Wednesday, July 9, 2008

Harga kapal scorpene yang dibeli Malaysia lebih mahal dari yang dibeli oleh negara lain..



Menyentuh perolehan dua buah kapal selam Scorpene dari Peranchis itu, saya telah membangkitkan perbandingan harga sebuah kapal selam tersebut yang turut dibeli oleh dua buah negara lain – Chile dan India. Menurut sumber majalah pertahanan terkemuka Jane’s Defence Weekly, perbandingan harga kapal selam Scorpene yang dibeli oleh Kerajaan Malaysia iaitu USD580 juta sebuah, Chile USD250 juta dan India USD540 juta menunjukkan bahawa Malaysia membayar harga yang lebih mahal berbanding kedua-dua buah negara tersebut.YAB Menteri memberitahu Dewan, perbezaan harga itu berlaku kerana kelainan spesifikasi dari segi komponen kapal selam, komponen Integrated Logistical Support dan komponen latihan.

Apapun, kerajaan tidak dapat menafikan bahawa perolehan kapal selam Scorpene ternyata dibayar dengan harga yang termahal di dunia setakat ini.Ini juga membangkitkan persoalan yang lebih asas. Mengapakah untuk tujuan mempermodenkan angkatan laut Malaysia, Kementerian Pertahanan memilih untuk memperolehi kapal selam jenis Scorpene yang dibekalkan oleh usahasama Peranchis – Sepanyol? Adakah perolehan kapal selam Malaysia dibuat menerusi tawaran tender terbuka antarabangsa?Mengapa tidak dipertimbangkan perolehan kapal selam dari negara-negara pembekal kapal selam terkemuka yang lain, umpamanya Jerman yang memiliki pengalaman luas dalam industri pembinaan kapal selam sebelum Perang Dua Kedua lagi.

Adakah tawaran perolehan kapal selam Malaysia dibuka kepada negara-negara lain? Jika tidak, mengapa ianya terhad kepada Syarikat DCNS Peranchis dan Navatia Sepanyol yang membekalkan Scorpene?Negara Jerman juga terdapat syarikat-syarikat pembekal kapal selam yang didakwa mereka secara kualitatifnya lebih baik dari Scorpene pada kadar harga yang lebih murah. Syarikat Jerman, iaitu HDW Ferrostal, mempunyai keupayaan membina dan membekal kapal selam jenis Class-214 yang didakwa sistem dan spesifikasi kapal selamnya lebih baik daripada Scorpene dan juga harganya sehingga 25 hingga 30 peratus lebih murah dari Scorpene..

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: