Lagu Janji dicapati

Loading...

Wednesday, December 24, 2008

Bilik Sulit - Teater Bukan Teater


" I.S.A - Ikut Suka Aku kau kata,

I.S.A -Ini Seksaan Aku kau kata..."


-petikan lagu I.S.A-



Aku sempat menyaksikan tayangan teater arahan Hishamuddin Rais dan Mislina semalam di dewan Majlis Peguam yang terletak di Lebuh Pasar. Kehadiran penonton yang memenuhi dewan membuktikan bahawa teater ini berjaya memandangkan semalam merupakan tayangan terakhir teater ini di Kuala Lumpur.

Persembahan dimulakan dengan persembahan akustik oleh saudara Meor dan Nik dengan sebuah lagu puisi berjudul 'I.S.A'. Korus lagu yang menarik dan mengesan telah berjaya membuai perhatian kami untuk terus menyelami mesej yang ingin dibawa oleh para pelakon kemudiannya. Bermula dengan suasana penangkapan sang suami yang tidak berdosa, penonton disajikan dengan babak penyeksaan jiwa dan fizikal yang dilakukan oleh pegawai penyiasat terhadap tahanan ISA. Babak dihiasi dengan beberapa satira politik tanah air dan telah berjaya mencuit hati penonton. Namun di satu saat lain pula, perasaan penonton dihidangkan pula dengan babak penyeksaan, tipu helah dan rintihan jiwa yang dialami oleh mangsa tahanan ISA dan keluarga mereka.

Perjalanan cerita yang tidak sukar difahami dan menghidangkan mesej jelas akan kekejaman dan kezaliman yang dilakukan terhadap mangsa ISA telah berjaya memberikan satu kesan yang bermakna kepada penonton yang memiliki variasi latar belakang. Mereka cukup terhibur dan terkesan dengan mesej yang dibawa oleh teater ini. Sebuah teater yang wajib ditonton oleh mereka yang cintakan kebebasan.

Tahniah saya ucapkan kepada tenaga kerja yang menjayakan teater ini dan saya menyarankan kepada teman-teman yang berada di Pulau Pinang untuk bersedia menanti kehadiran teater ini di tempat anda yang bakal berlangsung pada 9,10 dan 11 Januari ini.


nukilan Rfeev - Qanun Fi at Dunia


No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: