Friday, September 12, 2014
Aktivis Ali Abd Jalil lebih rela untuk terus meringkuk di lokap polis daripada ditahan semula selepas diikat jamin. Peguamnya, Fadilah Md Fazil berkata Ali bimbang akan didakwa sekali lagi selepas ini berhubung kesalahan melibatkan Akta Hasutan sekiranya diikat jamin. "Tadi bila kita jumpa dia dan tanya apa yang dia mahu, dia minta supaya beri masa sehingga Isnin untuk ikat jamin,” katanya. Beliau berjaya menemui Ali di lokap polis, di bangunan kompleks mahkamah di Shah Alam hari ini. Siswa di sebuah institut pengajian tinggi swasta itu dibawa ke mahkamah hari ini untuk proses jaminan namun berkeras untuk terus berada di lokap, katanya. "Lagipun dia tak mahu diikat jamin kerana keadaan dia dalam penjara Sungai Buloh, OK. Dia gembira,” kata Fadilah. Tambahnya, Ali juga tidak menerima sebarang gangguan di penjara itu. “Fizikal dia pun OK. Dia kata dia dapat banyak pengalaman dan belajar banyak perkara dalam penjara," katanya pada kita... Beliau kali pertama dihadapkan di Mahkamah Sesyen Selayang pada hari Isnin lalu atas tuduhan menerbitkan penerbitan berbaur hasutan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948. Tuduhan tersebut adalah berhubung tulisan di laman Facebook bernama “Regimen Anarki” yang didakwa dimiliki Ali. Beliau dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut. Bagaimanapun, pemuda itu kemudiannya ditahan semula sebaik diikat jamin pada hari sama. Penahanan itu berhubung satu tulisan di satu lagi laman Facebook, didakwa miliknya sendiri, yang didakwa menghina sultan Selangor.
Thursday, September 11, 2014
Wednesday, September 10, 2014
LAPORAN POLISkami AMK Shah Alam ingin membuat laporan atas tindakan menggugat hak ketua Pembangkang parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk mendapatkan satu perbicaraan yang adil dalam rayuan beliau di Mahkamah Persekutuan No: 05-46-03/2014 (W), 05-47-03/2014 (W) dan 05-48-03/2014 (W) (Mahkamah Rayuan Jenayah No W-05-19-01/2012) (Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Perbicaraan Jenayah No 45-9-2009) Datuk Seri Anwar bin Ibrahim v Pendakwa Raya. Rayuan ini adalah ditetapkan untuk bicara pada 28 & 29 Oktober 2014. Pada 18 & 19 Ogos peguambela DSAI, N.Surendran telah ditahan dan dituduh di bawah Seksyen 4 (1)(c) Akta Hasutan semata-mata kerana beliau mengeluarkan kenyataan yang berkaitan dengan pembelaan DSAI di Mahkamah Persekutuan dan merupakan hujah-hujah sama yang bakal dikemukakan di Mahkamah Persekutuan ketika pendengaran nanti. Kenyataan ini adalah dalam bentuk kritikan terhadap Penghakiman Mahkamah Rayuan yang mensabitkan DSAI. Pada hari-hari sebelum beliau dikenakan tuduhan, laporan-laporan polis telah dibuat oleh pihak seteru DSAI dari UMNO di seluruh negara secara terancang terhadap peguam DSAI tersebut. Jelas tindakan terhadap peguam DSAI ini adalah berniat jahat untuk membawa tekanan dan intimidasi terhadap pasukan peguam pembela DSAI dan secara langsung menghalang DSAI dari mendapatkan satu pembelaan serta pendengaran yang sempurna di Mahkamah Persekutuan nanti. Tindakan membawa tuduhan di bawah Akta Hasutan tersebut terhadap peguam bela DSAi ini adalah satu penghinaan Mahkamah Persekutuan dan merupakan satu gangguan serius terhadap prosiding mahkamah dan sistem keadilan Negara. Kami menuntut supaya tindakan menghalang DSAI daripada mendapat perbicaraan adil dihentikan segera dan tidak ada apa-apa intimidasi seterusnya terhadap mana-mana peguambela DSAI. Kami memohon satu siasatan yang bebas dan segera dilakukan atas perkara yang serius ini yang melibatkan integriti system keadilan Negara dan tindakan diambil tanpa mengira pangkat atau jawatan mana-mana pihak yang terlibat. Sekian laporan kami.
Subscribe to:
Posts (Atom)