Monday, August 5, 2019

KENYATAAN MEDIA

04 OGOS 2019

*HENTIKAN POLITIK KOTOR YANG KIAN MENJADI & PENYEBARAN MAKLUMAT TANPA BUKIT ASAS*

Kami Angkatan muda keadilan telah menerima satu video (kandungan bergambar) pada 2 Ogos 2019 yang lalu dalam satu whatsapp group dimana video berkenaan melibatkan Sdr Jestin Raj Savarimuthu. Dalam video tersebut, Beliau dikatakan telah menerima peruntukkan sejumlah RM700 ribu dari Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), iaitu satu agensi dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPN).

Dalam video tersebut, nama seorang Menteri juga dikaitkan bersama beliau dimana Sdr Jestin Raj Savarimuthu dilabelkan sebagai ‘orang’ Menteri dan sebab itulah Naib Ketua AMK Kebangsaan sdr Jestin Raj Savarimuthu menerima peruntukkan sebesar itu. Video berdurasi 2minit 24 saat itu telah dikongsi oleh salah seorang dalam group whatsapp berkenaan dan ketika beliau menanya dari mana sumber video tersebut individu kata dari orang lain.

Justeru itu, Kami Angkatan muda keadilan minta pihak PDRM untuk membuat siasatan terhadap pembuat video serta audio tersebut kerana perkara ini telah memburukkan nama Timbalan Pengarah MSN Selangor Sdr Jestin kerana video itu telah menjadi viral dilaman sosial sejak beberapa hari yang lalu.

Rakan-rakan Perjuangan juga tertekan terhadap tuduhan fitnah ini kerana Sdr Jestin Raj Savarimuthu merupakan seorang yang mempunyai nama serta kedudukan baik di peringkat Kerajaan dan Parti KEADILAN Rakyat. Oleh itu, kami dengan sekeras-kerasnya menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau  dan menolak politik jijik (gutter politics) seumpama ini yang dibuat dengan sengaja untuk menjejaskan nama serta membunuh karier politik saya.

*SP Sarawanan*
Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia.
Ketua Angkatan muda keadilan Shah Alam.

#amk
#amkshahalam
#selangormajubersama

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: