Monday, November 29, 2010

Pakatan Rakyat Bakal Tumbang di Selangor???



JANGAN LEKA!!!










Telah seperti yang LSS nyatakan dalam posting tidak beberapa hari dulu,andai Pakatan khususnya PKR terus bermain "mimpi tidur" untuk ke Putrajaya ianya akhir akan di ketawakan dek geng - geng gerombolan.Masyarakat kita selalu mengutarakan kata - kata pepatah "yang di kejar tak dapat,yang di kendong pula yang berciciran" harapan untuk menakluki Putrajaya sepatutnya bukan lah menjadi agenda pakatan rakyat.



Dulu beberapa rakan blogger pernah berpesan sejurus selepas kemenangan 8 march,andai pakatan terlalu angkuh,bangga dan leka dengan segala kemenangan,akhir nya Pakatan akan menjunam jatuh di selangor.Di selangor kini,pemimpin - pemimpin pakatan khususnya Parti Keadilan Rakyat terlalu obses dengan kedudukan yang mereka miliki sekarang ini seolah - olah mereka beranggapan yang Pakatan akan memerintah di selangor hingga hari kiamat.



Ini silap sama sekali,lumrah dan rutin politik di malaysia apabila berlaku perubahan regim maka majoriti kerusi dan negeri yang di menangi oleh parti oposisi akan di rampas kembali tidak kira dengan cara kotor atau cara bersih.Kadangkala kelekaan para pemimpin pakatan yang kini begitu obses dan selesa dengan kedudukan mereka di selangor menjadi penyumbang kepada kekalahan PU-13.



Hal yang sama juga telah di ingatkan pada pemimpin Pakatan Rakyat di Perak dalam tempoh setahun ketika mereka memerintah Kerajaan Negeri Perak.Para blogger dan pemerhati politik telah pun menasihatkan para pemimpin khususnya Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin dengan tentang bahaya kedudukan yang majoriti tidak selesa didalam Dewan Undangan Negeri Perak akan mengundang kepada rampasan kuasa secara kotor oleh UMNO dan BN.



Amaran para blogger dan pemerhati politik tidak di endahkan malah di pandang sepi oleh pemimpin - pemimpin Pakatan maka akibatnya UMNO dan BN merampas semula negeri itu melaluipintu belakang istana.Bukan sahaja itu malah Dewan Undangan Negeri Perak jugadi rampas dengan mengheret keluar speaker DUN yang sah dan menggantikannya dengan speaker yang haram.



Nampaknya saranan agar tidak mempercayai UMNO dan BN tidak di endahkan,maka hari ini kita lihat seorang lagi pemimpin Pakatan Rakyat telah menyuarakan kebimbangan ini tentang kelekaan dan sikap pemimpin - pemimpin Pakatan Rakyat selangor yang terlalu mendabik dada dan menyangka akan mentadbir Selangor sampai Bila - bila.




Pemimpin veteran DAP yang juga Penasihat arlimen DAP,Lim Kit Siang telah memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat mungkin hilang Selangor jika pemimpinnya terlalu bangga dan tidak mengambil kira dengan sebarang kemungkinan. Berucap di majlis konvenyen DAP Selangor di sini hari ini, beliau berkata, seharusnya mengambil kira amaran itu dan belajar dari sejarah.

PAS , katanya tidak menjangka merampas Terengganu 1999 dengan kemenangan 28-4 kerusi dewan undangan negeri. Bagaimanapun, pada 2004, PAS kalah dengan angka sama dan mereka tidak menjangkanya.



"Apa yang berlaku di Terengganu boleh terjadi di Selangor, iaitu tidak menjangka menang sebelum pilihanraya umum 2008 dan kalah dalam pilihanraya berikutnya walaupun mereka tidak menjangkanya?


"Siapa kata ini tidak akan berlaku," katanya.


Menurut Lim, konvensyen DAP Selangor penting untuk DAP Pakatan Rakyat supaya tidak mengulangi apa yang berlaku di Terengganu pada 2004.Serangan bertubi-tubi dari pemimpin kecewa UMNO Selangor makin membahang.Satu demi satu 'peluru' dilepaskan.Skrip makin jelas.Semuanya seperti sudah dirancang.UMNO Selangor sudah lama menunggu masa untuk menyerang hendap Selangor.Selangor adalah lubuk rezeki seluruh pemimpin UMNO dalam negara ini.Segala khazanah selain di luar negara,semuanya tersembunyi di Selangor.

Mat Monggol adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor.Dengan segala 'kuasa yang ada' UMNO Selangor memiliki semua kelengkapan persenjataan untuk berperang dengan Kerajaan PR Selangor.Dahulu UMNO Selangor cuba bermain api di Selangor namun terencat seketika bilamana Baginda Sultan Selangor mula 'bertitah',Semua menikus.
Masa makin suntuk.Jika Kerajaan Selangor kekal sehingga PRU13,UMNO Selangor masih sukar untuk kuasai kembali Selangor.Keyakinan rakyat terhadap Kerajaan PR Selangor masih kukuh.Isu penyelewengan yang digembar-gemburkan hanyalah perencah untuk penyedap rasa supaya rakyat termakan hasutan.Sedangkan kalau dibongkarkan segala yang tersembunyi, pemimpin UMNO Selangor juga jauh dari baik berbanding dengan Kerajaan PR yang ada sekarang.Rakyat Selangor lebih tahu,lebih arif,lebih kenal siapa pemuka UMNO Selangor ini.Semuanya seumpama berebut-rebut harta rampasan perang sahaja.
Di Selangor, nampak gayanya cerita hampir sama.Benda yang boleh diselesaikan secara baik pun ditonjolkan seperti satu perkara yang tidak mungkin dimaafkan.Sedangkan peruntukan untuk ADUN di Selangor berjumlah puluhan juta dihabiskan dalam masa 3 bulan sahaja sebelum PRU12 yang lalu.Tiada siapa pun mempersoalkan kemana wang peruntukan itu hilang.Senyap.Kenyang dan lena semuanya.Sama rata,sama rasa
Sekarang menjadi bising sebab hakikat sama rata,sama rasa tidak lagi berlaku.Mereka sudah tidak tahan 'kebuluran'.Makin lama makin 'kurus' kocek mereka.Hidup berkurun dalam kekayaan tetiba sekelip mata jadi papa mana tahan.Orang miskin boleh hidup dalam kemiskinan,kalau kaya mereka lebih bersyukur.Namun orang kaya,masa kaya tidak bersyukur,tamak haloba.Sesekali miskin, mereka tidak mampu untuk hidup dalam kemiskinan.Itulah kelemahan manusia kaya ni.

Suasana di Selangor kini makin panas,walaupun hujan boleh dikatakan setiap petang turun di ibu kota dan sekitar Selangor masih tidak mungkin dapat menyejukkan suasana yang sedang panas ini.Menangguk di air keruh itulah sikap manusia yang tidak berhati perut.Manusia hati busuk hanya akan cuma mengambil peluang yang terbuka untuk kepentingan puak.
Dalam saat PKR juga sedang terumbang ambing, Pemilihan Parti yang jalankan di cemari dengan penyelewengan, penipuan dan manipulasi pemimpin - pemimpin atasan PKR dan ini menyebabkan Reputasi Anwar pula makin tercalar,makin dibogelkan semula maka ketenangan arus di Selangor sukar diteka.Pemimpin - pemimpin dalam PKR kin pula tak ubah seperti UMNO yang sering menfitnah sesama - sendiri.
Manakala pemimpin pemuda nya kini sedang hanyut di buai dengan segala kemewahan duniawi al-maklumlah selangor kan negeri terkaya di malaysia.Projek,Kontrek menjadi milik bagi golongan yang memiliki kedudukan dalam tinggi organisasi pemudanya,oleh itu perjuangan demi rakyat kini diketepikan sedikit demi sedikit demi memenuhkan perut dan hawa nafsu sendiri.
Gelodak dan gelombang mula meruak ke atas.Kesepakatan dan kekitaan yang kukuh dalam PR perlu segera dipertingkatkan.Dalam saat-saat begini, PR perlu kembali mencari titik persamaan.Perlu telus dari hati ke hati.. Rundingan jangan selisih, kata putus mesti sepakat.

Masa makin suntuk.PRU13 makin dekat.Melihat segala isu,kerenah dan fitnah yang makin kencang berlaku sejak akhir-akhir ini jelas menunjukkan PRU seterusnya bakal dibunyikan locengnya.Setiap yang berlaku ini bukan saja-saja dicipta atau dicetuskan kecuali untuk memungkinkan PRU13 nanti UMNO boleh berkuasa semula di negeri-negeri yang mereka telah hilang kuasa.Paling utama dan pertama, Selangor MESTI diambil balik.Negeri lain mungkin boleh dimaafkan.Satu lagi Kelantan,UMNO perlu ambil segera kerana Kelantan adalah lubuk kekayaan yang teramat sangat.
Manakala Selangor sudah tentu dan pasti akan jatuh semula ke tangan UMNO dan Barisan Nasional.Segala Petanda telah jelas,kemelut dalam parti PKR yang mengundang kepada ketidakpuashatian pada ahli - ahli bawahan sudah tentu mengundang "pembelotan puak - puak dalaman" sama seperti yang di lakukan oleh ahli - ahli UMNO pada pemimpin mereka pada PRU ke - 12.Kewujudan "third force" dalam Pakatan kita menjadi satu lagi yang menggusarkan Para pemimpin Paatan Terutamanya PKR.
Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali berkata kewujudan kumpulan yang dikenali sebagai 'Third Force' dalam pakatan pembangkang bakal menyulitkan gabungan berkenaan untuk menang besar pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, pandangan mengenai 'third force' telahpun giat disuarakan sejak pilihan raya umum 2008, namun beliau masih belum melihat “potensi” kumpulan tersebut seperti yang diuar-uarkan.

"Selalu orang mengaitkan 'third force' dengan apa macam di England, (ada) yang kata Liberal Party. Liberal Party itu wujud sudah beratus tahun dan ia merupakan satu organisasi.... Dan bila meraka bekerjasama, mereka mempunyai 'force' yang tertentu.

"(Jadi) kita belum nampak lagi, 'third force' ini sebagai 'force' dan sebagai 'third' kerana di kalangan mereka banyak pandangan," katanya dalam satu temuramah pada Jumaat lalu.

Syed Husin berpandangan, sekiranya 'third force' itu benar-benar wujud, kumpulan mungkin mengambil peranan seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang "memastikan orang yang tidak suka Umno, tidak akan pergi kepada Pakatan".
selain dari “Third Force”, kali ini di dakwa wujudnya kumpulan baru dalam Pakatan yang dikenali sebagai “Geng Berempat” — yang sekiranya tidak ditangani dengan segera akan merosakkan parti komponen Pakatan Rakyat itu. Hal ini telah melahirkan kebimbangan sekiranya wujud kumpulan ini dalam parti ia akan membawa kerosakan kepada parti.

Kita tidak tahu sama ada benar-benar wujud ataupun tidak, tapi kebimbangan itu ada dan ia dibuat berdasarkan perkembangan selepas pemilihan parti.Jadi kebimbangan itu ada, kalau benar-benar wujud ia akan merosakkan parti. Demikian dengan merujuk kepada sejarah politik China yang mengatakan gelaran “Geng Berempat” itu ialah panggilan yang diberi kepada sebuah paksi politik haluan kiri yang terdiri daripada empat orang pegawai Parti Komunis China.

Keempat-empat individu itu adalah Jiang Qing, isteri terakhir Mao Zedong yang kelihatan memimpin kumpulan ini, dan sekutu-sekutu terdekat Zhang Chunqiao, Yao Wenyuan, dan Wang Hongwen.

“Geng Berempat” ini berjaya menguasai alat-alat kuasa Parti Komunis China pada tahap-tahap terakhir Revolusi Kebudayaan, tetapi tidak pasti keputusan besar mana yang dilakukan atas arahan Mao Zedong dan dilaksanakan oleh kumpulan ini, dan yang mana adalah hasil rancangan kumpulan itu sendiri.Kita hanya melahirkan kebimbangan itu sahaja. Sama ada wujud atau tidak saya tidak tahu tapi ini adalah topik yang hangat diperkatakan sekarang.


Orang gila harta mesti akan mencari ruang dan peluang untuk menambahkan harta.Mana boleh melihat simpanan makin susut.Makin hari makin berkurang.Dulu makin hari makin menimbun.Sekarang, sudah seperti kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Namun kalau nak dibandingkan untuk orang miskin harta mereka ini 7 keturunan pun tak habis dimakan.

Landasan PRU13 sudah semakin siap.Penerbangan dan pendaratan pesawat membawa pelbagai isi baik isi dari pelancong luar atau pelancong tempatan makin membuak.Pramugari penerbangan juga makin menghiasa diri,menanam racun bercampur madu, bersolek secantik mungkin untuk menggoda para peminat yang kaki dunia kembali terlena dan terbui dengan ayat-ayat cinta.Jika tidak berhat-hati, Kerajaan PR akan terkulai dalam pelukan pramugari ini.Pramugari UMNO ini sudah rancak menghidangkan santapan untuk dinikmati.Jangan tersilap langkah buruk padahnya.CCTV UMNO berada dimana-mana sahaja.Semuanya dirakam.

'Pembunuh upahan' sedang berkeliaran untuk memastikan gerak langkah pemimpin PR terhenti.Tembakan melalui media masa, isu yang dimanipulasikan makin berserabut.Segala kesulitan dan kecamuk dalam Kerajaan PR akan terus dicipta,semata-mata untuk membuktikan kegagalan kerajaan PR mentadbir.Segala kesilapan baik yang direka atau tercetus akibat pihak lain akan diletakkan ke atas semua batu jemala pemimpin PR.

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: