Sunday, October 28, 2012

FAKTA SEBENAR HUTANG TALAM

Memahami Kes Talam

Kes Talam memang nampaknya mengelirukan. Walaubagaimanapun, dengan sedikit sebanyak kesabaran dan huraian yang jelas, kes ini sebenarnya  mudah difahami.

Artikel ini akan membincangkan asal-usul kes ini, bagaimana Selangor berjaya mengutip semula hutang Talam serta bagaimana kes ini berbeza dengan kes-kes ‘bailout’ yang dilihat pada peringkat persekutuan.

Latar belakang

Cerita ini bermula dalam tahun lapan puluhan dan sembilan puluhan, dengan seorang jurutera bernama Chan Ah Chye yang bekerja di syarikat milik kerajaan Selangor, PKNS. Chan mengasaskan Talam Corporation, dan mungkin hasil hubungan rapat dengan pemimpin-pemimpin tertentu seperti Menteri Besar waktu itu
Muhammad Muhammad Taib , berjaya menjadi antara pemaju-pemaju utama di Selangor.


Banyak tanah di Selangor diperuntukkan ke Talam secara percuma! Tanah ini dicagarkan kepada bank untuk mendapatkan pinjaman-pinjaman besar yang membiayai projek-projek Talam.

Pembaca boleh teka sendiri siapa yang dapat berkongsi untung dari projek-projek ini.

Tauke-tauke zaman itu sentiasa berpendirian bahawa berniaga dengan wang yang dipinjamkan adalah lebih baik daripada menggunakan wang sendiri. Oleh itu, pinjaman-pinjaman Talam dari bank terus meningkat.

Krisis ekonomi, projek terbengkalai!

Akhirnya, krisis ekonomi sekitar tahun 1997 melanda Talam. Akibat tidak berupaya untuk membayar balik pinjaman-pinjaman besar, kedudukan kewangan Talam semakin merosot dan projek-projek semakin terbengkalai.

Malangnya, Talam dan sekutu-sekutu politiknya gagal insaf atau bertaubat. Pada 2001, di bawah Menteri Besar BN Khir Toyo, tiga bidang tanah diperuntukkan kepada anak syarikat Talam Maxisegar Sdn Bhd sebagai pembiayaan pembinaan kampus induk UNISEL dengan kos pembinaan RM 750
juta!


Projek ini akhirnya turut terbengkalai dan pada September 2006, Talam diklasifikasikan sebagai “Affected Company”menurut amalan Practice Note 17 (PN 17) akibat kedudukan kewangannya yang parah.

Reformasi di Selangor

Pada 2008, apabila Khalid Ibrahim menyandang jawatan Menteri Besar, beliau mewarisi masalah ini di mana Talam berhutang besar kepada kerajaan negeri serta anak-anak syarikatnya.

Ada cerita bahawa apabila Talam diminta menjelaskan kenapa mereka tidak pernah memulakan proses membayar balik hutang, jawapan malu-malu mereka adalah: “Tiada sesiapa yang pernah minta.”

Untungnya untuk rakyat Selangor, wujudnya Menteri Besar yang baru. Khalid Ibrahim bukan setakan berpengalaman kuat tetapi memang pakar dalam bidang kewangan korporat. Beliau memulakan usaha dengan segera untuk menyelesaikan masalah ini dan mengutip balik hutang Talam kepada
rakyat Selangor.


Rancangan yang akhirnya dipilih berasaskan prinsip yang mudah: menggunakan aset-aset Talam yang masih ada untuk menjelaskan hutang tersebut.

Meneliti pengstrukturan semula

Proses kutipan hutang memang rumit dari segi teknikal.

Rumusannya: Pertama, hutang Talam disahkan dan direkod dalam akaun (sesuatu yang tidak dibuat sebelum 2008).Selepas disahkan semua pihak, hutang ini dipindahkan kepada Menteri Besar Incorporated (MBI) yang akhirnya bertanggungjawab mengutip hutang dalam bentuk tanah dan wang tunai.

Bahagian seterusnya menjelaskan proses secara terperinci. 
Walaupun rumit dan mungkin membosankan, proses disenaraikan untuk sesiapa yang ingin tahu dan untuk menegakkan nilai-nilai ketelusan.

  1. Talam berhutang RM 392 juta kepada tiga anak syarikat Selangor: KHSB, PIYSB, dan  PNSB. 
  2. Setelah hutang ini dipersetujui, disahkan dan direkodkan, satu lagi anak syarikat Selangor,Selangor Industrial Corporation (SIC), membeli hutang tersebut daripada tiga syarikat itu.  
  3. SIC mengambil pinjaman RM 392 juta dari CIMB untuk membeli hutang tersebut. 
  4. Pada November 2009, Exco Negeri serta Dewan Negeri meluluskan geran RM 392 juta kepada MBI yang menggunakan dana tersebut untuk membeli dan mengambilalih hutang -hutang dari SIC.
  5. SIC kemudiannya mengguna dana tersebut untuk membayar balik pinjaman
    daripada CIMB.

Proses rumit, objektif mudah - tanpa sebarang perbelanjaan tinggi, Talam kini berhutang jumlah yang sama kepada satu sahaja anak syarikat Selangor, bukan lagi tiga yang asal.

Hutang dijelaskan sepenuhnya

Kita harus memerhatikan bahawa tidak wujud pada bila-bila masa atau mana-mana peringkat transaksi sebarang pemindahan dana kerajaan kepada Talam. Pemindahan dana hanya berlaku dari satu saku kerajaan negeri kepada saku yang lain.

Ini adalah perbezaan yang amat ketara berbanding syarikat-syarikat seperti Indah Water Konsortium, MAS, atau Putra/Star LRT, di mana duit rakyat dimasukkan terus ke dalam syarikat-syarikat yang kelihatan hilang beratusan juta ringgit melalui penyalahgunaan kuasa, rasuah dan ketirisan.

Pengstrukturan semula hutang Talam berjaya mengesahkan hutang Talam dan membuka jalan untuk Talam membayar balik hutang tersebut ke satu sahaja anak syarikat negeri.

Ceritanya masih belum habis.

Satu lagi pencapaian yang amat penting adalah bahawa MBI telah pun berjaya kutip semula jumlah sepenuhnya hutang Talam, iaitu RM 392 juta.

Kepada sesiapa yang ingin tahu, kutipan ini wujud dalam 2 bentuk: 

1. RM 340.88 juta dikutip dalam bentuk tanah dan aset: 
  • 1,322.44 ekar tanah di Bukit Beruntung                        (RM 150.28 juta)
  • 2,263.53 ekar tanah di Bestari Jaya                           (RM 105.30 juta)
  • 400 ekar tanah di Ulu Yam & 60% saham di                                                                                                Ulu Yam Golf & Country Resort                                 (RM 22.20 juta)
  • 134.2 ekar tanah di Danau Putra                               (RM 52.10 juta)
  • 5-unit pejabat di Menara Pandan                               (RM 11.10 juta)
 2. RM 51.12 juta pula dikutip dalam bentuk tunai:  
      
  • Jualan 2 ekar tanah di Puncak Jalil                              (RM 12 juta)
  • Penyerahan tunai dari EON                                       (RM 5 juta)
  • Baki bayaran kerjatanah (earthwork) dari UNISEL                 (RM 7.68 juta)
  • Jualan 25.94 ekar tanah Bkt Beruntung kpd. PKNS                (RM 9.04 juta) 
  • Jualan 218 ekar tanah Bestari Jaya                              (RM 17.4 juta)
Fakta jadi bukti

Apakah yang kita boleh rumuskan?

Lebih satu dekad bawah BN, satu syarikat berhutang ratusan juta kepada kerajaan negeri Selangor.
Dalam setahun dua sahaja mentadbir di Selangor, Khalid berjaya kutip semula hutang ini, dan meningkatkan dana yang boleh dibelanja untuk membiayai program-program kebajikan di seluruh Selangor.

Skandal?

Ya, skandalnya adalah cara Talam dibiarkan sahaja dan tidak diminta pun untuk bayar balik hutang ini bawah BN, dan skandalnya adalah kita terpaksa tunggu 50 tahun sebelum mengangkat pemimpin yang berupaya mereformasikan amalan-amalan kotor ini.

Chua Tee Yong pun semakin ketandusan kredibiliti. Hari pertama kata RM 1 billion. Hari kedua RM 260 juta. Hari ketiga RM 42 juta pula. 

Mungkin Chua ingat dia setaraf dengan Rafizi Ramli. Malangnya, beliau gagal faham bahawa pendedahan Rafizi ini bukan setakat adakan sidang media besar dengan melaungkan nombor-nombor. Di belakang setiap
pendedahan adalah usaha berjam-jam membuat penyelidikan terperinci.


Cubalah buat kerja rumah sebelum ingin berdepan dengan tokoh korporat berintegriti seperti Menteri Besar Selangor, terutamanya jika dari pihak BN - janganlah sampai mengata dulang, paku serpih.

Thursday, October 25, 2012

Program Jelajah Bas Merdeka Rakyat Ke Selangor Bersama

Dato’ Sri Anwar Ibrahim, Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin Ali & MPN

28 Oktober 2012 (Ahad)


1)    09.30 pagi – Pekan Sungai Besi

2)    12.00 thari – Warung Ibu Nasi Ambeng, Kg Sungai Gulang-Gulang, Permatang, Tanjung Karang

3)     01.45 ptg - Pekan sg besar berhadapan restoran batu kurau Sg Besar. (Dalam laluan akan singgah sebentar sekitar 10 ke 15minit. PA sistem Cabang Sg Besar sediakan. Kena singgah kerana edaran makluman sudah dibuat)

4)     02.15 ptg – Padang Sepaktakraw, Bagan Nakhoda Omar, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam

5)    03.45 ptg - Singgah Lubok Pusing di Dataran Pekan Bagan Terap (Dalam laluan ke Sungai Tenggi akan singgah sebentar sekitar 10 ke 15minit. PA sistem Cabang Sabak Bernam sediakan. Kena singgah kerana edaran makluman sudah dibuat)

6)    05.00 ptg – Felda Sungai Tengi Selatan

7)    07.00 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib

       Lokasi – Masjid Abu Bakar Ali Bashah, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung

9)    09.00 – 10.00 mlm –  Pekan Rasa

8)    09.00 -12.00 mlm – Ceramah Perdana- Merdeka Rakyat

     Lokasi : Pusat Bandar Baru Batang Kali, Ulu Selangor

     
Barisan Penceramah:     

i.                    YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

ii.                  YAB Tan Sri Khalid Ibrahim

iii.                YB Azmin Ali

iv.               YB Zuraida Kamaruddin

v.                 YBhg S Surendran

Janji Dicapati..


TEKNOLOGI PENAPIS AIR MEMBRAN: MUHYIDDIN TIDAK MENDAPAT MAKLUMAT TEPAT

KENYATAAN AKHBAR
23 OKTOBER 2012
TEKNOLOGI PENAPIS AIR MEMBRAN:  MUHYIDDIN TIDAK  MENDAPAT MAKLUMAT  TEPAT
 
Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin ternyata tidak diberi penjelasan dan maklumat yang tepat mengenai teknologi penapis air membran apabila mendakwa teknologi ini tidak praktikal kerana mahal dan tidak mampu menambah bekalan air.
 
Mungkin tujuh tahun lalu teknologi penapis air membran ini mahal kerana baharu diperkenalkan tetapi sekarang tidak lagi. Teknologi ini sangat kompetitf dan sekarang digunakan untuk memproses air laut menjadi air mentah di beberapa negara di Timur Tengah.
 
Kerajaan Selangor telah memanggil perunding daripada Kanada yang telah pun memberikan  taklimat terperinci  mengenai  penggunaan teknologi ini yang kita anggap lebih praktikal dan menjimatkan berbanding menembuk banjaran Titiwangsa untuk membina  terowong bawah tanah dan memusnahkan alam sekitar untuk pembinaan empangan di Pahang.
 
Menerusi teknologi ini, Negeri Selangor akan mempunyai bekalan air yang mencukupi tanpa perlu membeli air daripada Pahang.   Kita mampu meningkatkan kapasiti air dengan hanya membina teknologi penapis air membran di loji pembersihan air sedia ada.
 
Penggunaan teknologi penapis air membran ini mampu menambahkan satu juta meter padu air sehari dengan hanya menggunakan 1/3 dari kos pembinaan Langat 2.  
 
Purata keperluan air di Selangor dan Lembah Klang adalah sekitar empat juta meter padu sehari tetapi bekalan yang sampai kepada pengguna hanyalah tiga juta meter padu kerana satu juta meter padu ‘hilang’ atau Non Revenue Water (NRW).   Justeru, teknologi ini mampu menampung tambahan keperluan satu juta meter padu setiap hari.
 
Sekiranya Timbalan Perdana Menteri tidak faham mengenai teknologi ini, kita sedia memanggil perunding daripada Kanada untuk memberikan taklimat kepada beliau dan pegawai-pegawai di Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta pakar-pakar air di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
 
Kerajaan Selangor mengulangi pendirian bahawa kerajaan negeri tidak menentang Langat 2 tetapi perlu disertakan sebagai pakej penyusunan semula industri perkhidmatan air yang terbantut kerana tiada kerjasama dari  kerajaan Pusat dan syarikat konsesi.
 
Penyusunan semula perkhidmatan air di Selangor adalah penyelesaian menyeluruh yang membolehkan pengguna di Selangor dan Lembah Klang menerima perkhidmatan bekalan air lebih efisen pada harga munasabah.
 
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Tuesday, October 16, 2012


16 Oktober 2012


NOH OMAR JAHIL SOAL URUSAN PENTADBIRAN

Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB. Dr. Hj. Yaakob Bin Sapari menyelar tindakan Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar berhubung kenyataannya mengenai „Kerajaan Selangor menghalang projek pengairan bagi pesawahpada sabtu yang lalu. Menurut Dr. Yaakob, beliau menyifatkan ia adalah tindakan jahil seorang menteri yang tidak tahu soal urusan pentadbiran.

Hal ini kerana, projek yang yang dilakukannya itu langsung tidak dimaklumkan kepada kerajaan negeri selaku pihak yang bertanggungjawab mengawal-selia urusan dan pentadbiran serta pembangunan di negeri Selangor.

“Mana-mana pembangunan yang ingin dibuat mesti mendapat kelulusan pihak berkuasa negeri terlebih dahulu, supaya mereka dapat membuat ulasan jika timbul sebarang masalah. Sebagai contoh, jika ingin membuat pembangunan perumahan, mesti mendapatkan kelulusan kerajaan negeri, perkara sebegini semua orang tahu. Bukan hentam sembrono seolah-olah menteri ini tidak pernah sekolah”, kecam Dr. Yaakob terhadap reaksi jahil yang ditunjukkan oleh seorang menteri.

Tambahan pula, beliau mengulas projek yang didakwa oleh Noh Omar itu sebagai tindakann menceroboh tanpa izin kerana ia memasuki kawasan hutan. “Projek tersebut dilakukan oleh pihak Integrated Agricultural Development Area atau ringkasnya IADA. Projek bagi membina ban atau kolam takungan air tersebut berhadapan dengan masalah kerana memasuki kawasan hutan. Akibatnya, kerana tidak merujuk kepada pihak kami, projek tersebut telah mengakibatkan berlakunya kemusnahan hutan. Sepatutnya, IADA rujuk kepada kami terlebih dahulu, supaya pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dapat turut serta membantu kerja-kerja membina kolam takungan air demi kebaikan rakyat keseluruhan.

“Sebelum Noh Omar menjadi menteri, hubungan saya dan pihak pegawai persekutuan tiada masalah, malah pihak IADA dan FAMA turut hadir ke mesyuarat yang kami buat. Malangnya setelah Noh Omar menjadi menteri, pegawai-pegawai di peringkat pusat telah dihalang dari menghadiri mesyuarat saya. Perkara ini sangat merugikan para petani. Sepatutnya Noh Omar membuat keputusan yang memihak kepada rakyat daripada kepentingan politik semata-mata”, ujar Dr. Yaakob mengakhiri ucapannya.



YB DR. HJ. YAAKOB BIN SAPARI,
Exco Kerajaan Negeri Selangor

Monday, August 20, 2012

Thursday, June 7, 2012



Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

6 Jun 2012

PTPTN Di Desak Jangan 'Amalkan Diskriminasi Terhadap Mahasiswa UNISEL !

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang bertindak menggantung sebarang permohonan pelajar Universiti Selangor (Unisel) untuk mendapatkan pembiayaan pengajian mereka.

Ini dimaklumkan kepada mahasiswa-mahasiswi IPT berkenaan sewaktu taklimat oleh Pengurusan IPT yang diadakan minggu ini sempena pembukaan semester baharu dan pengambilan baharu mahasiswa ke IPT berkenaan.

Tindakan ini, menunjukkan bagaimana PTPTN telah menjadi ejen politik Umno-BN melalui cengkaman Kementerian Pengajian Tinggi untuk menekan IPTS khususnya yang beroperasi di Negeri-negeri Pakatan Rakyat, dalam konteks ini di Selangor.

Ini tidak mengejutkan sementelahan sebelum ini juga, Umno-lah yang galak mengasak Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor untuk membiayai pengajian mahasiswa/i khususnya di Unisel dan KUIS. Berikutan ketegasan PR menolak diskriminasi dan cengkaman hutang PTPTN ke atas mahasiswa/i, kini mereka dijadikan mangsa dengan penafian permohonan ini.

Harus ditegaskan bahawa penjelasan telah diberikan malah diperincikan oleh Pengarah Strategi KEADILAN sewaktu berdebat dengan Ketua Pemuda Umno baru-baru ini berhubung isu konsesi melampau melibatkan pembinaan dan pengurusan Unisel dan KUIS yang menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa menanggung kos melebihi yang sewajarnya.

Sungguhpun begitu, dalam Dialog AMK bersama Menteri Besar Selangor baru-baru ini, YAB Dato' Menteri Besar telah membayangkan kebarangkalian PTPTN menghentikan pembiayaan kepada mahasiswa/i Unisel dan KUIS akan berlaku. Dan AMK telah mencadangkan agar bagi kes sebegini, Kerajaan Negeri Selangor boleh menyusun pelan tindakan untuk menanggung kos pengajian mahasiswa/i yang baharu mendaftar di Unisel dan KUIS.

Justeru, AMK melihat wujud kewajaran mendesak untuk Kerajaan Negeri Selangor mempertimbangkan opsyen menanggung kos pengajian tersebut.

Buat PTPTN, 'sekalung tahniah' kerana berjaya mengesahkan bahawa mereka 'secara rasmi' telah menjadi ejen Umno untuk melaksanakan politik dendam Umno kepada PR. Tentunya tindakan ini menzahirkan satu lagi 'amalan diskriminasi kepada negeri Selangor.
 
AMK menyarankan agar PTPTN meneruskan agenda membalas dendam sebegini, kerana ini secara relatifnya memudahkan tugas PR untuk terus meyakinkan rakyat bahawa pemansuhan PTPTN adalah sesuatu yang relevan dan harus dilakukan, melalui kuasa undi di dalam PRU-13 akan datang !

Tuesday, May 22, 2012

Skandal Scorpene

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

11 April 2012

Skandal Scorpene & Syarikat Terasasi (HK) Ltd: Najib Perlu Nafi Pendedahan Media Antarabangsa

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin menarik perhatian massa ke atas satu artikel nukilan John Berthesen, "Gun Begins Smoke in Malaysian Sub Scandal" seperti yang disiarkan di laman web Asia Sentinel pada 5 April 2012.

Artikel tersebut yang turut mengupas mengenai peranan mendiang Altantuya Shariibuu dalam transaksi berkenaan sehingga membawa kepada pembunuhan beliau, turut mendedahkan beberapa fakta kontrovesial di sebalik transaksi pembelian kapal selam Scorpene. Antara lain artikel tersebut turut melontarkan beberapa fakta melibatkan salah laku dan penyelewengan yang ketara dalam transaksi berkenaan. Ini sekaligus memalitkan imej Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak yang menjawat jawatan Menteri Pertahanan pada ketika itu.

Dalam transaksi yang bernilai US$1.2 billion tersebut, fakta didedahkan melalui proses penyiasatan percaya bahawa sekurang-kurangnya sejumlah €36 juta (RM144 juta) yang disalurkan melalui sebuah syarikat yang berpusat di Hong Kong, Terasasi (HK) Ltd yang dikendalikan oleh orang kanan Najib iaitu Abdul Razak Baginda, berakhir di 'poket Najib'.

Syarikat Terasasi ini yang bertempat di daerah Wan Chai, Hong Kong turut dikendalikan oleh bapa kepada Razak Baginda iaitu Abdul Malim Baginda.

Pendedahan ini jelas menggemparkan, di saat fakta-fakta seumpama ini digelapkan di dalam media Malaysia dan hanya diperoleh melalui siasatan media antarabangsa yang mempunyai akses siasatan yang kredibel.

Ditambah dengan pengakuan bapa kepada mendiang Altantuya, Dr. Shaaribuu Setev bahawa beliau pernah melihat gambar di antara mendiang Altantuya, Razak Baginda dan Najib, seolah-olah menggambarkan bahawa keterlibatan Najib di dalam skandal ini sudah tidak boleh diragui lagi.

Malah, AMK melihat ini merupakan satu tamparan kepada Najib dalam keadaan beliau telahpun bersumpah di Masjid Jamek Guar Perahu pada Ogos 2008 sewaktu kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh sedang dijalankan.

Fakta-fakta yang diperincikan oleh Asia Sentinel ini mempunyai kredibiliti dan harus dinafikan oleh Najib secara berfakta untuk membersihkan nama beliau selaku Perdana Menteri Malaysia.

Justeru, AMK mencabar Najib untuk membuat penafian terbuka secara spesifik dan menyaman John Berthesen serta Asia Sentinel sekiranya ia jelas merupakan satu fitnah semata-mata.

Sebarang dolak dalih yang bakal beliau berikan bersabit hal ini, hanya memburukkan lagi imej beliau di sebalik penafian dan sumpah yang telah beliau lakukan sebelum ini. Dan adalah malang bagi Malaysia untuk dipimpin oleh pemimpin yang hanya mampu membuat penafian tanpa sebarang susulan fakta.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: