Tuesday, October 28, 2014

Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَيَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ ۚ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُون َ Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.(An-Nahl :90) Menjelang 28.10.2014 dan 29 .10.2014 merupakan tarikh penting buat pencinta Keadilan.Tarikh keramat yang akan meninggalkan kesan kepada mereka yang memahami erti dizalimi dan penderitaan. Keputusan akhir kes liwat Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia YB Datuk Seri Anwar Ibrahim ( Keadilan-Permatang Pauh) melawan Mantan Pembantu peribadi beliau Saiful Bukhari Azlan dan Kerajaan Malaysia secara tidak langsung. Istana Kehakiman Putrajaya menjadi saksi pertarungan antara Keadilan dan kezaliman, antara Hak dan Batil , pertarungan antara Rakyat dan Sistem yang korup. Kes yang sudah berlarutan lamanya bukanlah suatu yang baru buat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu, kerana kes liwat pertama tahun 1999 direka khas oleh musuh politik beliau yang ingin melihat kerjaya politik beliau terkubur, tetapi atas semangat cintakan Keadilan dan Rakyat Hakim Negara Yang menyakini Allah Maha Adil telah mengugurkan tuduhan jahat dimana Ketua Umum itu hanya dipenjara enam tahun atas kesalahan salah guna kuasa yang juga direka musuh politiknya. Sistem Kehakiman yang suatu ketika dahulu heboh dengan tuduhan pembelian Hakim-hakim perbicaraan telah mencalarkan imej institusi kehakiman dan Negara Malaysia. Penglibatan ahli politik dalam mempengaruhi sistem kehakiman dikutuk sekeras kerasnya kerana institusi tersebut adalah badan tertinggi selain Eksekutif dan legislatif. Justeru, tidak hairan Kes Liwat 2 yang akan berlangsung pada 28 Oktober ni akan menggunakan modus operandi yang sama untuk mengheret Ketua Pembangkang Ke jeriji besi untuk menamatkan kerjaya dan pengaruh politik beliau. Kempen Rakyat Hakim Negara adalah sambungan dari kempen kes Liwat pertama pada tahun 1999 di mana rakyat yang cakna dan simpati pada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menzahirkan kesedaran dan perpaduan bahawa sistem keadilan negara tidak boleh dicabuli dan harus bergerak seadilnya tanpa campur tangan politik. Rakyat Hakim Negara akan menjelaskan pada anak muda yang lahir selepas reformasi 1999 bahawa badan kehakiman negara telah dirosakkan oleh regim UMNO dan Barisan Nasional untuk memenuhi nafsu politik mereka. Angkatan Muda Keadilan Cabang Shah Alam mengambil pendirian bahawa kes liwat 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim harus digugurkan kerana banyak kelemahan pada bukti kes yang melibatkan DNA tertuduh dan yang dituduh.Justeru, AMK Shah Alam mendesak badan kehakiman menjatuhkan hukuman seadil -adilnya tanpa menzalimi dan dipengaruhi politik atau menghadapi kemarahan rakyat yang inginkan badan kehakiman negara bebas dari pengaruh politik. Rakyat Malaysia diseru berdoa dan bertawakkal kepada tuhan agar Keadilan sebaik baiknya diberikan pada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinafikan hak mendapat keadilan bertahun lamanya. Rakyat Hakim Negara adalah slogan bahawa Pencinta Keadilan dan Penentang Kezaliman akan menghakimi UMNO dan Barisan Nasional pada PRU 14 kelak. #Justice4Anwar #RakyatHakimNegara Yang benar ( ABU ZAR AHMAD ZUBIR) Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Cabang Shah Alam



Saturday, October 25, 2014

Wednesday, October 22, 2014

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: