Thursday, July 10, 2008

KESAN KENAIKAN HARGA MINYAK TERHADAP PELABUR DAN PEKERJA TEMPATAN..

Kerajaan diminta mengkaji semula cadangan menaikkan lagi harga minyak sekiranya tidak ingin kehilangan lebih banyak pelabur. -->
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Husam Musa berkata, kenaikan lagi harga minyak akan menyebabkan lebih banyak kilang menutup operasi kerana bebanan kenaikan bahan bakar dan tarif elektrik tidak tertanggung lagi.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat Exco hari ini berkata, penutupan kilang Nikko di Pulau Pinang disebabkan kenaikan harga minyak kerana kos operasinya meningkat begitu tinggi.
�Lebih banyak kilang termasuk milik pelabur luar negara akan berbuat demikian kerana hilang kepercayaan terhadap kerajaan Malaysia, terutamanya dalam keadaan sekarang.
�Pelabur akan mencari negara lain seperti Vietnam dan China yang tidak membebankan pelabur. Bila perkara itu berlaku ia akan menyebabkan malapetaka ekonomi lebih dahsyat bakal melanda negara kita.
�Kalau banyak kilang ditutup, orang ramai akan kehilangan kerja sehingga boleh menimbulkan keadaan huru-hara dalam negara,� ujarnya yang juga Naib Presiden PAS.

Oleh itu beliau meminta, kerajaan mengkaji semula cadangan tersebut bagi mengelakkan negara menjadi lebih kritikal.

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: