Monday, December 29, 2008

AMK Shah Alam mengutuk serangan Israel di Gaza..

AMK Shah Alam mengutuk serangan Israel di Gaza.

Persidangan Negara-negara Islam (OIC) mesti segera bersidang untuk melaksanakan kerahan bantuan ketenteraan ke Gaza kerana serangan yang tidak berperi kemanusiaan itu telah mengorbankan lebih 200 orang dan ratusan lagi tercedera malah kesannya bukan sahaja mempengaruhi keadaan semasa di Gaza tetapi dalam jangka masa panjang juga kerana banyak kemudahan awam seperti hospital,air dan elektrik telah musnah dalam serangan tersebut.

Kita menyeru umat Islam seluruh negara mengadakan solat hajat dan demonstrasi di semua masjid bagi menyatakan bantahan keras terhadap serangan ini. Umat Islam di Malaysia mesti berpendirian tegas terhadap negara pengganas Israel yang didalangi Amerika Syarikat. Untuk itu umat Islam mesti mempertajamkan kempen boikot terhadap produk Amerika dan Israel.

Thursday, December 25, 2008

Salam Hari Natal 2008


Lebih 2000 tahun yang lalu, Isa Al-Masih telah dilahirkan ke mukabumi tanpa kehadiran seorang bapa. Semuanya demi membuktikan kekuasaan Tuhan Yang Esa. Selamat Hari Natal kami ucapkan kepada semua pembaca yang beragama Kristian dan semoga perayaan kali ini membawa kegembiraan di dalam hidup anda dan keluarga. Dengan semangat muhibbah yang sedia wujud di antara kita seluruh rakyat Malaysia, sama-sama kita membuang jauh perbedaan yang ada dan wujudkan kesedaran akan persamaan yang kita miliki sebagai anak bangsa Malaysia.

Tingkatkan azam dan teruskan berjuang demi mengapai harapan baru tahun 2009.

Salam Hari Natal 2008.

nukilan Rfeev - Qanun fi at Dunia


Wednesday, December 24, 2008

Bilik Sulit - Teater Bukan Teater


" I.S.A - Ikut Suka Aku kau kata,

I.S.A -Ini Seksaan Aku kau kata..."


-petikan lagu I.S.A-



Aku sempat menyaksikan tayangan teater arahan Hishamuddin Rais dan Mislina semalam di dewan Majlis Peguam yang terletak di Lebuh Pasar. Kehadiran penonton yang memenuhi dewan membuktikan bahawa teater ini berjaya memandangkan semalam merupakan tayangan terakhir teater ini di Kuala Lumpur.

Persembahan dimulakan dengan persembahan akustik oleh saudara Meor dan Nik dengan sebuah lagu puisi berjudul 'I.S.A'. Korus lagu yang menarik dan mengesan telah berjaya membuai perhatian kami untuk terus menyelami mesej yang ingin dibawa oleh para pelakon kemudiannya. Bermula dengan suasana penangkapan sang suami yang tidak berdosa, penonton disajikan dengan babak penyeksaan jiwa dan fizikal yang dilakukan oleh pegawai penyiasat terhadap tahanan ISA. Babak dihiasi dengan beberapa satira politik tanah air dan telah berjaya mencuit hati penonton. Namun di satu saat lain pula, perasaan penonton dihidangkan pula dengan babak penyeksaan, tipu helah dan rintihan jiwa yang dialami oleh mangsa tahanan ISA dan keluarga mereka.

Perjalanan cerita yang tidak sukar difahami dan menghidangkan mesej jelas akan kekejaman dan kezaliman yang dilakukan terhadap mangsa ISA telah berjaya memberikan satu kesan yang bermakna kepada penonton yang memiliki variasi latar belakang. Mereka cukup terhibur dan terkesan dengan mesej yang dibawa oleh teater ini. Sebuah teater yang wajib ditonton oleh mereka yang cintakan kebebasan.

Tahniah saya ucapkan kepada tenaga kerja yang menjayakan teater ini dan saya menyarankan kepada teman-teman yang berada di Pulau Pinang untuk bersedia menanti kehadiran teater ini di tempat anda yang bakal berlangsung pada 9,10 dan 11 Januari ini.


nukilan Rfeev - Qanun Fi at Dunia


Tuesday, December 23, 2008

Gambar kenangan pasukan futsal JDM SEKSYEN 18 yang mewakili DUN KOTA ANGGERIK ketika menerima piala dan wang tunai RM 3000 kerana muncul juara setelah menewaskan pasukan dari MPSJ di final.Kejohanan yang diadakan selama 2 hari itu telah disertai oleh 49 pasukan untuk katogeri terbuka.















Monday, December 22, 2008

Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan bersama mengusahakan struktur formal Pemuda Pakatan Rakyat

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

22 November 2008

Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan bersama mengusahakan struktur formal Pemuda Pakatan Rakyat

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyambut baik pandangan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) akan kepentingan penubuhan struktur rasmi Pemuda Pakatan Rakyat di peringkat nasional dan negeri. Ini selari dengan ketetapan Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan pada 28 November 2008 lalu yang mahu hubungan antara organisasi pemuda parti-parti Pakatan Rakyat diperkukuhkan.

Kerjasama dan dialog yang erat telah sedia wujud sebelum ini di antara organisasi pemuda parti-parti Barisan Alternatif. Hubungan yang sama diteruskan antara Angkatan Muda Keadilan dan Dewan Pemuda PAS (DPPP). Malah menjelang Pilihanraya Umum Kedua belas, satu dokumen bersama telah dilancarkan. Dokumen yang dinamakan Harapan Anak Muda Malaysia itu telah menggariskan jatidiri anak muda Malaysia dan harapan perubahan yang didokong bersama.

AMK percaya struktur formal Pemuda Pakatan Rakyat yang bakal dibentuk boleh memanfaatkan dokumen ini sebagai landasan bertolak untuk menggubal prinsip dan agenda bersama.

AMK sejak dari awal lagi percaya struktur yang lebih rapat akan memberikan manfaat meluas. Pendirian bersama dapat dibentuk dan tenaga dapat disatukan. Namun pada masa yang sama harus ada keterbukaan untuk menerima perbezaan pandangan organisasi-organisasi komponen.

Sebarang cadangan dan kritikan untuk manfaat Pakatan Rakyat dapat disalurkan dengan berkesan melalui struktur formal ini. Pada masa yang sama, pandangan berbeza dan kritikan terhadap pendirian organisasi rakan dapat disalurkan melalui mesyuarat bersama dan tidak melalui media massa. Ini akan memberikan manfaat yang lebih besar kepada rakyat berbanding penggunaan media massa sebagai medium.

Pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang akan diadakan tidak lama lagi seharusnya dijadikan peluang untuk membina kerjasama erat antara organisasi-organisasi pemuda Pakatan Rakyat. AMK menyatakan komitmen penuh untuk bekerjasama dengan DPPP dan DAPSY bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat.

Selepas pilihanraya kecil Kuala Terengganu, semua organisasi pemuda Pakatan Rakyat diharap akan dapat memperincikan mengenai struktur formal yang diperlukan, termasuk mengenai perlantikan pengerusi yang seharusnya mencerminkan realiti komposisi kaum, mengambilkira jumlah kerusi Parlimen setiap parti dan pandangan Ketua Pembangkang.

Walaubagaimanapun, AMK komited untuk bersama dalam usaha bersama membentuk struktur formal organisasi-organisasi pemuda Pakatan Rakyat dengan seberapa segera.


Memimpin Harapan Rakyat


Shamsul Iskandar Mohd. Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Thursday, December 18, 2008

BILIK SULIT - Teater Bukan Teater - SECRET CHAMBER

BILIK SULIT - Teater Bukan Teater - SECRET CHAMBER
Skrip: Hishamuddin RaisArahan: Hishamuddin Rais/Mislina Mustaffa

Di Dewan Majlis Peguam ( Bar Council )
No 13,15,17, Leboh Pasar Besar 50050 Kuala Lumpur(di belakang bangunan Pasar Seni / Central Market)
Pada : 20, 21 , 22, 23 Disember 2008 - Jam 8.30 malam

Untuk Tempahan Tempat sila hubungi : 012-465-16-71 atau 012-384-29-72
Derma Rm10 untuk keluarga tahanan ISA.
Sila tempah tempat dan pilih malam yang sesuai.Tempat terhad.

Wednesday, December 17, 2008

Rang Undang-undang SPRM diluluskan Parlimen

Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan rang undang-undang itu dengan pindaan kecil pada Fasal 36(1)(b), bagi meminda perkataan Pendakwa Raya kepada Pegawai Pesuruhjaya.

Siaran Media Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan penubuhan SPRM..

Siaran Media Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim---

Kuala Lumpur, 15 Disember 2008---Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik usaha untuk memerangi rasuah. Walaubagaimanpun beliau menegaskan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih mempunyai kelemahan ketara kerana masih terikat dengan kuasa eksekutif terutamanya Perdana Menteri.

"Pakatan Rakyat akan sokong usul yang dibawa oleh Perdana Menteri itu dengan syarat pindaan memberikan Suruhanjaya lebih kebebasan termasuk kuasa pendakwaan," demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.Datuk Seri Anwar menekankan bahawa menurut seksyen 5(1) dan seksyen 5(3), perlantikan Ketua Suruhanjaya dan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah yang berasaskan seksyen 13(2)(a), masih di atas nasihat Perdana Menteri.

Peruntukan ini membuktikan Suruhanjaya yang dimaksudkan masih belum bebas sepenuhnya dan dikhuatiri ianya terdedah kepada sebarang manipulasi eksekutif.Berucap di Dewan Rakyat sebentar tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengingatkan Dewan Yang Mulia akan kes-kes rasuah terdahulu, berprofail tinggi dan membabitkan orang-orang ternama. Namun apa yang dikesali ialah tiadanya tindakan tegas dari pihak yang berkuasa. Kita masih menunggu sebarang tindakan tegas diambil bagi kes-kes melibatkan wang Perwaja dan MAS.

Ketua Pembangkang juga menyarankan bagi memastikan Suruhanjaya tersebut bebas, ahli-ahlinya mestilah dilantik oleh Jawatankuasa Khas Parlimen agar calon yang paling layak sahaja dilantik, bukan sahaja dari segi teknikal tetapi juga bersih dari tuduhan dan celaan.

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim

Thursday, November 27, 2008

Wednesday, November 19, 2008

Latihan Kecergasan Part 2

Latihan Kecergasan Part 2Untuk memantapkan lagi fizikal dan mental para ahli AMK sekalian , satu latihan kecergasan akan diadakan pada setiap hujung bulan dimana selain dapat mencungkil bakat-bakatterendam dan terpendam ianya juga dapat mengasah skil2 yang sekian lama tidak dipraktikkan. Oleh yang demikian satu perlawanan persahabatan akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut

Yakni,

Tarikh: 20 Nov 2008

Masa Jam 8;30mlm - 2pg

Betempat:Padang Crazy Futsal Sek 17,

Sesiapa yang berminat sila hubungi Sdr Saiful Hazli atau datang ke lokasi yang dinyatakan *Pemilihan Pemain untuk Pasukan Futsal Amk juga akan diadakan.*Sesiapa yang menang layak untuk bertanding menentang Juara futsal bawah 18thn* -sy

Spot Biro SB Shah ALam

Konsert SUARAM

Host: SUARAM, KLSCAH-Youth
Date: Saturday, December 13, 2008
Time: 3:00pm - 6:00pm
Location: KLSCAH-MCPA Hall
Street: No 1, Jln Maharajalela
City/Town: Kuala Lumpur, Malaysiaview map
Description
Let’s party in “Get up! Stand up! Stand up for your rights!” concert in conjunction with 60th Anniversary of Universal Declaration of Human Rights!
Date: 13 December 2008 (Saturday)Time: 3.00pm – 6.00pmVenue: KLSCAH-MCPA HallAddress: No 1, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur.
Click here for map: http://www.scah.org.my/uploads/img44332581a36cc.gif
Performing by
Mei Chern • Rozaimin • Shock System • Komplot • Couple • Dum Dum Tak
&
Screening of short documentary “Mari Kita Beractivism!” by KOMAS and Big Pictures Production
with only RM10
Tickets are on sale now, contact:
Suaram office 03 77843523Chai Yi 012 7771152Fiqtry 012 2438406Email: suaramfos@gmail.comWebsite: www.suaram.net
Don’t miss this incredible opportunity to listen to fantastic music! Standing up for human rights, be it your own, a friend’s, our communities’, our society or all peoples in other countries!
Organisers:Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Youth Section of KL & Selangor Chinese Assembly HallRelated Post :

Pengumuman..

Salam..

AMK Shah Alam menerima berita tidak gembira minggu ini berikutan Bendahari kami, En. Syed Izuan Alyahya Bin Syed Mohamed sedang mendapatkan rawatan di Wad Selangor Medical Centre (SMC), Seksyen 20, Shah Alam, Selangor.

Kepada semua kawan-kawan dan Pembaca blog ini yang igin menziarahi beliau, bolehlah datang di Tingkat 4, SMC.

Saya memohon semua kawan-kawan dan pembaca blog ini mendoakan agar En. Izuan cepat sembuh.. Amin..

Sekian, Terima Kasih..

Friday, November 7, 2008

Latihan Kecergasan Dan Ketangkasan AMK





Latihan Kecergasan Dan Ketangkasan AMK
Satu latihan Kecergasan Dan Ketangkasan Tangan dan Kaki akan diadakan bagi memantapkan lagi kecergasan serta stamina AMK.

tarikh : 8 Nov 2008
Masa : 9mlm - 10 mlm
Bertempat di : Dewan Serbaguna Seksyen 17

Ada Berani??.. Nak kena smash? Sesiapa yang berminat atau ingin menguji kehandalan boleh datang atau hubungi kami di
talian tertera . Atau hubungi Sekatariet Sukan En Saiful Hazli di talian 0193642806 atau Juara bertahan badminton antara benua = En Lokman.


Klik sini


Pakaian : bersesuaian
%% sila bawa bersama raket badminton serta bulu tangkis
**Minuman *biro Dana sila bawa sedikit dana :)
*dewan tajaan: Berkat Amal Recources Sdn Bhd
Sukan~untuk~semua 3M
~~~~~Sport Biro Shah Alam~~~~SB

Thursday, October 30, 2008

Program AMK Shah Alam

Majlis Tazkirah bulanan anjuran Wanita Bahagian Shah Alam di rumah YB Yaakob Bin Sapari akan diadakan pada;
Tarikh : 30/10/08
Hari : Khamis mlm Jumaat
Masa : 6:30 ptg
Alamat : N0 8, Jln Rambutan, Seksyen 4, Shah Alam
Penceramah jemputan: Dr. Badrul Amin

Tuesday, October 28, 2008

Sumbangan Depavali AMK bersama Yb Pn Rodziah

Amk Shah Alam turut bersama YB Pn Rodziah Ismail bagi program sumbangan Depavali. Sedikit sumbangan untuk perayaan..Lawatan dari rumah kerumah sambil mengeratkan kemesraan Bertanya kabar..

Friday, October 24, 2008

Sekitar Persiapan & Jamuan Raya PKR

Selamat Hari Raya~ Dari Kami semua.....
MB

Begitu Kusyuk mendengar.
Ting..
Siap ni kita cat dewan..
Lapolapulak

Romantis.. Anak Sapa tu.
Yes Sir.

begitu Kusyu
Tings

Kebebasan akhbar Malaysia terus tercabar

PARIS - Indeks Kebebasan Media Dunia yang dikeluarkan semalam terus mencabar kebebasan akhbar di Malaysia.
Daripada tinjauan di 173 buah negara, Malaysia berada di kedudukan 132, merosot lapan anak tangga berbanding tahun lalu di kedudukan 124, lapur organisasi pemantauan kebebasan media dunia, Reporter Without Borders (RFS) semalam. Apa yang membimbangkan kedudukan tersebut meletakkan Malaysia lebih mundur di belakang Kemboja (126), Uganda (107) dan Timor Leste (65)......Laporan di petik dari Sinar Harian.

Wednesday, October 22, 2008

Jemputan Majlis Rumah Terbuka AMK sek 17

Isnin ; 12 tghri-4:30ptg

Terima kasih
diucapkan diatas kehadiran anda semua..
selamat hari raya maaf zahir batin..
Ketupat penyek dilanggar taya"
tak sempat dimakan bersama keluarga"
Kalu Buat open house raya"
Sudi jemputlah AMK juga.."..

Monday, October 13, 2008

Undangan Rumah Terbuka PAS Bersama MB & AMK




Pada 12 Oktober 2008 (Ahad) Pas telah mengadakan Majlis Aidilfitri rumah terbuka PAS yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam

Pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan kaum telah hadir sama untuk meraikan majlis tersebut.







Selain itu, pelbagai lapisan pimpinan daripada PAS serta Pakatan Rakyat turut sama di majlis tersebut.


















Turut hadir pada majlis itu adalah Y.A.B. Tan Sri Dato` Abd Khalid Bin Ibrahim, serta beberapa org ahli AMK Shah Alam yang turut bersama mengiringi beliau di majlis tersebut.














Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: