Sunday, August 31, 2008

2 berita sedih AMK.. Al- Fatihah..

AMK menerima 2 berita yang menyedihkan yang mana berita pertama ialah pada 28- 8- 2008, Makcik kepada Sdr, Azlan bin Ishak, Ketua AMK Bahagian Gelang Patah telah pulang ke Rahmatullah. Jenazah dikebumikan di Kota Tinggi, Johor.

Berita sedih kedua pada hari yang sama, Datuk kepada Sdr. Samsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Angkatan Muda Malaysia telah pulang ke Rahmatullah dan jenazahnya dikebumikan di Kg. Hang Tuah, Sengkang, Muar Johor.

Seluruh Angkatan Muda Bahagian Shah Alam mengucapkan Salam Takziah kepada Sdr. Samsul Iskandar dan Sdr. Azlan. Mudah-mudahan roh arwah ditempatkan bersama-sama kekasih ALLAH.
YANG TERSIRAT DALAM BELANJAWAN 2009..

Carta berkaitan FDI - pelaburan luar dlm negara - menunjukkan beberapa negara di Asia mendapat suntikan daripada pelabur luar sepanjang tempoh enam bulan. Potongan kek carta pai menunjukkan Singapore, Thailand, Jepun, China dan even Vietnam menerima suntikan modal asing. Ramai yang senyap dan kelihatan tercari2 di mana potongan kek untuk malaya? Ya, tanpa perlu ditanya, presenter yang buat presentation tu dengan selamba mengatakan bahawa negara kita berada dalam "Others". "Others" menerima jumlah suntikan kurang daripada 10%!
Golongan negara manakah yang berada dalam "others"? Yang pastinya tanah melayu adalah salah satu daripadanya. Yang lain korang boleh cari sendiri. Untuk rekod, sebelum ini kek FDI di Asia juga dipegang sedikit sharenya oleh kita. Kebelakangan ini kita terpaksa berkongsi dengan "others".

Budget 2009 membuktikan sekali lagi betapa tenatnya FDI kita. Kerajaan terpaksa "memenangi" hati rakyat dan juga Sabah Serawak dahulu sebelum memikirkan tentang FDI. Malah tidak keterlaluan jika aku katakan bahawa tiada satupun kelebihan diberikan untuk menarik lebih banyak FDI ke negara kita! Belanjawan kali ini lebih kepada menyelamatkan BN, daripada menyelamatkan ekonomi Malaysia.
Soalan: jika orang tak bawak masuk duit untuk diberikan kepada kerajaan, duit siapakah yang kerajaan dok guna selama ini?
Jawapan: Duit rakyat! Duit minyak yang dinaikkan oleh kerajaan! Kerajaan sedang memerah keringat rakyat melalui kenaikan harga minyak yang mendadak dan melampau tinggi! Kemudian dengan "keuntungan" ini, kerajaan mengumumkan "pelbagai insentif" kepada rakyat seolah2 menunjukkan urus tadbir kerajaan bertambah baik. Hey, kamu tak perlu belajar pengurusan ekonomi di LSE sehingga ke tahap PhD untuk mengurus kewangan sebegini! Kamu ambil RM10 daripada rakyat, dan tiba masa belanjawan, kamu umumkan bahawa kerajaan "baik hati" untuk bagi setiap rakyat lima kupang. Ibrahim Ali pun boleh jadi PM kalau macam ni!

Ekonomi kita makin tenat. Setakat blog ni ditulis, ringgit dah lemah berbanding dolar - 3.39. Dua bulan lalu, kita selesa di paras 3.20. Kalau kita naik kepada 3.40, kemungkinan Zeti terpaksa masuk campur dan nasihatkan PakLah untuk kuncikan semula ringgit kita macam dulu. Inflasi juga mencanak naik. Barangan komoditi tak nampak jalan untuk turun. Dalam harga minyak telah diturunkan, pengusaha pengangkutan awam masih terusan berusaha menaikkan harga tambang.

Mungkin pekerja yang bergaji bawah RM35 ribu setahun boleh tersenyum sekarang kerana PCB (potongan cukai berjadual) mereka nanti dah tak dipapar dalam slip gaji. Maka seronoklah mereka berbelanja 20-30 ringgit sebulan yang "dijimatkan" untuk guna beli petrol. Yang diambil balik oleh kerajaan akhirnya dengan menafikan subsidi minyak seperti sebelumnya. Atau mungkin boleh belanja kawan2 makan jagung dalam tin yang telah dimansuhkan cukai importnya dalam belanjawan kali ini.

Bagaimana dengan defisit? Jawapan menteri kewangan 2 kita - mat yakob - senang, defisit akan berkurang sebab petronas bayar cukai lebih! Sekali lagi, sedara sedari, adik kakok sekalian, membuktikan bahawa urus tadbir negara sangat senak sebab kita bergantung sepenuhnya pada petronas! Hasan marican pernah meletup sebelum ini bila mempersoal kerajaan mengenai industri lain dan kenapa hanya bergantung kepada petronas semata?

Belanjawan 2009 menyimpulkan bahawa kerajaan BN yang diteraju oleh PakLah membawa ekonomi Malaysia menuju ke gaung jahanam kerana terpaksa memberi inisiatif kepada rakyat menggunakan duit rakyat yang diperah dan dirampas secara paksa. Ini samalah juga seperti membuat potongan gaji ke atas pekerja dan kemudian mengumumkan bonus pada hujung tahunnya!

Friday, August 29, 2008

Sebahagian Gambar Sepanjang Pilihanraya Parlimen Permatang Pauh..














Wednesday, August 27, 2008

KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA KECIL (P44) PERMATANG PAUH.

ANWAR IBRAHIM 31195
ARIF SHAH 15524
HANAFI MAMAT 92

MAJORITI 15671
UNDI ROSAK 447

Saturday, August 23, 2008

PESANAN DARI MURSYIDUL AM PAS -Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Kepada Seluruh Rakyat Malaysia, Khasnya Permatang Pauh

Tuan/Puan,
Alhamdulillah. Setelah sempat mengikuti sendiri proses penamaan calon di Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008, sedarlah saya yang ia adalah sebuah pilihan raya kecil yang amat sengit. UMNO/BN melihat pertarungan ini perlu memberi kemenangan mandatori kerana kekalahan boleh membawa kepada Pakatan Rakyat maju ke hadapan untuk mara ke Putrajaya. Mereka cukup takut kedatangan tanggal 16 September 2008 kerana di sana ada sesuatu yang mereka percaya akan berlaku. Jadi menyekat DSAI adalah menjadi keutamaan mereka yang paling atas.

Saudara/Saudari Sekalian,
Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berkempen untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan berlangsung pada 26 Ogos 2008 nanti. Kita semua maklum bahawa penyertaan beliau dalam pilihan raya kecil ini adalah untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan sekaligus menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam pemerintahan negara seperti yang sedang kalut diperkatakan di dada-dada akhbar. Semua ini untuk membetulkan landasan supaya negara kita selamat dari ancaman kegelinciran iman, aqidah dan taqwa kepada Allah S.W.T.

Walaupun telah dihina dan diaibkan dengan teruk 10 tahun lalu, saya perhatikan musuh-musuh yang tidak berperikemanusiaan tidak pernah puas untuk menzalimi beliau. Dengan modal yang sama, sekali lagi beliau difitnah dengan tuduhan yang tidak tergamak untuk saya menyebutnya.
Saya tetap dengan pendirian bahawa fitnah terhadap Datuk Seri Anwar adalah konspirasi politik. Saya juga berpendirian bahawa sumpah yang dibuat oleh orang yang menuduh baru-baru ini penuh dengan persoalan dan keraguan.

Atas kesedaran ini, jauh dari dasar hati biarpun terlantar di katil hospital, izinkan saya menggagahkan diri, merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik menentang keras budaya fitnah dan konspirasi yang menjelekkan seumpama ini. Sikap protes ini harus lantang dan konsisten hingga sampai ke peti undi pada 26 Ogos 2008.
Wassalam.

DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MATMursyidul Am PAS
Jangan terima tawaran menjadi pengundi hantu..

PERANCANGAN jahat Umno untuk membawa undi hantu ke Permatang Puah terdedah apabila kakitangan kerajaan di Putrajaya disogok RM1,000 seorang untuk mengundi pada 26 Ogos.Sumber yang merupakan seorang kakitangan yang bertugas di sebuah kementerian di Putrajaya memberitahu Suara Keadilan, komplot undi hantu ini di percayai di dalangi oleh Ketua Umno Bahagian Putrajaya, Adnan Mansor atau dahulunya di kenali sebagai Adinan a/l Manzoor sebelum beliau menukar nama dalam tahun 70an.Menurut kakitangan tersebut tawaran itu di buat terutamanya kepada kakitangan berjawatan rendah seperti pemandu, kerani, pembantu tadbir dan sebagainya.

“Mereka ditawarkan RM1,000 seorang dan diminta memandu kereta sendiri ke Permatang Pauh,” kata sumber.Ini bagi mengelakkan pengundi-pengundi hantu dari Putrajaya tersebut di sekat oleh penyokong Pakatan Rakyat di Permatang Pauh sekiranya mereka menaiki bas.

Walaupun tidak diketahui berapa ramai kakitangan kerajaan Putrajaya di tawarkan namun kebanyakan mereka menolak kerana tidak mahu bersepakat dengan Umno untuk melakukan jenayah.Sumber juga diberitahu selain daripada imbuhan semua perbelanjaan kakitangan tersebut ke Permatang Pauh juga di tanggung beres oleh Umno.

PETUGAS TEMPATAN PERLU PEKA DALAM MENGENALI PENGUNDI TEMPATAN..

Tuesday, August 19, 2008

'Malaysia baru' Anwar pukau pengundi

Kebangkitan kembali Anwar Ibrahim dalam arena politik negara adalah satu kejutan di luar jangkaan. Ramai penganalisis politik pada awalnya berpendapat karier politik beliau telah tamat sewaktu terpenjara.
Maka, wajar beliau dibebaskan untuk menerima rawatan kesihatan bagi sakit tulang belakang atas sifat perikemanusiaan.
Lebih-lebih lagi apabila parti serpihan Umno, PKR hanya mempunyai kekuatan satu kerusi parlimen yang disandang oleh isterinya melalui pilihanraya umum 2004.
Namun semua persepsi akan matinya karier politik Anwar berjaya dipadamkan dalam sekelip mata melalui agenda "Harapan Baru Untuk Malaysia" dalam pilihanraya ke-12.
Sekiranya dianalisis, PKR telah menunjukkan tanda-tanda kebangkitan sejak pilihanraya negeri Sarawak pada 2006 lagi.
Keupayaan parti ini untuk memenangi kerusi DUN Sarawak, dan hampir kesemua kerusi yang disandang oleh BN telah berjaya dikurangkan undi majoritinya, sesuatu yang di luar jangkaan.
Bagaimanapun penganalisis di Semenanjung gagal menginterpretasikan mesej yang cuba dihantar oleh pengundi dari Sarawak.
Sekilas lalu, Anwar antara pemidato yang dikenali dengan gaya percakapan yang mampu memukau para pendengar. Penglibatan beliau dalam politik telah bermula sejak zaman masih remaja dan bakat muda beliau lebih menonjol semasa menjadi penghuni Universiti Malaya.
Pada 1974, beliau melancarkan demonstrasi besar-besaran apabila ada laporan media yang menyatakan, penduduk Baling, Kedah mati kerana kelaparan.
Hasil demonstrasi tersebut, beliau ditahan bawah Akta Keselamatan Dalan Negeri (ISA) selama 22 bulan tetapi dalam senyap-senyap kerajaan BN terpaksa mengambil tindakan proaktif untuk membangunkan masyarakat luar bandar.
Kerajaan telah melancarkan skim-skim baru untuk mempertahankan harga getah, stok negara untuk getah, penubuhan pembangunan getah Risda, memberikan hak milik tanah kepada penduduk luar bandar, membina pusat asuhan kanak-kanak untuk menjaga anak penoreh getah dan sebagainya.
Kesemua ini telah dilaksanakan oleh kerajaan selepas demonstrasi Baling 1974.Apabila beliau menyertai Umno pada awal 1980-an, ramai pemimpin muda terutamanya dalam PAS kecewa kerana Anwar dilihat sebagai seorang pemimpin yang mempunyai keupayaan untuk membawa Islam ke alaf baru. Dalam bahasa Anwar, "beliau mahu membersihkan tong tahi dari dalam."
Walau Tun Dr Mahathir Mohamad perdana menteri ketika itu, namun Tengku Razaleigh Hamzah adalah pemimpin utama yang memainkan peranan untuk membawa Anwar bersama Umno.
Hasil usaha Ku Li, Anwar dibebaskan daripada ISA dan kemudiannya dibawa masuk ke dalam Umno. Jawatan pertama yang ditandangi oleh Anwar selepas beberapa bulan menyertai parti Melayu itu adalah ketua Pemuda. Beliau memenangi jawatan tersebut dengan undi yang amat tipis dalam sekitar 25 undi sahaja.
Namun keakraban beliau dengan Dr Mahathir mengembangkan pengaruhnya dalam parti. Dalam tempoh masa 17 tahun, Anwar berjaya menguasai parti sehingga mencapai jawatan timbalan presiden sekali gus menduduki kerusi timbalan perdana menteri.
Umum berpendapat sekiranya beliau berkompromi dengan Dr Mahathir sewaktu krisis kewangan pada 1997-1998, kemungkinan besar beliau telah menduduki kerusi perdana menteri yang menjadi idaman setiap ahli politik.
Tetapi keseluruhan lanskap politik negara telah berubah apabila Anwar mengambil keputusan untuk melawan arus politik negara.Sejak beliau tumbang daripada singgahsana kuasa, boleh dikatakan secara konsisten beliau bercakap atas paksi kuasa rakyat dan selepas 10 tahun berada di luar Dewan Rakyat, kini beliau sekali lagi beradu tenaga mencuba nasib untuk kembali ke kerusi parlimen yang sekali gus mungkin membuka ruang untuk beliau menjadi perdana menteri keenam negara.
Kerusi parlimen P44 boleh dikatakan secara tradisinya adalah milik Anwar sejak tahun 1982. Sebelum itu, kerusi tersebut kubu luat PAS. Dalam pilihanraya tersebut, beliau bertanding atas tiket BN menentang calon PAS, Zabidi Ali dan menang dengan majoriti 14,352 undi. Pada 1986, beliau ditentang oleh Mohamad Sabu, tokoh muda PAS waktu itu (sekarang naib presiden). Walaupun menang tetapi Mohamad berjaya mengurangkan undi majoriti kepada 10,479.
Pada 1990, di kala Umno masih mengalami luka parah akibat pengharamannya dan perebutan kuasa yang menyebabkan penubuhan Parti Melayu Semangat 46, Anwar masih berjaya mengekalkan kerusi beliau dengan undi majoriti sebanyak 16,150 dengan mengalahkan Mahfuz Omar (bekas ketua Pemuda PAS, kini ketua penerangan).
Pada 1995, DAP meletakkan calon Melayu di kawasan tersebut dan keadaan ini membuka ruang lebih besar kepada Anwar untuk kembali ke Dewan Rakyat dengan majoriti yang lebih besar iaitu 23,515 undi. Calon DAP itu Abdul Rahman Manap. Bagaimanapun tiada siapa menduga, tahun itu merupakan pilihanraya terakhir bagi Anwar kerana belum sempat pilihanraya seterusnya diadakan, beliau telah ditumbangkan daripada singgahsana politik Umno.
Krisis kewangan yang kemudiannya berubah wajah kepada krisis perebutan kuasa dalam Umno menyebabkan Anwar dipecat dan dihumban ke dalam penjara. Walaupun tuduhan liwat dikenakan, namun kebangkitan rakyat memuncak apabila beliau hadir ke mahakamh dengan mata lebam.
Dr Mahathir mengisytiharkan Parlimen dibubarkan pada 1999 dua bulan sebelum Ramadan bermula kerana situasi bulan itu yang boleh dikatakan majoriti masjid dan surau telah dikuasai oleh pengikut Anwar.
Dr Mahathir khuatir, Ramadan akan digunakan secara maksimum untuk menghasut masyarakat Melayu untuk mengundi menentang Umno. Lagipun ketika itu, tempoh Dewan Rakyat untuk dibubarkan semakin hampir.
Dengan hati yang terguris air mata, Dr Wan Azizah Wan Ismail, seorang surirumah dan bekas doktor gigi, bangkit mempertahankan suaminya dan meneruskan perjuangan politik bagi pihak kekandanya.
Parti Keadilan Nasional dengan wajah baru untuk rakyat Malaysia tanpa mengenal bangsa dan agama ditubuhkan pada April 1999, lima bulan sebelum pilihanraya umum. Dalam pilihanraya tahun itu, Dr Wan Azizah bertanding di kerusi P44 Permatang Pauh dan ditentang oleh bekas setiausaha politik Anwar sendiri dan juga timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Dr Ibrahim Saad.
Ramai berpendapat tujuan utama Dr Mahathir meletakkan Dr Ibrahim untuk membunuh karier politik rakan Anwar itu kerana sudah menjadi rahsia umum beliau seorang kroni Anwar. Kalau menang, Dr Ibrahim mempunyai masa depan yang cerah. Kalau kalah, yang akan terkubur Dr Ibrahim dan bukannya Umno.
Dalam pillihanraya umum tersebut, Dr Wan Azizah menang dengan majoriti 9,077 undi. Beliau menerima 23,820 undi, manakala Dr Ibrahim menerima 14,473 undi. Boleh dikatakan dalam pilihanraya 1999, Umno telah diselamatkan oleh pengundi bukan Melayu.
Namun sumbangan bukan Melayu dilupakan begitu sahaja selepas pilihanraya umum 2004.Pada tahun itu, BN telah meletakkan bekas imam besar Masjid Negara, Datuk Pirdaus Ismail untuk bertanding menentang Dr Wan Azizah. Namun faktor Anwar telah memberikan kemenangan solo kepada PKR. Isterinya memenangi 21,737 undi, manakala Pirdaus menerima 21,147 undi. Dr Wan Azizah menang dengan majoriti tipis 590 undi - itu pun selepas pengiraan semula pada hari berikutnya.
Selepas pilihanraya tersebut, Umno menjangkakan PKR akan berkubur atau kembali merujuk Umno dalam masa terdekat. Namun kesemua jangkaan itu meleset.Pilihanraya umum 8 Mac lalu menjadi satu titik perubahan dalam sejarah politik negara. Anwar yang kembali daripada menerima rawatan sakit tulang belakang pada awalnya (setelah dibebaskan pada penghujung 2004) menggunakan "jaringan antarabangsanya" untuk menguatkan semula perhubungan beliau dengan negara-negara luar dan hampir setiap bulan berada di luar negara sama ada atas undangan pemimpin negara-negara yang dikunjungi atau untuk sesi ceramah di universiti-universiti terkemuka dunia.
Beliau kemudiannya mengalihkan pandangan kepada politik dalam negara dan menjanjikan "Malaysia Baru" sekiranya diberikan kepercayaan untuk kembali memimpin negara.Berbekalkan kelemahan pemimpin BN dengan politik perkauman yang tebal, Anwar menggubal manifesto yang menjanjikan "Malaysia Baru."Setuju atau tidak, terpulang kepada pembaca untuk menilai, janji untuk memberikan Malaysia Baru telah berjaya mempengaruhi massa untuk memberikan kepercayaan kepada gabungan tiga parti yang kemudiannya dikenali sebagai Pakatan Rakyat.
Hasilnya empat negeri baru jatuh tersungkur kepada kepada Pakatan dan cengkaman ke atas negeri Kelantan terus diperkukuhkan. Lebih mengejutkan, kuasa dua pertiga luntur daripada BN dan apabila masyarakat Malaysia bangun pada pagi 9 Mac lalu, pancaran matahari pagi seolah-olah menjanjikan harapan baru untuk Malaysia.
Untuk Anwar kekal relevan dalam politik, isterinya mengisytiharkan mengosongkan kerusi P44 untuk memberi laluan kepada suaminya. Walaupun pelbagai spekulasi dan teori dikemukakan termasuk pengosongan kerusi sebagai satu strategi untuk menghalang tindakan undang-undang terhadapnya dalam kes moral, namun perkembangan tersebut sebenarnya menjadi satu medan politik yang terbaik untuk membuktikan kuasa rakyat.
Persoalannya, apakah BN sebagai kerajaan pusat mampu mengalahkan Anwar di P44 Permatang Pauh dengan kerajaan negeri dikuasai oleh Pakatan Rakyat?P44, berdasarkan senarai pengundi yang digunakan dalam pilihanraya ke-12 mempunyai 58,449 pengundi. Pecahannya menunjukkan pemilih Melayu adalah majoriti dengan bilangan 40,563 atau 69.4 peratus. Pemilih Cina pula 14,320 orang atau 24.5 peratus, manakala India 3,507 orang atau 6 peratus. Peratus keluar mengundi dalam pilihanraya itu tinggi iaitu 47,288 orang (81.8 peratus), manakala undi rosak pula 110.
Dalam kerusi parlimen ini terdapat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Seberang Jaya, Permatang Pasir dan Penanti. BN hanya menguasai Seberang Jaya dengan majoriti 533 undi. Majoriti tersebut telah berkurangan daripada 4,464 uni yang dimenangi dalam pilihanraya 2004. Permatang Pasir dikuasai PAS, manakala Penanti dimenangi oleh calon PKR, Mohammad Fairus Khairuddin yang kemudiannyadilantik timbalan ketua menteri I Pulau Pinang. Kedua-dua kerusi tersebut dimenangi Pakatan Rakyat dengan majoritilebih besar berbanding 2004.
KEPADA PEJUANG;

JANGAN TERLEKA WALAU SEDETIK
MELIHAT SOKONGAN AMAT MENARIK
POSTER PILIHANRAYA DITAMPAL SEMUA IKUT TERBABIT
PELBAGAI BANGSA BERGANDINGAN HATI TERUSIK

GEROMBOLAN AMPUPUTRA BERSAMA AMPUPUTRI
MENONJOLKAN DIRI ADA UDANG DI SEBALIK MI
MELIHAT PELUANG MENCARI POPULARITI
SUPAYA PEMIMPIN TENGOK GANJARAN DIBERI

APAKAN DAYA YANG MENGAMPU SENTIASA ADA
ASAS PERJUANGAN MENGEJAR HARTA
TAK PERLU TAKUT UMNOPPUTERI DAN PUTERA
KALAU TAK DAPAT BELOTLAH MEREKA

PULUHAN RIBU KEYAKINAN TAK PERNAH GOYANG
KESEMAUNYA TAMPIL MEMBERI SOKONGAN
BERDUYUNG-DUYUNG MEMENUHI PERHIMPUNAN
SEHINGGA MENGGERUNKAN PARTI BARISAN

MEREKA DATANG TANPA BAYARAN
SEGALA UPAH BUKANLAH TUJUAN
MELIHAT PEMIMPIN YANG PENUH KEIKHLASAN
MENGHAPUSKAN RASUAH KERAJAAN BANJINGAN

KUSERU PENGUNDI AMBILLAH HADIAH
ANGGAPLAH ITU CABUTAN BERTUAH
APABILA MENGUNDI TAK PERLULAH RASA BERSALAH
KERANA MEMBUANG KERAJAAN RASUAH

KESUNGAI SUDAH KELURAH PUN SUDAH
DARI PERMATANG SEMUANYA DIREDAH
JANGAN DISIAKAN PELUANG SESAL TAK SUDAH
AKIBATNYA MERANA SEMUA RAKYAT AKAN SUSAH

SAIFUL BERSUMPAH PAKLAH MEMBELA
ASAL LAPORAN POLIS SECARA PAKSA
YANG MANA MUNGKIN PEMUDA DIPERKOSA
SITUA SAKITNYA BELAKANG BELUM PULIH SEPENUHNYA

MAKA BERKUMPUL PIHAK PENDAKWA
DIUBAH LAPORAN SECARA SUKARELA
SUPAYA PEJUANG DAPAT DIDAKWA
WALAUPUN TINDAKAN MENJADI BAHAN KETAWA

DEK SAIFUL MERASA TERGUGAT
KALAU SUKARELA KEDUA-DUANYA BOLEH DISEBAT
MANA BOLEH DIPERCAYA WALAUPUN KAUM KERABAT
PENGAKUAN DIUBAH SEMASA SUMPAH LAKNAT

SEKARANG MEREKA SUDAH TERJERAT
MENCUBA PELBAGAI CARA MENYAKINKAN RAKYAT
APAKAN DAYA RAKYAT SUDAH BERINGAT
SEMUANYA PEMBOHONGAN FITNAH SUMPAH DILIWAT

PAS PULA HENDAK DIJERAT
DIAJAK BERUNDING TAWARAN KUASA SEBAGAI PEMIKAT
KEKUATAN ISLAM DIDADA PENUH HEMAT
DENGAN PAKATAN MASIH KUAT TERIKAT

OKAY BN HILANG DEPOSIT, SATU LAGI REKOD DALAM SEJARAH. PEMFITNAH DAN PENIPU DITUTUP HATI MEREKA SEHINGGAKAN BERFIKIR SUDAH ENTAH APA-APA.

SEKIAN

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: