Wednesday, September 10, 2014

LAPORAN POLISkami AMK Shah Alam ingin membuat laporan atas tindakan menggugat hak ketua Pembangkang parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk mendapatkan satu perbicaraan yang adil dalam rayuan beliau di Mahkamah Persekutuan No: 05-46-03/2014 (W), 05-47-03/2014 (W) dan 05-48-03/2014 (W) (Mahkamah Rayuan Jenayah No W-05-19-01/2012) (Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Perbicaraan Jenayah No 45-9-2009) Datuk Seri Anwar bin Ibrahim v Pendakwa Raya. Rayuan ini adalah ditetapkan untuk bicara pada 28 & 29 Oktober 2014. Pada 18 & 19 Ogos peguambela DSAI, N.Surendran telah ditahan dan dituduh  di bawah Seksyen 4 (1)(c) Akta Hasutan semata-mata kerana beliau mengeluarkan kenyataan yang berkaitan dengan pembelaan DSAI di Mahkamah Persekutuan dan merupakan hujah-hujah sama yang bakal dikemukakan di Mahkamah Persekutuan ketika pendengaran nanti. Kenyataan ini adalah dalam bentuk kritikan terhadap Penghakiman Mahkamah Rayuan yang mensabitkan DSAI. Pada hari-hari sebelum beliau dikenakan tuduhan, laporan-laporan  polis telah dibuat oleh pihak seteru DSAI dari UMNO di seluruh negara secara terancang terhadap peguam DSAI tersebut. Jelas tindakan terhadap peguam DSAI ini adalah berniat jahat untuk membawa tekanan dan intimidasi terhadap pasukan peguam pembela DSAI dan secara langsung menghalang DSAI dari mendapatkan satu pembelaan serta pendengaran yang sempurna di Mahkamah Persekutuan nanti. Tindakan membawa tuduhan di bawah Akta Hasutan tersebut terhadap peguam bela DSAi ini adalah satu penghinaan Mahkamah Persekutuan dan merupakan satu gangguan serius terhadap prosiding mahkamah dan sistem keadilan Negara. Kami menuntut supaya tindakan menghalang DSAI daripada mendapat perbicaraan adil dihentikan segera dan  tidak ada apa-apa intimidasi seterusnya terhadap mana-mana peguambela DSAI. Kami memohon satu siasatan yang bebas dan segera dilakukan atas perkara yang serius ini yang melibatkan integriti system keadilan Negara dan tindakan diambil tanpa mengira pangkat atau jawatan mana-mana pihak yang terlibat. Sekian laporan kami.




No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: