Tuesday, May 13, 2008

12 Mei 2008

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memperkemaskan jentera organisasinya dengan melakukan beberapa rombakan di dalam kepimpinan AMK di peringkat Pusat dan Negeri. Dalam pengumuman yang dibuat oleh Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini,rombakan tersebut melibatkan beberapa jawatan lantikan bertujuan untuk melicinkan operasi gerak kerja AMK di peringkat Pusat dan Negeri.Jelas Shamsul, AMK akan memperkemaskan dan memantau gerak kerja AMK Negeri dan Bahagian di mana 'grading system' mengikut skala akan mula diperkenalkan untuk meneliti keberkesanan jentera AMK di peringkat akar umbi.Jawatan Setiausaha AMK kini disandang oleh bekas Pengarah Pilihanraya AMK, Zulfikar Ali Ariffin dibantu oleh dua Penolong Setiausaha, YB Chang Lih Kang (ADUN Teja, Perak) dan Maharul Ismail. Manakala Ketua Penerangan pula disandang oleh ADUN Hutan Melintang, Perak iaitu YB S. Kesavan dibantu oleh Timbalan Ketua Penerangan yang baru, Fadhiah Nadwa Fitri.Setiausaha AMK Perak, Eric Khor; bekas Setiausaha AMK, Ahmad Zaki Yamani; dan peguam muda, Ahmad Nazif Johari dilantik menjadi Exco AMK Pusat.Untuk memperkukuhkan gerak kerja AMK di peringkat Parlimen dan DUN, Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar dilantik sebagai Pengerusi Sekretariat Ahli Parlimen dan ADUN AMK bertujuan untuk menyelaraskan semua urusan pentadbiran Parlimen dan DUN yang melibatkan Ahli Yang Berhormat di kalangan pimpinan AMK.Selain itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, YB Yusmadi Yusoff diamanahkan sebagai Pengarah Strategi AMK, dan Fariz dipertanggungjawabkan sebagai Pengarah Pilihanraya AMK.

Berikut adalah merupakan senarai lantikan baru Ketua-Ketua AMK Negeri:
Ketua AMK Perlis: Zamri Sapar (kekal)
Ketua AMK Kedah: Cikgu Azman
Ketua AMK Pulau Pinang: YB Yusmadi Yusoff
Ketua AMK Perak: Anuar Zakaria (kekal)
Ketua AMK Wilayah Persekutuan: Md. Zaman Md. Tasi (kekal)
Ketua AMK Selangor: Khairul Annuar Ahmad Zainudin
Ketua AMK Negeri Sembilan: Halim Abd Aziz (kekal)
Ketua AMK Melaka: Tan Seng Toh
Ketua AMK Johor: YB Amirudin Shari
Ketua AMK Terengganu: Fariz Musa
Ketua AMK Kelantan: Wan Khairul Ihsan
Ketua AMK Pahang: Zulfikar Ali Ariffin (memangku)
Ketua AMK Sabah: Abd Razak Jamil
Ketua AMK Sarawak: Rahamat Idil Latif

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: