Showing posts with label Keyahudian barua - barua geng algojo makin terserlah. Show all posts
Showing posts with label Keyahudian barua - barua geng algojo makin terserlah. Show all posts

Saturday, July 18, 2009

Misteri Kematian Teoh Ben Hock ada sangkut - paut dengan Teori Raja Petra Kamaruddin

Teori Raja Petra Amat Tepat sekali

Sehari sebelum Kematian Raja Aku telah menerima satu e-mail dari Raja Petra yang cuba meramalkan satu lagi kezaliman yang bakal di lakukan oleh barua - barua geng Algojo.

Semuanya telah diberitahu lebih awal. Amaran demi amaran diberikan tetapi tidak dipedulikan kerana yang memberi amaran ialah Malaysia Today. Malaysia Today dianggap bukan sumber maklumat yang sah. Malaysia Today dianggap penyebar khabar-khabar angin dan cerita-verita karut. Apabila BPR (sekarang SPRM) menculik keluarga seorang inspektor polis, Malaysia Today membongkar cerita tersebut.

[pekerja_DAP_terbunuh_di_ofis_SPRM.jpg]

Kematian Teoh Ben Hock telah di beri amaran oleh Raja Petra

SPRM menculik isteri dan anak seorang Inspektor polis yang menyiasat tentang ketua kumpulan haram diatas arahan pegawai atasan polis yang berpangkat ASP. Inspector tersebut hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan dan membuka satu fail dan penyiasatan tentang aktiviti pelacuran, pengedaran dadah dan judi haram. Dan ini menyebabkan tiga ketua sindiket ditahan. Apa yang dimahukan oleh SPRM amat mudah.

Mereka mahukan Inspektor polis tersebut mengubah laporannya supaya tiga ketua sindiket tersebut boleh dibebaskan. Dan ispektor polis tersebut perlu melakukannya sekiranya mahukan isteri dan anaknya dibebaskan. Inspektor polis tersebut enggan melakukannya. Sebaliknya dia membuat satu laporan polis. Begitu juga dengan isternya.

Tetapi tiada tindakan susulan dibuat oleh pihak polis. Tiada pegawai SPRM yang ditangkap ataupun diheret kemahkamah kerana kesalahan menculik SPRM kemudian membocorkan maklumat tersebut kepada media bahawa mereka sedang menyiasat seorang pegawai kanan polis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCD), kerana kesalahan tidak mengisytiharkan harta bernilai 27 juta ringgit. Sepatutnya siasatan SPRM adalah rahsia kerana tertakluk dibawah OSA, tetapi itu tidak menja hal. Lagi pun, OSA hanya digunakan terhadap penyokong pembangkang dan bukan mereka yang berkuasa. Walaubagaimanapun, Pengarah CCD tidak didakwa kerana tidak mengisytiharkan harta bernilai RM27 juta. Dia didakwa kerana menyalahgunakan harta milik polis untuk kegunaan sendiri, sesuatu yang dilakukan oleh semua pegawai kerajaan, menteri dan ahli politik setiap hari dan minggu.

Tetapi jenayah sebenar yang dilakukan oleh Pengarah CCD ini ialah menahan beberapa ketua kumpulan haram Cina yang mengawal jenayah pelacuran, Ah long, dadah dan judi haram diseluruh Malaysia. Mereka menahan peguam yang bertindak bagi pihak Pengarah CCD tersebut. Pegawai SPRM menahan beliau pada malam raya dan menggari beliau selepas memperlakukan seolah-olah peguam tersebut seperti seorang perompak bank. Untuk memastikan peguam tersebut mendapat malu, beliau ditahan dalam operasi ala Hollywod, dimana beliau ditahan dihadapan seluruh staf beliau. Malaysia Today menulis semua ini. Malaysia Today bukan sahaja menulis semua ini malah mengulang cerita ini berkali-kali untuk memastikan tiada siapa yang terlepas cerita ini. Tapi tiada tindakan dibuat. Tiada siapa yang menafikan cerita ini. Lebih penting lagi, tiada siapa yang melakukan sesuatu tentang apa yang dibongkar oleh Malaysia Today.

SPRM telah menjadi alat untuk mereka yang berkuasa untuk sekian lama. Secara rasmi, BN mempunyai 14 parti komponen dimana UMNO menjadi peneraju utama. Secara tak rasmi, BN mempunyai 17 parti komponen. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah komponen ke15, PDRM adalah komponen ke 16, dan SPRM ke 17. Mereka berkhidmat untuk kepentingan Umno dan Perdana Menteri. Bila ditanya, mereka akan menjawab. “Siapa yang tembak? Mana pistolnya? Mana buktinya?” Tak ada siapa yang menembak…tak ada pistol…tak ada yang mati…jadi tiada jenayah yang berlaku! Hari ini, ada mayat bergelimpangan. Ianya adalah mayat seorang pemuda Cina, setiausaha politik kepada ADUN Seri Kembangan yang ditangkap dan disiksa oleh pegawai SPRM. Ya…dia telah disiksa. Dan dia disiksa kerana SPRM mahu dia bercakap.

Tetapi dia tak boleh bercakap. Dia tak bercakap kerana tiada apa-apa yang hendak dicakapkan. SPRM mahukan beliau memerangkap rakan-rakan dalam pembangkang. SPRM mahu menyabitkan rakan-rakan beliau dalam pembangkang diatas beberapa kesalahan jenayah yang SPRM dakwa dilakukan oleh pembangkang. Dia cuba menerangkan bahawa dia bukan degil. Dia cuba menerangkan bahawa tiada jenayah yang telah dilakukan. Dia cuba menerangkan bahawa rakan-rakannya dalam pembangkang tidak melakukan jenayah dan itu semuanya hanyalah khayalan SPRM. Jadi, mereka terus menyiksa beliau. Dan dia tidak mampu menahan siksaan. Lagipun, dia bukan lah yang bersifat ‘macho’. Dia merupakan seorang yang berperawakan lembut dan akan berkahwin hari Jumaat ini. Itu sahaja yang dia mahu. Mereka mengugut akan membunuhnya sekiranya dia tidak mahu bercakap. Dengan linangan airmata, dia meminta belas kasihan dan memohon belas kasihan supaya jangan mengapa-apakan dia.

Pegawai SPRM mengugut akan mencampak beliau kebawah sekiranya dia enggan bercakap. Dia menangis dan melutut memohon agar tidak diapa-apakan. Mereka mengheret beliau ketengah-tengah bilik dan membuka tingkap. Satu kesilapan berlaku. Sepatutnya ia hanyalah satu ugutan. Mereka hanya mahu menimbulkan ketakutan. Mereka sebenarnya tidak mahu menghumban lelaki tersebut kebawah. Mereka hanya mahu beliau melihat kebawah.


Lelaki muda tersebut panik. Dia meronta apabila melihat ketinggian dimana dia akan dicampak. Pegawai-pegawai SPRM tidak dapat mengawalnya dan terlepas. Lelaki tersebut terjatuh dan meragut nyawa beliau. SPRM kemudian mengumumkan bahawa mereka telah membebaskan Teoh Beng Hock malam sebelumnya. Mereka gagal memberitahu bahawa SPRM bukan membebaskan Teoh sebaliknya menghantar Teoh ke alam lain. Tiba-tiba mereka menjumpai mayat tersebut. Dia melompat. Dia membunuh diri. Dia mengambil nyawanya sendiri. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak diheret ke tingkap untuk diajar bagaimana hendak terbang. Keadaan ini sudah berlarutan untuk satu jangka masa yang lama.

SPRM bertindak seolah-olah mereka Tuhan malah Lebih dari itu. Mereka menculik keluarga dan menyiksa mereka yang ditangkap. Mereka mengugut untuk membunuh sisiapa yang mereka tahan sekiranya enggan bercakap. Dan sekarang, lelaki muda ini telah mati. Tetapi tiada sesiapa yang akan didakwa. Tiada sesiapa yang akan menerima hukuman kerana lelaki ini mengambil nyawanya sendiri. Mengapa dia mengambil nyawanya sendiri…tiada siapa tahu. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak pernah diugut untuk dibunuh. Dia tidak diheret ketingkap. Dan dia secara tidak sengaja telah terjatuh. Inilah yang akan diberitahu oleh SPRM kepada kita semua.Jadi Kezaliman ini di dalangi oleh siapa? kalau tak agen - agen Yahudi UMNO/BN.

*Di Saat Artikel ini di tulis kemarahan UMNO/BN bertimpa - timpa lagi apabila Bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Chua Jui Meng telah pun menyertai Parti keADILan Rakyat.

.

[12ad05efb7e09f9520aac119422fe15c.jpg]

CHUA JUI MENG MEMBOCORKAN DUA PEKARA :

1 – RASUAH DI PERLABUHAN KLANG DIMANA 12 BILION RINGGIT DUIT WARGA SATU MALAYSIA LESAP DI REMPAT OLEH MALAON MCA

2 - KONSPIRASI JATUHKAN KERAJAAN PAKATAN DI PERAK

KES KEMATIAN TEOH MEMPERCEPATKAN KEPUTUSAN BEKAS MENTERI INI UNTUK BERSAMA RAKYAT UNTUK MENENGGELAMKAN ARMADA - ARMADA GENG ALGOJO UMNO/BN.

Friday, July 17, 2009

Kematian SetPol Exco Kerajaan Negeri Selangor adalah suatu tindakan Ganas Yang harus di siasat



[pekerja_DAP_terbunuh_di_ofis_SPRM.jpg]

Teoh Beng Hock Yang mungkin di tolak jatuh dari bangunan SPRM

Misteri kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor Teoh Ben Hock Telah mengundang pelbagai persoalan yang meragukan adakah mendiang di soal siasat sama seperti tahananan yang di tahan di dalam bilik sulit di kemunting?
Mungkin kerana Tekanan Mental yang telah di berikan oleh pegawai - pegawai penyiasat telah menyebabkan hal ini berlaku.Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dilaporkan telah menyifatkan kematian Beng Hock sebagai ‘ sudden death and do not see any evidence of foul play so far.’ Kalau benar Beng Hock tergelincir lalu terhumban jatuh , pihak polis kena buktikan bagaimana teori ini boleh diaplikasikan. Elok sangat kalau Khalid sendiri buat demontrasi untuk membuktikan kebenaran teori tersebut.
Terjun sendiri membunuh diri? Tentu tidak masuk akal kerana Beng Hok bercadang untuk mendaftarkan perkahwinannya pada hari ini. Orang yang siuman tentu tidak berbuat demikian.Teori ini tidak wajar sama sekali. (Kahwin atas dasar suka sama suka, bukan kes terpaksa).Ramai yang beranggapan , bahawa Beng Hock sengaja dicampak keluar bangunan.Sama ada kematiannya disebabkan kejatuhan tersebut atau Beng Hock telah menemui maut terlebih dahulu sebelum terjatuh.
Pihak pathologi yang membuat siasatan perlu mengemukakan hasil siasatan yang boleh menyakinkan rakyat. Kita tidak mahu kes umpama Kugan berulang lagi.Sekumpulan 300 orang terdiri daripada pelbagai bangsa telah berkumpul ditempat kejadian malam tadi dengan memasang lilin bagi memperingati mendiang Beng Hock yang kemudiannya memprotes dengan kata-kata seperti “Najib pembunuh, BN zalim, BN jahanam” “ BN Kejam” dan macam-macam lagi.
Polis bertindak meleraikan 300 orang yang berhimpun di luar bangunan Hotel Concorde di Shah Alam menuntut supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disiasat ekoran kematian seorang pembantu exco kerajaan Selangor.
Ketika mereka melaung "siasat, siasat, siasat", pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dijadual menghantar memorandum bantahan kepada SPRM.
Teoh Beng Hock, 30, terbunuh, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM itu di mana dia disoal siasat kelmarin berhubung dakwaan salah guna peruntukan DUN.
Pemimpin Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba jam 10 pagi dan menyampai ucapan ringkas kepada orang ramai di situ sebelum masuk ke bangunan hotel tersebut.Turut bersama Anwar ialah pemimpin tinggi Pakatan termasuk pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.Jerit 'polis ganas'Kira-kira 10 minit kemudian, anggota polis pencegah rusuhan mula bertindak meleraikan perhimpunan tersebut, mengakibatkan berlaku pergelutan di situ.Tujuh orang ditangkap, termasuk ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam dan exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar.
Turut ditangkap: Lu Chuan Boon (kanan), pembantu exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong yang diheret polis sejauh kira-kira 30 meter apabila enggan beredar dan bertindak duduk di situ.
Bagaimanapun, dia pengsan ketika diseret dan polis kemudian mengangkatnya masuk ke dalam bangunan SPRM.
ADUN Rawang, Gan Pei Nee (kiri) dipukul di kepalanya ketika cuba mambantu Lu.
Orang ramai menjerit "polis ganas" ketika dia dibawa dari situ.
Pada jam 11 pagi, kebanyakan orang ramai yang menyertai perhimpunan itu telah bersurai dan
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar turut berada di situ untuk memantau keadaan.
Bagaimanapun, kira-kira 100 orang berhimpun semula di belakang bangunan pejabat SPRM.Manakala anggota polis pencegah rusuhan membentuk benteng mengawal di bahagian depan bangunan tersebut.

[dafb16ca51b4c36b255bf7df7129ae2b.jpg]

Pada kira-kira jam 11.15 pagi, Anwar muncul dari bangunan SPRM bersama Kit Siang, Guan Eng, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.Anwar memberitahu pemberita bahawa mereka menemui Pengarah SPRM Selangor, Jaffar Mahad.
Persoalan yang bermain di minda ialah pengakuan Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa mencerita pengalaman perit yang dilaluinya ketika disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu lalu, berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

Tan disoal siasat oleh SPRM pada hari yang sama dengan Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor - yang ditemui mati, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM jam 1.30 petang semalam.

Tan mendakwa, dua pegawai SPRM yang menyoal siasatnya, cuba mendapatkan pengakuan palsu daripadanya, dengan memaksanya menafikan telah membekalkan 1,500 ribu bendera Malaysia bagi satu majlis sambutan hari Kemerderkaan di DUN Sri Kembangan.




Sewaktu sesi soal siasat tersebut, katanya, pegawai berkenaan menggunakan teknik ‘polis baik dan polis jahat' - pada mulanya bersikap baik tetapi kemudiannya bertindak kasar dan memaksanya berdiri selama empat jam dari pukul 10 malam hingga 2 pagi.

Tan berkata, ada beberapa kali dia diancam dengan keganasan fizikal, di mana seorang pegawai menuding ke dahinya dan didakwanya berkata: "Kami jangan bohong. Saya boleh pukul kami. Percayalah!".Sewaktu disoal siasat, katanya, pegawai yang lain masuk ke bilik untuk mempersendakan kelemahannya bercakap dalam bahasa Malaysia dan memanggilnya dengan istilah yang kesat - Cina bodoh - dan bertanya sama ada dia rakyat China.


Yang paling teruk, kata Tan, ialah ancaman terhadap keluarganya yang disifatkannya sebagai satu ‘penderaan mental'."Mereka kata, jika saya tidak cakap benar, mereka akan ambil isteri dan tiada siapa yang akan menjaga anak-anak saya. Tetapi saya tidak beralah," kata Tan dalam satu sidang akhbar di bangunan setiausaha kerajaan negeri hari ini
Sambil menyatakan kesedihan mereka terhadap kematian Teo itu, Anwar berkata wujud keadaan misteri yang memerlukan tindakan segera diambil, termasuk menyiasat cara SPRM menjalankan soal siasatnya.
SPRM perlu telus dan bertanggung jawab merungkaikan misteri tragedi kematian Beng Hock ini yang menjadikan rakyat marah.
Sehubungan itu,Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kejadian tersebut.
Sementara itu, Khalid berkata, sebarang soal siasat oleh SPRM berhubung dakwaan berlaku salah guna peruntukan DUN, kini hendaklah dijalankan di pejabat setiausaha kerajaan negeri.Menurutnya, kerajaan Selangor akan membiayai kos pengkebumian Teo.
Anwar juga mengumumkan bahawa pemimpin Pakatan akan bermesyuarat di ibu pejabat PAS malam ini, untuk membincangkan tindakan seterusnya.
Anwar berkata, satu perhimpunan dirancang diadakan di Stadium Kelana Jaya jam 4.30 petang Ahad ini.
TETAPI KALAU DI TELITI TAKTIK SOAL SIASAT INI DI LIHAT HAMPIR SAMA DENGAAN TAKTIK UNTUK MENJATUH MAHATHIR PADA TAHUN 1979 YANG MANA PADA KETIKA ITU MAHATHIR ADALAH TIMBALAN PERDANA MENTERI,PADA KETIKA ITU SETIAUSAHA POLITIKNYA IAITU SIDDIQUE GHOUS JUGA DI TAHAN DAN DI SOAL - SIASAT SEMATA - MATA UNTUK MEMAKSA SETIAUSAHA POLITIKNYA UNTUK MENGANIAYAI MAJIKANNYA.NAMPAKNYA KINI IANYA BERULANG LAGI DAN KITA TAK BOLEH BERDIAM DIRI AKAN KALI INI.

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: