu sendiri. Intipati kemerdekaan terkandung dengan jelas di dalam Pemasyhuran Kemerdekaan yang menekankan aspek keadilan dan kebebasan untuk rakyat negara tercinta.

Namun setelah 5 dasawarsa, terdapat rakyat yang tidak mampu menghayati erti kemerdekaan dan menganggap merdeka membolehkan mereka untuk hidup tanpa memikirkan mengenai masa depan negara dan kepentingan bersama. Golongan ini mengambil mudah kemerdekaan yang diperolehi dengan membayar harga yang mahal oleh generasi pengasas negara ini yang mengorbankan harta benda, kebebasan dan darah.

Lebih malang apabila pemerintah sendiri lupa dan khianat kepada teras kemerdekaan yakni menjamin keadilan dan kebebasan untuk rakyat berbilang keturunan dan agama. Pemerintah hari ini bertindak sewenang-wenangnya merebut kekayaan negara untuk kepentingan diri sendiri dan kroni. Pada masa yang sama sentimen perkauman dipai-apikan sehingga menimbulkan syak wasangka, salah faham dan permusuhan antara kaum.

Pemerintah BN hari ini melabelkan sesiapa yang cuba mempertahankan hak sah semua kaum dan memupuk perpaduan sebagai pengkhianat. Walhal mereka yang khianat dengan menjual tanah dan kepentingan strategik negara kepada orang asing. Mereka juga khianat dengan mengajak rakyat untuk bermusuhan. Mereka mahu Melayu menaruh prasangka dan membenci kaum lain. Pada masa yang sama mereka mahu orang Cina, India dan Bumiputra merasa terancam dan membenci orang Melayu. Lagak mereka ini tidak ubah seperti penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah (divide and rule).

Semua ini mereka lakukan dengan tujuan yang sama seperti penjajah, iaitu untuk mengekalkan hegemoni dan penguasaan mereka. Tatkala rakyat disibukkan dengan permusuhan dan kebencian, pemerintah akan bebas merompak kekayaan negara ini. Mereka mengalihkan perhatian rakyat untuk mengekalkan penguasaan mereka dan memudahkan mereka merompak di siang hari.

Kerana itu saya menyeru rakyat Malaysia, khususnya anak muda, untuk memainkan peranan utama mempertahankan kemerdekaan negara dengan menentang sikap perkauman. Pada masa yang sama kita perlu memberi perhatian khusus kepada korupsi dan berjuang menentang amalan rasuah dan pengelewengan. Kita mesti berani untuk mengatakan tidak kepada tindakan-tindakan korup pemerintah.

Anak muda mempunyai tanggungjawab besar untuk bergerak aktif memperjuangkan semangat kemerdekaan melalui parti politik, gerakan masyarakat dan pelbagai wadah lain termasuk menyampaikan mesej melalui seni budaya dan sebagainya. Peranan paling asas yang perlu dilaksanakan ialah dengan mendaftarkan diri sebagai pengundi dan keluar mengundi dalam setiap pilihanraya.

Sebagaimana anak-anak muda negara ini bersama dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, anak muda sekarang perlu memastikan suara, harapan dan buah fikiran mereka juga turut sama dalam membentuk halatuju dan masa depan negara ini. Ini tanggungjawab anak merdeka.
Kerana kita mahukan masa depan yang lebih baik, negara yang adil, bebas dan harmoni; kita perlu berusaha mendapatkannya. Sebagaimana para pejuang kemerdekaan menghadapi penjajah dengan berani, anak muda juga perlu menghadapi pemerintah hari ini dengan berani.

Bersama kita lakukannya !

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Saturday, August 29, 2009

-Mana juak-juak hipokrit UMNO yang pertahankan Islam??

JANGAN LUPA... BACA NOTIS DIBAWAH :

Tarikh: 10-9-2007

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA SURAU AR-RAHMAH SEKSYEN 8, SHAH ALAM

Assalamualaikum Wmt. Wbt.,

Bagi menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dengan ini Majlis Agama Islam Selangor mengarahkan surau ini ditutup sementara waktu bermula dari tarikh notis ini bagi tujuan menyelesaikan segala permasalahan dalaman pentadbiran dan pegelolaan surau. Surau ini akan dibuka semula pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Para jemaah dipersilakan ke Masjid Negeri kerana jarak perjalanan dari seksyen 8 ke Masjid Negeri tidak begitu jauh. Semua orang hendaklah mematuhi arahan ini. Sekian, dimaklumkan.

"AMANAH, PRIHATIN, MESRA"
"MENGHARAP KEREDHAAN ALLAH"

Saya yang menurut perintah,


(DATO' HJ. MOHAMMED KHUSRIN BIN H. MUNAWI)
Setiausaha, Majlis Agama Islam Selangor.

Alhamdulillah akhirnya, pada April 2008 Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setelah mendapat perkenan Sultan Selangor meraikan penduduk yang mengadakan majlis kesyukuran di Surau Ar-Rahmah, Seksyen 8 di sini, menandakan berakhirnya tindakan menyita rumah Allah itu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dibawah telunjuk geng2 BN. Terima Kasih kerana ianya hasil sokongan Rakyat Negeri Selangor yang majoriti mengundi calon Keadilan, PAS dan DAP membolehkan Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan di Selangor sekaligus memperbetulkan banyak tindakan membelakangi Rakyat yang dilakukan kerajaan BN sebelum ini.

Penutupan surau ini dibuat menjelang Ramadhan 2 tahun lepas sangat-sangat mengusarkan hati penduduk seksyen 8 dan sekitarnya. Mengenangkan kemudahan dan imarhahnya surau ini berbanding surau-surau lain di sekitar shah alam ini dapatlah ditelah mengapa UMNO/BN mempergunakan JAIS untuk menutupnya.

Mana perginya orang UMNO kononnya memperjuangkan ISLAM sewaktu surau ini ditutup. Bukan main hebat menyalak sekarang ni memperbesarkan isu kuil yang dipindahkan.

Pemimpin Islam perlu menunjukkan bahawa Islam itu amat adil, bijak dalam mentadbir dengan semua bangsa akan mendapat manfaat berada di bawah naungannya. Saya percaya jika pemimpin Islam dapat mentadbir kerajaan secara amanah, ikhlas dan efisen bermakna pembangunan negara dan negeri akan memberi keselesaan kepada seluruh rakyat.
Pemimpin Islam perlu mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abd Aziz walaupun hanya memerintah selama dua tahun, rakyatnya tidak ada yang miskin dan sentiasa Aman.

Wallahuallam..

Friday, August 28, 2009

-Retorik 1 Malaysia BN Terbarai..









KITA TIDAK PERLU TERPERANGKAP DENGAN PERMAINAN POLITIK PERKAUMAN UMNO YANG INGIN MEMASTIKAN 'RACIAL RIOT' ANTARA MUSLIM DAN HINDU DENGAN SENGAJA MENYAKITKAN HATI KAUM HINDU EKORAN INSIDEN DEMONSTRASI MENGGUNAKAN SIMBOLIK KEPALA LEMBU- SMS DITERIMA DARIPADA KETUA PENERANGAN KEADILAN PUSAT.

KEPADA KAWAN KAWAN BERAGAMA HINDU HARAP BERTENANG, KEMPEN PADA MASYARAKAT HINDU YANG LAIN SUPAYA MELUAHKAN KEMARAHAN MASYARAKAT HINDU KEPADA UMNO-BN DI PETI UNDI... UNDILAH SAMADA KEADILAN, PAS ATAU DAP..

KEPADA KAWAN-KAWAN BERAGAMA ISLAM.. JANGAN CEPAT TERPENGARAUH.. CARI FAKTA DALAM INTERNET BERKENAAN LOKASI SEBENAR CADANGAN KUIL BERKENAAN.. SEBENARNYA CADANGAN PEMINDAHAN KUIL TERSEBUT BERADA DALAM JARAK LEBIH 300 METER MEMBELAKANGI TAMAN PERUMAHAN.. JALAN MASUK KE KUIL DIBINA BERASINGAN DENGAN JALAN TAMAN PERUMAHAN SEDIADA..

ISU INI SENGAJA DIPERBESAR-BESARKAN OLER JUAK-JUAK UMNO UNTUK MENARIK SOKONGAN ORANG ISLAM SUPAYA MEMBENCI KERAJAAN NEGERI SELANGOR..

HAKIKATNYA KITA HIDUP BERBILANG BANGSA DAN AGAMA.. JUSTERU ITU, SEHARUSNYA KITA MENGAMALKAN SIKAP BERTOLAK ANSUR DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN DEMI MENJAGA KEHARMONIAN NEGARA.. SIFAT MULIA AJARAN ISLAM..

SETIAP KEPUTUSAN YANG DIBUAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR ADALAH SETELAH MENGADAKAN BEBERAPA KALI PERTEMUAN DAN PERBINCANGAN DENGAN PELBAGAI PIHAK DAN MASYARAKAT DI SHAH ALAM..

PENDUDUK SHAH ALAM RAMAI TAHU CERITA SEBENAR APA YANG BERLAKU.. HANYA SEGELINTIR JUAK-JUAK UMNO KARAT YANG SENGAJA MEMPERBESARKAN ISU INI DENGAN HARAPAN ORANG ISLAM DI SELANGOR KHUSUSNYA DARI LUAR SHAH ALAM YANG KURANG MAKLUMAT SEBENAR TERPENGARUH DAN MEMBENCI KERAJAAN NEGERI SELANGOR.

DIHARAP RAKYAT NEGERI SELANGOR DAPAT BERFIKIR SERTA MENGUKUR PRESTASI KERAJAAN SELANGOR KINI DENGAN PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR DENGAN PELBAGAI BANTUAN KEPADA RAKYAT SEPERTI PEMBERIAN AIR PERCUMA 20M3, TAWAS, SKIM MESRA USIA EMAS DAN PELBAGAI BANTUAN LAGI..

RETORIK 1 MALAYSIA NAJIB TERBARAI DAN KITA KEKALKAN SLOGAN KETUANAN RAKYAT..

'REFORMASI'

-Kisah Sebenar Perjalanan Kemerdekaan TERBONGKAR ! buat tatapan generasi hari ini



Sultan


5 Ogos 1957 - Gambar diambil sebelum perjanjian menandatangani penubuhan Federation of Malaya 1957. Tiga dari kiri (duduk): The Regent of Johore, SultanPerak, Raja Perlis, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Kedah, High Commissioner, Sir Donald MacGillivray, Sultan Pahang, SultanSelangor, Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu. Berdiri di belakang Sir Donald, ialah Chief Secretary, Sir David Watherston.

50 tahun berlalu sudah apabila genap tanggal Ogos 31. Malaysia jadi sebuah nama baru dalam memori kita, dalam memori orang-orang tua. Malaysia – Malayan Union – Malaya – Tanah Melayu – Tanah Segara Masin. Turutan nama tanah semenanjung dari saat kini balik ke saat ditemui orang-orang lari dari ’seberang’. Dari saat pembukaan Kedah Tua disambung ke Melaka, kemahsyuran Tanah Melayu tersohor seantero dunia sebelum dijajah beratus tahun dan mencapai kemerdekaan secara ‘konon-kononnya’ dalam tahun 1957…

Sepanjang lama mananya perjuangan orang-orang terdahulu untuk membebaskan tanah air dari penjajah dalam tempoh beratus tahun epilog perjuangan tanpa henti, sepanjang itu jugalah kami ingin membongkar kisah sebenar tentang KEMERDEKAAN ini yang pernah di dakwa oleh pengasas UMNO iaitu Dato' Onn Jaafar sebagai KEMREDEKAAN YANG SEPARUH MASAK. marah, kesal, sedih dan menangis bila mengenangkan betapa jauh perjalanan untuk mencapai sebuah kemerdekaan mulia.Semoga dapat kita jadikan pedoman dan warisan buat anak cucu dan generasi akan datang. Insyaallah!

PERMULAAN KERAJAAN

Kisah bermula bila kerajaan mulai wujud sekitar tahun 1136 / 1137 dengan kemunculan Kedah Tua sehingga kemunculan Melaka dalam tahun 1400. Kedaulatan Raja-Raja Melayu yang turun dari jurai keturunan Ahlul Bait menyinari kedamaian bumi timur. Kerajaan-kerajaan Nusantara jadi tonggak dan pertahanan sayap kiri bagi kerajaan agung Turki Utmaniah di Timur tengah. Nama-nama besar seperti Melaka, Demak, Aceh, Pontianak, Sulu dan beberapa nama lain jadi penyambung wasilah dari Mekah, Madinah, Yaman dan lain-lain negeri di Tanah Arab. Perang salib antara Islam dan Kristian merebutkan Kota Jerusalam yang berlanjutan beratus tahun turut dibintangi oleh watak-watak tentera Melayu dan Nusantara khususnya. Tapi siapa tahu akan wujudnya fakta ini pada hari ini? Siapa tahu Melaka adalah sayap kiri Kerajaan Turki Utmaniah? Kalau tiada siapa yang tahu, merdekakah kita sebagai penyambung wasilah?

Bila kerajaan Melayu mula mahsyur, tersohor ke seantero dunia, Bahasa Melayu jadi bahasa utama pelaut, pedagang dan bahasa nombor dua dunia selepas bahasa Arab. Manusia bertutur dalam dialek Melayu di Melaka, di Arab, di China, di Eropah juga di negara Hindi. Itulah kehebatan orang Melayu dahulu. Bukan sekadar handal berurusan perihal politik, pentadbiran negeri, ketenteraan, malah bahasa sendiri jadi pegangan selain agama yang hak dan adat resam tinggalan warisan tua. Tapi hari ini, dikala kita merdeka, Bahasa Melayu makin jatuh ke tangga entah nombor berapa dalam gelanggang bahasa utama dunia. Bahasa Melayu jadi ‘bahasa antah berantah’… Tanah Melayu dan Melaka secara amnya mula jadi tempat tinggal bersama bagi kaum Melayu, Cina, India, Arab, Parsi, Siam dan beberapa kaum dan bangsa lain lagi. Pada ketika ini, Nusantara secara amnya telah menjadi ‘The United States’ hampir 400 tahun sebelum kewujudan USA (1776)!

Kalaulah golongan hari ini sedar akan kekhilafan kita sebagai bangsa yang lupa atau golongan hari ini tahu akan asal usul bangsa Melayu selain yang dikatakan bangsa ‘lari’ dalam dialek Jawa, pasti mereka terpegun dengan kehebatan orang dulu. Pasti tergamam tak terkata. Pasti merdeka hati, fikiran dan jasadnya. Maka merdekalah mereka yang sebenar-benarnya merdeka.

Bila dikatakan tentang Jawa, jangan pula ada yang berselisihan dari segi Melayu-Jawa kerana orang Jawa juga dalam rumpun Melayu selain Deli, Asli, Jati, Minang, Bugis dan pelbagai lagi pecahan rumpun Melayu. Pelik? Jangan bingung! Melayu sendiri memang didalangi pelbagai rumpun lain sebelum dapat jadi sebuah bangsa yang satu. Seperti kisah asal usul nama ACEH. Asal usul kisah penyatuan empat bangsa utama dunia sebelum jadi Melayu. Tapi siapa yang tahu akan asal usul nama Aceh pada hari ini? Mungkin sedikit yang ingin mengkaji, mungkin ramai juga yang cukup mengaji tapi tiada mahu mencurah ilmu kembali buat tatapan anak cucu keturunan bangsa… Jadi merdekakah mereka?

Lantas bila Portugis dan negeri-negeri lain yang berpegang teguh pada ajaran ‘Yesus Kristus’ dan yang kalah teruk dalam perang salib di Timur Tengah walaupun dipimpin raja agung Richard The Lion Heart, mereka mula cuba cari kelemahan Turki Utmaniah, cuba cari kelemahan tentera dan murid Salahuddin Al Ayyubi, tapi tiada kelihatan. Maka pandangan si musuh meneroka jauh ke timur, lalu Melaka jadi sasaran dendam agama beratus tahun.

Siapa kata Portugis serang Melaka atas dasar ingin monopoli perniagaan rempah atau kuasai perdagangan laut bumi timur semata-mata? Sejarah sebenar telah diubah dari buku teks pendidikan sekolah hari ini membuat anak-anak lupa lantas jadi sasau mengenang arah tuju bangsa. Tujuan Portugis tidak lain dan tidak bukan berlandaskan 3G! Bukanlah 3G yang ada dalam talian telefon bimbit hari ini, tetapi God, Glory and Gold! Kerana tuhan. Kerana agama jadi agenda utama… Dendam perang salib belum terpadam dalam jiwa.

PERJUANGAN KEMERDEKAAN FASA I

Percubaan serangan pertama Portugis ke atas Melaka pada tahun 1509 di bawah pimpinan Diego Lopez de Sequiera berjaya dipatahkan tentera Melaka tetapi Portugis melanggar lagi pada 1511 dengan Alfonso de Albuquerque sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua. Tepat waktu subuh Ogos 24, 1511, lepas solat subuh, Melaka mula secara sedikit-sedikit jadi makanan Portugis. Bermulalah era penjajahan keatas bangsa Melayu, kerajaan Melayu, adat resam Melayu. Segala yang Melayu ‘diPortugiskan’ oleh mereka, dan segala yang Portugis, kekal jadi Portugis. Jadi belum merdekalah kita pada masa itu. Portugis duduk seratus tahun lebih. Jadi raja yang batil. Jadi tuan memerintah tanah asing. Dari sini, timbullah nama-nama pembela bangsa seperti Hang Nadim, Panglima Awang (Henry The Black / Enrique of Malacca), Raja Haji, Daeng Kemboja, Patih Unus dan ramai lagi disertai tentera pembela maruah dari segenap pelusuk Nusantara seperti Aceh, Jawa dan Demak bergilir-gilir menentang Portugis.

Panglima Awang yang melarikan diri dari pelayaran Ferdinand Magellan manjadi manusia pertama mengelilingi dunia (jika diambil kira asal usulnya dari Melaka kemudian belayar ke Eropah, sebelum kembali ke kepulauan Melayu dan Melaka secara amnya) dalam tahun 1521 kembali menyerang untuk membebaskan Melaka dari tangan Portugis. Perjuangan beliau disambung oleh anaknya selapas kematian beliau. Tak lama selepas itu, Laksamana Hang Nadim muncul pula berjuang dan mendapatkan semula Melaka dalam tahun 1525 iaitu 14 tahun selepas Portugis berkuasa. Tapi tak lama, Portugis merampas semula Melaka. Dalam tahun 1615 – 1629, angkatan tentera Aceh pula menyerang Melaka dan berjaya menawan Melaka selama beberapa bulan, sebelum jatuh lagi ke tangan Portugis dan kekal dijajah…

Selepas Portugis kenyang menelan Melayu dalam lebih kurang 125 tahun, mereka dinyahkan dari bumi Nusantara oleh Belanda. Belanda juga tak kurang rakus dan lahapnya. Semua Melayu yang telah ‘diPortugiskan’ oleh Potugis, ‘diBelandakan’ pula oleh Belanda. Belanda duduk 100 tahun lebih juga. Kehebatan Belanda membuatkan mereka menyewa Tanah Melayu selama 154 tahun bermula dari 1641 sehingga tahun 1795.

Secara ringkas gambaran pendudukan Belanda dalam perkiraan umur asas manusia secara rawak iaitu 50-60 tahun, jika seseorang dilahirkan dalam tahun 1641, maka saat orang itu mati – disambung pada anaknya dan anaknya mati – di sambung pada cucunya sehingga cucunya mati, barulah tamat pemerintahan Belanda dalam jumlah 154 tahun.

Merdeka?


Perarakkan Kemerdekaan diketuai oleh Tunku membawa sepanduk meminta Chin Peng menunaikan janji untuk meletakkan senjata kerana Malaya sudah Merdeka.

Inggeris masuk ke Melaka dalam tahun 1795 dan mengambil alih pentadbiran sementara dari Belanda akibat ‘Napoleonic War‘ di Eropah. Dalam tahun 1824 mula menduduki Melaka secara sah dan menawarkan perikatan pada Belanda. Dalam tahun 1824, Perikatan Belanda -Inggeris pun dimertai. Bengkulu tempat permainan Laksamana Hang Tuah dan sahabat handai jadi pertukaran. Inggeris menyerahkan Bengkulu pada Belanda dan Melaka jatuh ke tangan Inggeris pula. Antara hasil dari Inggeris yang nampak hari ini ialah nama Bengkulu di abadikan sebagai nama jalan di Singapura dan dikenali dengan nama Bencoolen Street

Kehebatan Inggeris lebih terserlah dalam era-era berikutnya bila mula campur tangan dalam kuasa raja-raja Melayu. Institiusi raja-raja mula diperkotak-katikkan dan dilambung-lambung maruah bangsa sebelum dipijak lumat. Sistem Gabenor diperkenalkan dan secara langsungnya melumpuhkan Perlembagaan Diraja. Dari era inilah bermulanya perjuangan fasa ke dua. Dari sini bangkitnya nama-nama pembela bangsa Melayu seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Janggut, Si Bongkok Tanjung Puteri, Datuk Maharaja Lela dan ramai lagi yang telah dilupakan dan hampir luput nama meraka dari lipatan sejarah dan dari buku-buku teks sejarah sekolah menengah..dan mungkin rakan - rakan dari BPN pun tak kenal akan nama - nama ini.

PERJUANGAN KEMERDEKAAN FASA II

Perjuangan fasa kedua terhenti seketika tanpa dapat dimatikan bila Jepun memasuki Tanah Melayu pada 1942. Penampar Jepun membuatkan Melayu jadi lebih lemah dan menikus lari mencari tempat selamat. Ketakutan besar dari kalangan penduduk Melayu, Cina dan India telah menghasilkan PKM atau Parti Komunis Malaya (1930) dan bersekutu dengan Inggeris menentang Jepun. Apabila Jepun tewas setelah hanya ‘menyewa’ Tanah Melayu selama 3 tahun lebih sebelum menyerah kalah dalam Perang Dunia II, Inggeris kembali beraja.

Pemerintahan di Tanah Melayu secara amnya disambung semula oleh Inggeris dan diwujudkan Malayan Union iaitu Negeri-Negeri bersekutu Tanah Melayu. Dari sini, PKM mula ‘memberontak’ mencabar kewibawaan Inggeris yang belum mahu memberi kemerdekaan atau dalam erti kata lain, masih ingin ‘tinggal’ di Tanah Melayu. Perkataan ‘PKM memberontak’ hanya dapat didengar dan dibaca dari mulut dan buku-buku hari ini kerana mereka-mereka ini menentang Inggeris dan UMNO secara amnya walhal, PKM juga adalah sebuah pertubuhan yang menuntut kemerdekaan tanah air. Mereka juga adalah pejuang bangsa, membela nasib rakyat tanpa mengira bangsa dan asal usul. Dari sini, timbullah nama-nama yang kini telah 100% hilang dari lipatan sejarah negara. Mereka-mereka ini 100% telah dilabelkan sebagai penjahat, pemberontak, pengganas dan perosak imej negara. Kisah-kisah seperti peristiwa Bukit Kepong diperbesarkan dan semua jari menunding menyalahkan PKM walhal, kalau para anda tahu, kaji dan selidik ‘kisah di sebalik kisah’ peristiwa Bukit Kepong, pasti mulut terlopong penuh tanda tanya… Walau bagaimana pun, nama-nama seperti Ahmad Boestamam, Rashid Maidin, Mokhtaruddin Lasso, Arshad Arshaari, Chin Peng, Abdullah C.D., Shamsiah Fakeh dan beberapa nama lagi yang buta-buta dianggap sebagai musuh negara.

Pejuang


Pejuang-pejuang Melayu yang mengangkat senjata menuntut kemerdekaan.

Kebanyakkan nama dari golongan pejuang-pejuang ini telah dilabelkan sebagai musuh adalah kerana mereka-mereka ini telah giat menentang Inggeris selain dari UMNO. UMNO yang sememangnya diketahui bersekongkol dengan British. Di sini saya ingin menegaskan bahawasanya, sesiapa yang kenal dan tahu akan kisah-kisah disebalik nama Tunku Abdul Rahman dan Sultan Abdul Hamid iaitu bapa kepada Tunku, pasti akan tersenyum membaca artikel ini dan pada sesiapa yang tiada tahu termasuk geng - geng BPN, mungkin akan melopong tertanya-tanya tanda belum merdeka.

Kalau anda semua mahu tahu di Kulim Kedah ada tempat yang bernama Kampung Lindungan Raja yang berhampiran dengan Sungai Sedim tempat para pelancung bermain ‘White Water Rafting’. Jadi kepada yang tahu asal usul Kampung Lindungan Raja, pasti tahu kisah disebalik nama Tunku Abdul Rahman dan Sultan Abdul Hamid. Kisah-kisah bagaimana Sultan yang memerintah negeri tidak mahu mengaku anak apabila anak dikatakan menderhaka. Kisah bagaimana si anak melarikan diri ke England pada ketika tanah air dijajah Jepun meninggalkan ayahanda bersama penduduk negeri dan membiarkan penduduk kampung menjaga makan minum dan pakaian sang Sultan. Tak percaya? pergilah ke Kampung Lindungan Raja untuk mendapatkan kisah-kisah tersorok ini. Wallahualam.

Bilamana UMNO yang menjadi kuda tunggangan British di Tanah Melayu mula berkuasa, maka kita ‘dimerdekakan’ dengan syarat menggunakan undang-undang yang dikarang British dengan mengenepikan undang-undang Islam dan Al-Quran khususnya (Undang-Undang Reed). Menegaskan tidak boleh berlaku sebarang rusuhan yang membabitkan perkauman dalam tempoh 50 tahun kemerdekaan (Ini adalah anatara sebab-sebab mengapa kisah-kisah seperti 13 Mei 1969, Peristiwa Memali 1985, Reformasi 1998, Kisah pertembungan kaum di Kampung Melayu Subang dan beberapa kisah lagi telah digelapkan dari media cetak dan elektronik tempatan) dan beberapa syarat-syarat yang dikenakan British untuk memberi laluan kepada UMNO memerintah.

Berita Harian


Berita Harian 1957 sebelum "di ikat tangannya".

PERJUANGAN KEMERDEKAAN FASA III dan Seterusnya

Sudahnya sehingga hari ini, UMNO terus memerintah dengan menidakkan suara rakyat. ISA (Internal Act Security) atau Akta Keselamatan Dalam Negeri yang ditubukan di Malaysia pada tahun 1960 bertindak untuk melindungi ’kisah-kisah dalaman’ para politikus tempatan. Bertindak untuk menghalang kebebasan bersuara khalayak. Getar-getar suara rakyat, disekat secukupnya. Jadi merdekakah kita sebagai rakyat yang tinggal dalam sebuah negara yang merdeka? Kini – Perjuangan fasa III diteruskan tetapi bukan menentang British lagi mahupun Portugis ataupun Belanda. Tetapi perjuangan fasa III ini menjerumus menentang bangsa sendiri yang telah buta hatinya dan lahap jiwanya dalam menelan anak bangsa sendiri.

Kini, secara hampir atau boleh jadi hanya kebetulan teori RAHMAN jadi kenyataan. Turutan Perdana Menteri Malaysia mengikut nama R.A.H.M.A.N (mungkin diambil sempena nama Perdana Menteri pertama atau nama Yang Di Pertuan Agong yang pertama yang mempunyai nama sama iaitu Rahman) semakin jadi kenyataan. Dimulakan dengan Tunku Abdul Rahman sendiri mewakili huruf ‘R’, disambung di bawah pemerintahan Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein mewakili huruf ‘A’, disambung lagi oleh Tun Hussein bin Dato Onn mewakili huruf ‘H’, disambung lagi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad mewakili huruf ‘M’ dan kini disandang jawatan oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mewakili huruf ‘A’. Siapakah selepas beliau? Mungkin Najib akan mewakili huruf terakhir dalam turutan RAHMAN iaitu ‘N’? Wallahualam …

R = Tunku Abdul Rahman - Bapa Kemerdekaan
A = Tun Abdul Razak - Bapa Pembangunan
H = Tun Hussein Onn - Bapa Perpaduan
M = Tun Dr Mahathir Mohamad - Bapa Permodenan
A = Dato Seri Abdullah Badawi - Bapa Pembangunan Insan
N = ??? mat monggol kot?

Yang menimbulkan rasa geli hati pada aku ialah semuanya diberi gelaran ‘Bapa’. Berapa banyak ‘bapa’ yang akan kita ada untuk tahun-tahun yang akan datang. Cuba bayangkan… Tapi ‘Ibu’nya? Yang menjadi tanda tanya, apakah yang akan terjadi pada Malaysia selepas semua pemegang akaun simpanan RAHMAN selesai dan tutup akaun? Apakah benar-benar merdeka kita selepas itu? Apakah dijajah semula oleh bangsa asing? Apakah akan kiamat terus dunia? Tepuk dada tanya selera…

Kami bukanlah seorang politikus hebat mahupun seorang pemerhati tetap. Malah tiada terlintas lansung mahu menghambakan diri pada dunia yang penuh kekotoran ini. Terlalu kotor. Wang ringgit, nyawa, anak dara mahupun mak janda jadi barang permainan. Bahkan hati segelntir rakyat juga jadi santapan. Untuk apa semua ini? Sememangnya aku tak mahukan semua ini. Apa yang aku mahukan ialah untuk hidup aman-damai berbilang kaum dan bangsa dengan ketulusan memilih pemerintah sendiri. PEMERINTAH bukan pemimpin. USA yang cukup maju pun tak pernah panggil Presiden mereka ‘Pemimpin’, cukup dengan hanya ‘Mr. Presiden’. Mister = Encik / Tuan. Kalau tuan-tuan teliti maksud ‘Pemimpin’, maka sedarlah siapa yang sebenarnya layak memakai gelaran tersebut selain dari Nabi dan Rasul yang memimpin umat dan kaum-kaum tertentu.Jadi janganlah ada dari sesetengah dari geng - geng BPN yang begitu kecut kalau malaysia ini menjadi republik kerana di situlah kuasa rakyat sebenar,demokrasi yang tulen kalau tak percaya bandingkankan lah antara negara kita dan Indonesia,kita melaungkan slogan 1 Malaysia atau lebih tepat lagi dengan konsep One Nation tapi Indonesia sebuah negara Republik melayu yang paling berjaya menggerakkan konsep "one nation",Cubalah tanya masyarakat cina yang datang dari indonesia bahasa perbualan apakah yang mereka pertuturkan sesama sendiri? tapi kalau disini kita terpisah dengan konsep pengasingan bangsa yang dipupuk dengan semangat sentimen perkauman yang berpunca daru UMNO.

Anak-anak kita hari ini termasuk yang tua-tua tuli digula-gulakan dengan hebat sekali bahawasanya UMNO adalah pemimpin. Perdana Menteri adalah Pemimpin walhal mereka itu adalah pemerintah! Sebuah parti politik yang memerintah sebuah negara. Perdana Menteri sebagai pemegang tampuk sesebuah pemerintahan. Kapten kepada sebuah kapal. UMNO yang dikatakan membela nasib anak bangsa Melayu kini membiarkan anak bangsa terus layu. Sehingga kini masih belum wujud Universiti atau pusat pengajian tinggi Melayu secara sendirian berhad. Yang ada untuk dibanggakan tinggal UiTM(Universiti Tongongkan Melayu). Itu pun kerajaan punya, bukan bersifat sendirian berhad. Sedangkan bangsa lain dah ada ‘Private University’ walaupun hanya bertaraf ‘Koleh Universiti’ seperti Universiti Lim Kok Wing, Universiti HELP, Universiti Sunway dan beberapa nama lagi yang rata-rata dimiliki oleh bangsa asing.

Yang Di Pertuan Agong


Yang di-Pertuan Agong pertama Tuanku Abdul Rahman (dari kiri) bersama High Commissioner British bagi penubuhan Federation Sir Donald MacGillivray dan Sultan Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj.

UMNO yang dikatakan membela nasib anak bangsa membiarkan anak bangsa jadi Mat Rempit, Mat Pit (budak dadah) dan macam-macam benda yang tak elok dan tak senonoh. UMNO yang dikatakan sebuah parti Islam contoh membiarkan kelab-kelab malam dibuka merata selain bertari-tari sampai subuh. Islam Hadhari lah katakan… Islam tari menari ataupun Islam yang ada ‘had’ harinya.. Hari-hari tertentu sahaja Islam, hari lain jadi kafir. Sedangkan sepanjang perjuangan kisah Nabi dan sahabat, tak pernah keluar pun nama ‘Hadhari’ ni. Kalau ada dalam Al Quran, tak tahu lah…

"Hmm.. Entah lah… Seribu satu perkara yang aku nak tulis fasal United Musyrikun National Organization ni. Tapi tak mampu… Terlalu banyak kepesongan mereka ni yang aku nampak. Terlalu banyak ketidak adilan berlaku. terlalu kotor permainan politik mereka. Jadi benarkah merdeka? Bila sejarah bangsa dan tanah air diubah suai sana sini. Fakta bersepah dan digelapkan dari generasi akan datang. Bila kerajaan-kerajaan Melayu dulu menggunakan Islam dan Al-Quran jadi panduan dan undang-undang, mereka-mereka ini pula sesuka hati mengubah guna tulisan manusia buat jadi pedoman. Pak-pak menteri pula bertopengkan muka-muka baik, bibir ‘pink’ tanda mulus, kulit putih melepak tanda keturunan suci… Ya Allah… Tunjukkan lah kebenaran dalam masa terdekat ini. Amin!"

Sambutan Merdeka yang berlangsung baru-baru ini pada kami pejuang Demokrasi hanyalah sambutan ulang tahun UMNO, bapa kepada semua bapa di Malaysia ini… Dan pada pejuang - pejuang yang tulen masih tetap anggap kita belum merdeka selagi SPR belum telus dalam kerja 100%. Selagi UMNO tak kacau proses pilihanraya. Selagi UMNO tak bersungguh-sungguh membantu anak bangsa Melayu bukannya bersungguh-sungguh untuk menggemukkan poket masing-masing. Selagi orang ramai masuk UMNO demi kepentingan peribadi, yang sepatutnya berniat untuk membantu anak bangsa dan memartabatkan maruah agama bukan hanya mencari nama, harta dan pangkat… Dan sepuluh juta lagi perkarang yang berlaku dari dalam dan luar UMNO itu sendiri. Kesimpulannya, biarpun 50 tahun akan datang lagi, selagi UMNO memerintah, selagi itu aku belum merdeka dan selagi itu kami pejuang - pejuang demokrasi akan terus melawan, terus berjuang dalam perjuangan fasa ke III… penentangan terhadap UMNO dan talibarutnya…!!

Kerana sering penipuan demi penipuan untuk memutar - belitkan sejarah di lakukan untuk terus kekal berkuasa.Mereka juga bimbang untuk memberikan pendidikan yang lebih proaktif kepada generasi hari ini kerana bimbang mereka akan tahu penipuan sejarah akan terbongkar jua akhirnya,kerana bimbang jadi mereka jadi generasi yang cerdik kebenaran akan terbongkar dengan begitu mudah tidak seperti 40 tahun dahulu pada ketika mereka berjaya mengawal semua kuasa - kuasa Media.

PENIPUAN SEJARAH YANG DI LAKUKAN OLEH BN


Dalam negara kita ada beberapa Pembohongan sejarah yang dilakukan oleh UMNO/BN yang disebarkan. Pada ketika Penipuan ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka Penipuan ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan Penipuan - penipuan ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..


PENIPUAN PERTAMA:


Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHONG. Sabah , Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Sarawak.

PENIPUAN KE DUA :

Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !

PENIPUAN KE TIGA :

Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Angkatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.

PENIPUAN KE EMPAT :

Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.

PENIPUAN KE LIMA :

Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star SpangledBanner, Stars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun di ciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya : lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara/Melayu – warna merah dan putih adalah motif Nusantara - merah darah rakyat - putih hati rakyat.Motif Nusantara ini wujud dalam bendera sang saka merah putih yang di gunakan oleh Singapura dan Indonesia juga menjadi latar belakang bendera UMNO dan PAS.

PENIPUAN KE ENAM :


Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpaduan Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.

Penipuan tentang perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari di’telan’ oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkannya adalah geng ini.

PENIPUAN KE TUJUH:

Malaysia negara unik. BOHONG. Penipuan ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya Geng algojo United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.

Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.

TEKNOLOGI TELAH MEMBONGKAR PENIPUAN UMNO/BN

Lihatlah betapa teknologi dan ilmu pengetahuan telah memecahkan penipuan - penupuan sejarah ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.

Kalau dulu kita tidak tahu asal usul lagu Negara-ku – hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima penipuan tentang kemerdekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini penipuan ini telah terbongkar pecah. Dokumen-dokumen sejarah semuanya boleh kita baca melaui internet.

Kemajuan manusia akan terus memecahkan penipuan - penipuan yang lapuk dan berkarat ini. Teknologi akan membebaskan manusia dari di perangkap dan di belenggu oleh penipuan - penipuan. Tanpa penipuan manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesiapa sahaja kecuali fikrahnya yang tidak rasional.

Thursday, August 27, 2009

-Terengganu bagai Pesawat yang bakal terhempas




Kerajaan Geng algojo Negeri terengganu sehingga ke hari ini tidak tahu apakah nasib yang akan menanti tetapi apa yang jelas keadaanya ialah " bagai telur di hujung tanduk" apabila pertelagahan diantara kedua - dua ketua geng algojo di lihat bagai tiada berpenghujungnya,jika di lihat dari sudut perbincangan Dewan ndangan Terengganu dilihat sukat untuk di bubarkan kerana ia mungkin tak akan mendapat persetujuan mat monggol kerana mat monggol pasti tak akan merestui keputusan membuabarkan DUN terengganu.Ini kerana mat monggol tahu masa ini lah yang di tunggu oleh pahlawan - pahlawan Pakatan untuk menawan semula kubu lama mereka.Tetapi kalau dilihat dari sudut analisis berbeza pula hasilnya kerana apa perlu Datuk Ahmad Said memegang kuasa kalau dia tidak mendapat sokongan sepenuhnya dari ahli - ahlinya sendiri untuk memerintah Negeri Terengganu dan amat memalukan sekali kalau Ahmad Said hanya bergantung kepada Ehsan dari Pembangkang terutamanya ADUN - ADUN dari PAS.Mengapa ini berlaku?





Selepas Pilihanraya 8 March semua calon - calon BN yag bertanding dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu kebanyalan 70% teriri dari penyokong - penyokong Idris Jusoh dan Md.Rosol,ini kerana Idris Jusoh percaya selepas menang dengan majoriti untuk melayakkan BN untuk menubuhkan kerajaan di Terengganu Idris Jusoh percaya dia akan Menjadi Menteri Besar sekali lagi tapi malangnya Sultan Al-Mizan sudajh tidak berkehendakkan khidmatnya lagi,atas sebab apa kita pun tak tahu tetapi sikap Idris Jusoh yang begitu Biadap dengan memulaukan perlantikan Datuk Ahmad Said dari DUN kijal sebagai menteri besar lantas mengarahkan penyokong - penyokongntya berdemonstrasi depan Istana dengan menghambur kata - kata biadap dengan menghina sultan terengganu.Ini termasuklah melabelkan Sultan terengganu sebagai "Binatang" kerana menolak Idris Jusoh sebagai calon Menteri Besar sebaliknya melantik Datuk Ahmad Said.Dengan itu Idris jusoh dang geng - gengnya terutama Md Rosol terus berkonfrantasi terhadap Datuk Ahmad Said.Selama Datuk Ahmad Said menjalankan pentadbiran beliau selalu mendapat tentangan dari ADUN - ADUN nya sendiri dalam membuat keputusan dalam pentadbiran. Tetapi Datuk Ahmad Said mengatur taktik politiknya kembali.
Sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan Negeri Terengganu Datuk Ahmad Said telah menggunakan kuasanya sebagai Pengerusi perhubungan negeri untuk mengatur semula ketua - ketua Bahagian UMNO negeri.Dengan itu selepas pemilihan dan perhimpunan agung UMNO yang lalu ketua - ketua bahagian UMNO terengganu yang dipilih semuanya memihak kepada Datuk Ahmad Said,jadi seluruh ketua Bahagian adalah penyokong Datuk Ahmad Said tetapi malangnya ADUN - ADUN pula memihak kepada Idris jusoh dan Md Rosol oleh itu pernah beberapa kali mengugut untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.Ini kerana Datuk ahmad Said percaya kalau Pilihanraya Negeri di adakan sekali pastinya ADUN - ADUN yang menang akan memberi sokongan penuh pada Datuk Ahmad Said dan mudahlah pada Datuk Ahmad Said untuk menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar tanpa perlu mendapatkan sokongan dari ADUN - ADUN pembangkang terutamanya dari PAS.Walaubagaimanapun itu satu peluang yang cerah bagi Pakatan untuk merampas semula terengganu dari geng algojo kerana pada ketika artikel ini di tulis ADUN - ADUN telah mengancam akan menyertai Parti keADILan Rakyat walau pun mereka menafikannya sebagaimana yang di laporkan oleh Malaysiakini;

ADUN UMNO NAFI SERTAI PKR - malaysiakini

ADUN Ajil, Rosol Wahid, menafikan laporan sebuah portal berita kononnya beliau dan lapan lagi ADUN bercadang meninggalkan Umno untuk menyertai PKR.

Ketika ditemui pemberita pada persidangan dewan DUN Terengganu hari ini, Rosol berkata beliau bersama ADUN Umno yang lain itu tidak pernah pun berbincang mengenai perkara itu walaupun beliau mengakui masih wujud masalah dalaman dalam kalangan pemimpin parti itu di Terengganu.

"Perkara ini tidak akan berlaku dalam kumpulan kita. Khabar angin ini hanya untuk menimbulkan suasana tidak selesa di kalangan wakil rakyat kita (Umno).

Maka dengan ini akan menguatkan lagi gerak hati Datuk Ahmad Said untuk membubarkan DUN terengganu dan inilah waktu terbaik bagi Pakatan untuk membedil lebih banyak peluru ke kubu geng algojo yang kini amat mudah di tembusi setelah mereka kecundang begitu teruk dalam 7 pertempuran.
Kali ini ada pulak geng algojo yang dah nak belajar jadi katak pulak mudah ke keADILan nak terima sampah - sampah nie?

-Pengundi tolak BN-Umno bukannya tolak pembangunan.

Muhyiddin Pecah Tembelang
Oleh: Ustaz Idris Ahmad


Kenyataan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kecewa dengan kekalahan teruk Umno di Permatang Pasir memperjelaskan lagi sikap berdolak dalik dan ketidakikhlasan Umno dalam membantu rakyat.Dalam kenyataan beliau yang dipetik Bernama, Muhyiddin memfitnah penduduk Permatang Pasir sebagai pengundi yang tidak mahukan perubahan dan menolak pembangunan.Kenyataan berbaur dendam itu diluahkan setelah mengetahui Calon PAS-PAS, Ust. Mohd Salleh Man berjaya menewaskan Calon BN-Umno, Rohaizat Othman dengan majoriti 4,551 undi.

Semasa berkempen, Muhyiddin bersama jentera Umno menyatakan bahawa “Permatang Pasir anak Emas Kerajaan BN’. Merata ceramah dan poster-banner menggunakan slogan ini. Slogan yang sama digunakan di Manik Urai.Namun, penduduk Permatang Pasir lebih cerdik dan membuat pilihan tepat dengan mengekalkan DUN berkenaan dibawah kepimpinan PAS dengan majoriti yang besar.Setelah gagal dengan Slogan ‘Anak Emas’ kini, Umno memecahkan tembelang sebenar mereka dan menjadikan Permatang pasir sebagai ‘Anak Betong’ pula.Begitulah tabiat buruk Umno yang tidak pernah Ikhlas untuk berjuang bagi kesenangan rakyat. Bila mahukan undi mereka tabur apa sahaja termasuk duit palsu dan janji palsu. Bila kalah mereka melatah dan memfitnah pengundi dengan bermacam-macam perkataan.

Hakikatnya pengundi tolak BN-Umno bukannya tolak pembangunan.Akhirnya janji pembangunan BN tidak ke mana. Mujurlah Permatang Pauh tidak jatuh pada BN-Umno. Pakatan Rakyat mengucapkan terima kasih kepada para pengundi yang memberikan mandat kepada PAS mewakili Pakatan Rakyat dan seterusnya kepada para petugas yang bertungkus lumus membantu Pakatan Rakyat mempertahankan kerusi DUN Permatang Pasir demi kesejahteraan rakyat.(Detikdaily)

-Al-Fatihah..

Senator Profesor OKU terhebat kembali ke Rahmatullah.



Pakar ekonomi Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal hari ini. Menurut pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Prof Dr Ismail disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebaik tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 8 pagi. Hospital itu kini dalam proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian, katanya ketika dihubungi Bernama.

Allahyarham Dr Ismail, 61, mencipta sejarah sebagai senator pertama yang dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan di Malaysia. Beliau juga ialah bekas timbalan ketua pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS). Bapa kepada enam orang anak itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Beliau dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 Sept, 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian, antaranya, anugerah Guiness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah Doktor Falsafah. BERNAMA

Al-Fatihah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Takziah kepada keluarga Allahyarham.

Wednesday, August 26, 2009

-Kerajaan Negeri Selangor Ambil Berat Kesihatan Rakyat.

Kerajaan Negeri Akan Edar Topeng Muka Dan Sabun Percuma.



Kerajaan negeri Selangor hari ini bersetuju untuk memberi topeng muka percuma serta sabun kepada seluruh penduduk negeri ini beberapa minggu lagi.
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata ia berikutan wabak selesema babi atau infleunza A (H1N1) yang kini menjadi ancaman serius kepada negara.

“Negeri Selangor ambil berat tentang H1N1, sebab itu kita telah setuju untuk memberi topeng mask percuma kepada seluruh negeri selangor melalui semua adun-adun tempatan di negeri Selangor Smulai dekat satu minggu setengah dari sekarang”,katanya.
Xavier berkata demikian kepada media selepas mesyuarat mingguan Exco,di Shah Alam petang tadi.

Katanya, jagaan kesihatan melalui pembersihan diri sendiri juga sangat penting dalam situasi tersebut, terutama di negeri Selangor.
Mengulas mengenai perkembangan wabak H1N1 di negeri ini, Xavier berkata seramai 102 telah disahkan positif wabak tersebut.
Katanya, jumlah kematian akibat penyakit ini di seluruh negara sudah mencapai 70 orang, manakala di Selangor mencatatkan 24 kematian. Setakat ini, katanya sembilan orang masih

-KEKALAHAN DI NERAKA KE - 7 : Tumbangkan Keangkuhan Geng Algojo UMNO/BN



rohaizat_loss

Jangan sedih Bro....tu la lain kali jangan suka kelentong orang

Kalau di Manchester No.7 adalah syurga tapi di sini,di Permatang Pasir yang permai ini adalah Neraka ke - 7 buat geng algojo United Malays National Organisation kerana tak menyangka kalah tipis di manek urai pasti akan bawa kemenangan di Permatang Pasir tetapi kekalahan dengan Majoriti 4000 undi menjadi kan Permatang Pasir ibarat neraka ke -7 buat mereka.SELAMAT DATANG KE WILAYAH ANWAR.
Setelah berhempas pulas dengan begitu hebat sekali dan menafikan bulan Ramadhan ini adalah bulan kemenangan umat islam dan kekalahan kaum musyrikin di dalam kisah perang Badar,Geng Algojo United Malays National Organisation akhirnya terduduk dengan PUKULAN SUARA RAKYAT di wilayah Anwar Ibrahim.Geng Algojo kena tahu dan faham penduduk Permatang Pauh telah di bangunkan oleh Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan begitu baik sekali,oleh itu tanyalah penduduk di Penanti,tanya lah penduduk di Permatang Pasir kebanyakan dari mereka tidak seperti penduduk di Batang ai kerana intelektual mereka telah di didik oleh tangan Anwar Ibrahim sendiri jadi mereka boleh membezakan yang mana satu baik dan yang mana satu buruk,mereka juga dah mengenal apa itu IT dan teknologi maklumat telah membuka mata akan kebenaran dan penipuan yang di lakukan oleh puak - puak geng algojo .Persoalannya mana janji geng algojo nak jadi kan Permatang Pasir sebagai "anak emas" sesudah jambatan emas di Manek Urai di bakar begitu sahaja.Apa kah geng algojo tak sedar yang calon mereka punya profile dan peribadi yang begitu buruk sekali,menipu orang dan dibatal kan lesen guamannya,tak mengaku punya 2 bini jadi ini yang menjadi penduduk Permatang Pasir bijak menggunakan fikiran yang waras apa orang seperti inikah yang hendak di jadikan pemimpin?
Jadi tak payah lah Calon geng algojo Rohaizat nak mengomel yang manaBeliau melahirkan rasa kecewa terhadap masyarakat Cina yang nampak jelas tidak menyokongnya.

Beliau juga kecewa kerana sebilangan penduduk di Permatang Pasir gagal memahami gagasan yang hendak dibawa oleh BN. Katanya, BN mahu memberi status anak emas kepada Permatang Pasir tetapi ia ditolak oleh pengundi.
Ini bukan kerana gagal memahami tapi berjaya memahaminya bro...sebab janji penipu geng algojo memang sesuatu yang dah jadi fitrah kepada amalan politik kepada Gerombolan United Malays National Organisation.Si Pemuda Algojo yang sepatutnya berkempen tapi ibuk nak cari hantu pocong,langsuir dan pontianak tapi akhirnya yang terjumpa cuma lah 14 ekor je.


Perlu diingat rakyat takkan pernah melupakan janji - janji penipu pemimpin geng algojo khususnya Mat Monggol yang berjanji nak kaji semula Akta Keselamatan dalam Negeri sehingga Sanggup menzalimi rakyat pada 1 Ogos yang lalu di Kuala Lumpur.Rakyat juga takkan dapat melupakan kelentong Wak Din Sembab yang berjanji nak mansuhkan Dasar PPSMI tapi memanjangkan tempoh hingga ke 2012 dan setelah itu Wak Din panjangkan lagi tempoh itu sampai 2017 dengan ini rakyat sudah merasa di perbodoh dan di permain - main kan oleh Ketua Geng Algojo United Malays National Organisation yang selalu memainkan jani - janji Penipu jadi jangan lah Rohaizat nak pertikaikn apa jua gagasan yang di katakan sebagai Penipu.


Syabas atas kemenangan ini

Jadi pada sesiapa yang tak sempat nak masak gulai itik tu tangguhkan lah dulu ada baik hantar pisang emas banyak - banyak ke surau dan masjid kerana tinggi simboliknya tu dari gulai itik

Tuesday, August 25, 2009

-Tahniah warga Permatang Pasir..


Bendera PAS, Keadilan dan DAP megah berkibar atas semangat Pakatan Rakyat membawa Tsunami Kebangkitan Rakyat. Semoga ianya berterusan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) walaupun memihak kepada BN terpaksa mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi. Jika tidak dengan penipuan undi dan pelbagai bantuan SPR sudah tentu undi terhadap BN tidak mencapai 4, 000.
BN cuba reverse psychology dengan menuduh Pakatan Rakyat menggunakan pengundi hantu walhal memang tidak sangsi lagi mengikut pengamatan saya setiap kali pilihanraya kecil atau umum BN akan dapat undi percuma dengan pelbagai penipuan/teknik dengan bantuan pegawai-pegawai SPR yang Khianat. Ada saja saya terbaca dalam laporan internet dan akhbar alternatif kes melibatkan pengundi hantu, Undi beli/upah, Beli kertas undi pengundi, Penipuan waktu kiraan undi. Dan paling jelas adalah undi POS. Wallahuallam.
Buat WargaPermatang Pasir yang mengundi PAS diucapkan :

Terima Kasih banyak-banyak... (Melayu)
Kesuwun.. (Jawa)
Thank you very much.. (English)
N’anRi (நன்à®±ி).. (Tamil)
Tuhaadee kirpaa hai.. (Punjabi)
Shukriya.. (Hindi)
M goi nei sin.. (Cantonese)
Xie xie.. (Mandarin)
Gum xia.. (Hokkien)
Arigato gozaimasu.. (Japanese)
Ah bo u ja.. (Siam)
Shukran gazilan.. (Arab)
Tand ikh bayarlalaa.. (Mongolia)


-PENGUNDI HANTU : Kelentong Khairy tak menjadi



[kjwawancara+takut.jpg]

Opss !! sori - sori bukan 3 ribu cuma ada 14 ekor je

Kalau sebelum ini hanya Pemuda Pakatan sahaja yang terjerit - jerit dan terhendap - hendap mencari hantu yang cuba nak curi - curi mengundi untuk tuan nya tapi hari ini geng Pemuda Algojo pulak yang sibuk nak cari hantu.Pada hal sebelum ini UMNO yang selalu menyusupkan begitu ramai hantu terutamanya di di dalam PRU dan juga PRK,tapi yang peliknya mengapa Ketua Pemuda Algojo yang ni pulak sibuk - sibuk nak cari hantu? sedangkan hantu - hantu yang dah sebati dengan geng - geng algojo tak pula di banteras?

Tapi taktik Ketua Pemuda Algojo United Monkeys National Oldies ini atau lebih di kenali sebagai Khairy "si pemuja Anwar Ibrahim" telah pun di kesan lebih awal ini kerana fitnah isu merupakan siri cubaan terdesak Khairy dalam mengalih perhatian masyarakat bahawa kemenangan yang bakal diraih Pakatan Rakyat adalah kerana faktor pengundi hantu yang menyokong pakatan pembangkangKhairy sebelum ini menuduh adanya pengkhianat dalam Suruhanjaya Pilihanraya SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara JPN yang bertanggungjawab membawa masuk pengundi hantu semasa hari pembuangan undi hari ini.

Apakah pengkhianat yang dimaksudkan Khairy itu bermaksud khianat pada UMNO tidak diketahui, tapi yang lawaknya sebelum ini Wak Din Sembab mengakui yang PRK kali ini tak akan di sabotaj oleh ahli sendiri maka benarlah kata Hishammudin Rais yang menyatakan bagaimanakah teknik yang betul untuk memahami isi kandungan laporan berita dari Media Geng algojo seperti TV3 suku,Utusan Merapu dan Berita Hairan yang mana setiap lapoan berita dari Media Geng Algojo itu mestilah di baca secara terbalik baru kita akan dapat maklumat dan fakta yang tepat contohnya kalau Media Geng algojo kata PRK ini UMNO tak akan di sabotaj maknanya memang nak kena sabotaj lah tue...

Isu dan masalah kehadiran pengundi hantu telah terbukti dalam setiap kali pilihanraya, bahkan UMNO sendiri menafikan kewujudan pengundi hantu sebelum ini walaupun Pakatan Rakyat mengemukakan pelbagai bukti.Contohnya suatu insiden pada tahun 1999, apabila Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang telah membatalkan kemenangan UMNO Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Likas apabila terbukti terdapatnya pengundi palsu.



Semalam selepas kekecohan yang berlaku akiba dari sepanduk yang di gantung oleh geng algojo menimbulkan provokasi kepada petugas PAS Ketua Pemuda Algojo ini telah menyerahkan nama - nama pengundi hantu yng didakwanya sebelum ini berjumlah seramai 3 ribu orang tapi jumlah yang di serahkan semalam hanya 14 orang sehinggakan Pengerusi SPR ,Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata dakwaan Khairy tersebut adalah mengarut dan 14 nama yang diserahkan oleh Khairy itu sebenarnya adalah orang tempatan yang mendaftar pada 2002.Dibawah akta baru bagi mereka yang mendaftar pada 2002 keatas dikehendaki mendaftar ikut alamat didalam kad pengenalan

"Sebenarnya tidak ada pengundi hantu. Kepada Pemuda Umno, mereka berikan (jumlah) beribu (pengundi hantu), kita semak sebenarnya 14 (nama) sahaja.

"Sebenarnya mereka telah mendaftar tahun 1998 sebelum pindaan akta (pilihanraya) pada 2002.

"Dan mereka berhak mengundi, sebab mereka yang mendaftar sebelum tahun 2002, mereka berhak mengundi dan terkecuali daripada mengikut alamat dalam kad pengenalan.

"Hanya pada pindaaan 2002 sahaja, sesiapa yang hendak mendaftar sebagai pengundi, mereka mesti mengikut alamat di kad pengenalan," kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam sidang media hari ini.

Beliau diminta mengulas berhubung dakwaan sayap Umno itu yang menyatakan terdapat pengundi hantu pada pilihan raya kecil tersebut yang mengadakan pengundiannya esok.

Pilihan raya ini menyaksikan pertembungan antara calon PAS Mohd Salleh Man yang juga pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dengan calon BN Rohaizat Othman yang juga setiusaha Umno Permatang Pauh.

Abdul Aziz menambah, pihaknya telah menyemak dakwaan Pemuda Umno berhubung pengundi hantu.

"Nama yang mereka suruh periksa, banyaklah tetapi macam mana kita mahu semak. Daripada sampel kita dapati, mereka adalah pengundi asal di Permatang Pasir.

"Daripada senarai itu, mereka highlight 14 pengundi untuk diperiksa. Maknanya, dakwaan mereka (Pemuda Umno terdapat) pengundi hantu, sebenarnya pengundi asal.

"Sebagai contoh, mengenai alamat, satu nombor, banyak pengundi. Apabila kami buat pemeriksaan secara mendalam, nombor itu sama, tapi jalan lain-lain," katanya.

Sehubungan itu, Abdul Aziz berkata kesemua 14 pengundi itu - yang tidak dinamakan - layak untuk memilih calon masing-masing.

Atau adakah si "Pemuja Anwar" ini nak menggunakan taktik yang sama sepertidi Likas kot? atau Geng Algojo pagi ini mungkin akan menangkap beberapa beberapa ekor hantu yang telah di "upah" geng algojo untuk mengaku dibayar oleh PAS untuk "menjelmakan diri sebagai Hantu Undi? kerana berikut adalah SMS yang di hantar oleh blogger Naruto kepada blogger Baginda Reformasi yang berbunyi ;

"Salam.. info yg naruto terima. Harap jentera PR bersedia esok kerana nak buktikan pengundi hantu adalah orang Pas maka Umngok merancang penangkapan beberapa pengundi upahan mereka esok. Yg pasti yg ditangkap nanti adalah org mereka sendiri. Motifnya membatalkan kemenangan Pas esok. Pengundi upahan tersebut akan didakwa di mahkamah dan akan ditangguhkan kes sehingga org ramai akan lupa kes tersebut.
HARAP BERJAGA2 esok. "
Jadi pada geng - geng algojo tolonglah hentikan kerja - kerja menipu neh,janganlah cuba nak buat taktik bodoh yang telah di kesan selama bertahun - tahun,bertandinglah secara bersih dan kalau dah terdesak tu buatlah cara terdesak,cari lah idea lain kalau nak main kotor tu...dan pada petugas Pakatan tolong berjaga - jaga akan hal ini.Kerana Budak Najib(BN) tak akan senang tidur jika menerima kekalahan dan Tangisan di Neraka yang ke - 7

Monday, August 24, 2009

-Tips Buat warga Permatang Pasir..

Perkasa Pakatan Rakyat. Undilah Calon PAS iaitu Hj Mohd. Salleh Man.





1) Semak nama anda mengundi di mana. Jangan bila dah sampai tempat mengundi, tiba-tiba nama anda tiada. Rupanya anda perlu mengundi di kawasan lain.

2) Pastikan membawa Kad Pengenalan.

3) Pergilah di awal waktu, pagi. Sekiranya ada masalah timbul seperti tertinggal kad pengenalan, tertinggal bas... anda masih mempunyai waktu untuk mengundi. Berbanding sekiranya anda mengundi di akhir waktu. Tempat mengundi akan tutup tepat pukul 5.00 Petang. Jangan terlewat.

4) Nak keluar rumah pergi mengundi baca Bismillah, nak pangkah di kertas undi juga baca Bismillah.

5) Hati-hati ketika memangkah.

6) Jangan biar undi anda rosak. Jangan pula anda tanda 'rait' macam marking paper murid2 di sekolah. Anda mesti pangkah X. Pangkah bererti betul dalam pilihanraya.

7) Pangkah mesti di kotak kosong di sebelah lambang BULAN seperti di gambar di atas. Jangan rosakkan undi anda dengan pangkah di atas gambar parti pulak!!!

8) Tak kira anda penyokong/ahli PAS, DAP atau Keadilan. Undilah calon PAS kerana calon PAS mewakili Pakatan Rakyat gabungan PAS+DAP+Keadilan. Bahkan ahli UMNO dan komponen BN lain pun dialau-alukan mengundi calon PAS.

9) Anda mesti keluar rumah atau balik kampung untuk mengundi, jangan menyangka undi anda tidak penting.

10)Jangan kerana terlalu gembira atau bersemangat, anda membuat kesilapan.

Selamat mengundi Calon PAS buat pengundi di dun Permatang Pasir, Pulau Pinang. Teruskan perubahan dengan menyokong Pakatan Rakyat.

Buat Pengundi yang bakal mengundi calon PAS mewakili Pakatan Rakyat :
Terima Kasih banyak-banyak... (Melayu)
Kesuwun.. (Jawa)
Thank you very much.. (English)
N’anRi (நன்à®±ி).. (Tamil)
Tuhaadee kirpaa hai.. (Punjabi)
Shukriya.. (Hindi)
M goi nei sin.. (Cantonese)
Xie xie.. (Mandarin)
Gum xia.. (Hokkien)
Arigato gozaimasu.. (Japanese)
Ah bo u ja.. (Siam)
Shukran gazilan.. (Arab)
Tand ikh bayarlalaa.. (Mongolia)

-Putar alam dan putar belit.. Makin terbelit??? Wallahuallam.

Inkues kematian Teoh Beng Hock.

Inkues hari ini diteruskan dengan mendengar Peguam bela dan penguam cara yang mewakili kerajaan, Tan Hock Chuan membuat laporan kepada mahkamah tentang perintah berhubung surat misteri. Dalam laporan beliau berkata surat itu tidak mempunyai tanda tangan. Tiada bukti bagi menyokong semua 5 tohmahan mengenai pembabitan SPRM berhubung kematian TBH.Surat yang bertarikh 5 Ogos 2009 dan tidak ditandatangani itu mendakwa bahawa

1) Timbalan Pengarah SPRM Selangor telah memberi arahan kepada pegawai-pegawai SPRM yang terlibat dalam operasi siasatan supaya tidak melibatkan beliau dalam kes kematian TBH.
- Tan menyatakan bahawa polis telah merekodkan percakapan daripada saksi-saksi relevan dan mendapati tiada keterangan untuk membuktikan tohmahan ini.

2) Timbalan Pengarah SPRM Selangor telah menggunakan teknik soal siasat tersendiri, bagaimanapun teknik tersebut tidak didedahkan oleh Tan dalam laporannya kepada mahkamah.
- Tan bagaimanapun tidak mendedahkan teknik tersebut dalam laporannya kepada mahkamah.

3) Timbalan Pengarah SPRM Selangor telah memberikan sampel DNA beliau di biliknya sendiri, dan bukan di bilik mesyuarat seperti yang dilakukan oleh pegawai SPRM yang lain.
- Tan mengatakan bahawa, mengikut pakar saintis Dr Seah Lay Hong, dakwaan ini tidak benar kerana beliau sendiri hadir ketika semua pegawai SPRM terlibat memberikan sampel DNA.. Sampel DNA 12 pegawai SPRM, termasuk Timbalan Pengarah SPRM Selangor, telah diambil sekali lagi pada Rabu lepas dan hasil ujian menunjukkan sampel DNA tersebut adalah tidak sepadan dengan DNA misteri yang dijumpai pada belakang kot dan tali pinggang yang dipakai si mati pada hari kejadian.

4) Timbalan Pengarah SPRM Selangor telah mengarahkan pegawainya mengelap cap jari pada bngkai tingkap.
- Tan mengatakan bahawa,hasil siasatan lanjut pihak polis telah mendapati tiada bukti yang menyokong dakwaan bahawa Timbalan Pengarah SPRM Selangor telah mengarahkan pegawai bawahannya untuk mengelap kesan cap jari pada tingkap di mana si mati dipercayai terjatuh.

5) Timbalan Pengarah SPRM Selangor tidak mengetik kad perakam waktu ketika keluar dari pejabatnya pada hari kejadian, iaitu 16 Julai lalu.
- Tan mengakui mengenai dakwaan ini, bagaimanapun beliau meminta mahkamah supaya mengambil kira pita rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan bahawa Timbalan Pengarah itu telah keluar dari pejabatnya pada pukul 6.26 pagi, 16 Julai 2009.Peguam pihak keluarga TBH, Gobind Singh Deo meminta surat layang yang dibangkitkan itu ditandakan sebagai bahan bukti. Walaubagaimanapun, permintaan Gobind itu dibantah oleh Tan dan peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa.Abdul Razak mengatakan bahawa tiada peruntukan undang-undang yang membenarkan surat layang seumpama itu diterima sebagai eksibit dan menegaskan supaya mahkamah tidak terpengaruh dengan sesuatu perkara yang tidak diakui ketulenannya. Tan bagaimanapun mencadangkan supaya surat tersebut hanya disimpan sebagai rekod dalam fail mahkamah.Koroner kemudian memerintahkan supaya surat itu tidak ditanda dahulu sebagai ekshibit sebaliknya disimpan dalam fail mahkamah, namun beliau membenarkan Gobind untuk menyoal balas saksi-saksi SPRM berhubung dakwaan dalam surat itu apabila mereka memberikan keterangan di mahkamah nanti.

Inkues seterusnya bersambung dengan keterangan daripada Saksi ke-16, pegawai penyiasat kes siasatan SPRM, Mohd Anuar Ismail. Beliau memberitahu mahkamah bahawa kali terakhir beliau melihat TBH adalah pada pukul 2 pagi, 16 Julai.Selepas itu, kira-kira pukul 9 pagi pada tarikh yang sama beliau menjumpai beg TBH berhampiran sofa di pejabat SPRM. Namun dia tidak melihat kelibat TBH di sekitar pejabat. Beliau memaklumkan kepada mahkamah bahawa tidak ada sebarang kekerasan dan ugutan terhadap Teoh semasa proses soal siasat dijalankan.Pada pukul 5 pagi, 16 Julai beliau dimaklumkan oleh pegawai SPRM yang bernama Mohd Ashraf Yunus, bahawa TBH telah meminta minuman daripadanya. Kira-kira pukul 6 pagi tarikh yang sama, pegawai yang bernama Raymond Nion anak John Timban telah melihat TBH masih tidur diatas sofa dalam pejabat SPRM.

Mahkamah ditangguhkan hingga esok.meniaga di bulan Ramadan ini,” kata Rosli Norani.-(Pro-reform)

-YB Yaakob Sapari ADUN Prihatin dan Penyayang.

YB Yaakob Sapari Turun Padang Tinjau Peniaga Bazar Ramadan.



SHAH ALAM, 23 Ogos - Biasanya orang ramai atau pengunjung akan menerima sumbangan juadah berbuka puasa, namun di tapak bazaar Ramadan TTDI, lain pula yang berlaku. Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari yang turun padang petang semalam, begitu prihatin terhadap golongan peniaga dan menyampaikan buah kurma kepada mereka untuk berbuka puasa.


Beliau yang juga ADUN Kota Anggerik berkata, ia sebagai satu usaha merapatkan hubungan.wakil rakyat dengan peniaga yang turut mengerjakan ibadat puasa pada bulan ini.
“Saya turun ke gerai-gerai untuk berjumpa sendiri dengan peniaga-peniaga bazaar Ramadan,” katanya.Dalam lawatan itu, Yaakob turut menyampaikan bubur lambuk kepada orang ramai di Masjid Al-I’tisam.


Bubur lambuk yang disediakan oleh kakitangan masjid berkenaan pada setiap Ahad, diberikan secara percuma kepada penduduk di kawasan sekitar setiap tahun.
“Bubur lambuk di masjid TTDI ini setiap hari ahad akan beri bubur lambuk percuma kepada masyarakat sekeliling. Ini usaha yang baik sebab tahu fadhilat memberi makan amat besar bagi mereka,” katanya.Dalam pada itu, kata Yaakob berpuashati kerana aktiviti perniagaan di bazaar Ramadan pada masa ini, dikuasai oleh golongan muda.
Peniaga yang ditemui pula merasa terharu dengan tinjauan wakil rakyat mereka yang inilah yang diharapkan agar wakil yang dipilih ini, turun padang sambil melihat sendiri kegiatan yang berlaku.

“Kita orang sangat berpuas hati, kita tengok dulu pemerintahan, ini firstime kerajaan parti pembangkang, saya menunggukan perkara yang baik,” kata peniaga bazaar, Mohd Azhar Matzam.“Terima kasih kerana YB sanggup turun melihat kita meniaga, kalau boleh itulah yang kita hendak, sokongan dari dia, untuk melihat sendiri kita meniaga di bulan Ramadan ini,” kata Rosli Norani.-ATIQAH YAACOB (TVSELANGOR)

-Meraikan Umat Islam berpuasa.

Masjid Negeri Selangor Edar 2,500 Bubur Lambuk Kepada Orang Ramai

SHAH ALAM, 23 Ogos - Sudah menjadi tradisi setiap kali tibanya bulan Ramadan, para petugas Masjid Negeri Selangor bertungkus lumus menyediakan juadah berbuka puasa itu seawal 9 pagi lagi.Pada tahun ini, Masjid Negeri menyediakan kira-kira 2,500 bungkus bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai secara percuma setiap hari.

“Jadi nampaknya sudah bertambah bilangan bubur lambuk daripada 500 kepada 2,500 pada kali ini, dan tak termasuk yang dibuat tiap-tiap hari Khamis, 500 dan sebagai tambahan bulan Ramadhan ni saya diberitahu ada 1,000 lagi untuk berbuka selain daripada yang disediakan pada petang ini. Jadi nampaknya saya rasa bubur lambuk kita semakin sedap, mungkin lebih sedap dari Kg Baru”, kata Pengerusi MAIS.

Demikian kata Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa selepas merasmikan Program Bubur Lambuk Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam petang semalam.Dalam pada itu, bubur lambuk yang disediakan oleh Masjid Negeri pada tahun ini merupakan hasil sumbangan syarikat-syarikat swasta, orang perseorangan dan derma orang ramai.Bubur lambuk ini diagihkan selepas waktu Asar setiap hari kepada orang ramai.

Kira-kira 4 ribu ringgit diperuntukkan untuk menyediakan sajian tradisi ini.
Hadir sama Datuk Azim Abu Bakar Abdul Hamid, Orang Besar Daerah Petaling; Tan Sri Ambrin Buang, Ahli Dewan Negara dan Imam Besar Masjid Negeri, Ahmad Mustafa Sidin. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

-Pakatan Rakyat sentiasa menjaga sensitiviti perkauman dan berunding bagi menyelesaikan sebarang masalah.

Perayaan Phor Thor Berpindah Ke Lokasi Lokasi Lebih Sesuai.

SHAH ALAM- 22 Ogos: Masalah perayaan Phor Thor yang diraikan di kawasan penduduk Blok 19,20,21 Flat PKNS, Seksyen 24 kini telah diselesaikan dengan memindahkan lokasi ke kawasan tanah lapang berhadapan kilang Cadbury.Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Perayaan Phor Thor yang dirayakan selama tiga hari setiap tahun mengikut kalender Luna pada asalnya dilakukan di kawasan perumahan Blok 19,20,21, Seksyen 24 dan telah menganggu ketenteraman penduduk di kawasan tersebut.

Katanya, masalah yang dihadapi sejak 13 tahun lalu diselesaikan dengan cara berhemah dengan berbincang dan mendapat satu jalan penyelesaian yang terbaik untuk kedua-dua pihak.
“ Inilah apa yang kita capai untuk tahun ini, satu penyelesaian dimana tapak untuk menyambut perayaan perayaan phot thor itu di mana persatuan Phor Thor setuju dan penduduk di Blok PKNS pun seronok kerana mereka tidak lagi terpaksa berhadapan, sekarang ini dapat kita selesaikan,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Pas Parlimen Shah Alam, pagi tadi.Beliau berkata, masalah ini tidak diselesaikan ketika Barisan Nasional memerintah walaupun pelbagai aduan telah dibuat namun tiada tindakan yang dilakukan.
Katanya, Pakatan Rakyat sentiasa menjaga sensitiviti masyarakat dan mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut untuk kedua-dua belah pihak.

“Hari ini saya nak buktikan bahawa bukan sekadar masalah kuil 19 dapat tangani dengan bertanggungjawab, masalah Phor Thor antara Melayu dengan Cina juga dapat diselesaikan jika kita duduk berbincang dalam suasana yang saling hormat menghormati,” katanya.
Bekas Presiden Persatuan Penduduk Blok Flat 19,20,21, Mohd Nasir Buyong berkata usaha untuk menyelesaikan masalah ini dilakukan sejak tahun 1996 namun aduan yang dibuat tiada sebarang tindakan diambil.

“Saya duduk tahun 96 dah start complain bukan, MBSA, tapi MPSA, PKNS, Jabatan Alam Sekitar, Polis, Jabatan Pencegah Rasuah saya dah bagi surat dah register dari dulu sampai sekarang,” katanya.Setiausaha Persatuan Phor Thor, Seksyen 24, Lim Kooi Huat berkata, sebelum ini tiada tempat untuk berbincang tentang masalah ini, dan sejak Pakatan Rakyat memerintah pekara ini boleh dibawa berunding dan mendapat penyelesaian terbaik.

Katanya, kali ini perayaan Phor Thor disambut pada 31 Ogos hingga 3 September di lokasi baru.
“For this year onwards, with the help of YB Khalid Samad and Datuk Bandar of Shah Alam, we have managed to find a more suitable location to hold our celebration. This area is the size of 3 football fields, far from any residential area and hence its suitable for us to hold our celebration,” katanya. KEMALIA OTHMAN (TVSELANGOR)

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: