Di khabarkan ketua Kami iaitu Nor'isham Manap dan timbalannya, Muhamad Ali Mukhtar hari tu telah keluar parti dengan alasan yang mengatakan tak puas hati dengan pencalonan Datuk Zaid sebagai Calon PRK di hulu selangor. Disini Kami nak menyatakan kegembiraan dengan keluarnya seekor sotong dari organisasi kami bersama mereka - mereka yang sewaktu dengannya.
Pada awal lagi Isham di pilih sebagai sebagai ketua AMK di Shah Alam hanya di lihat sebagai pemangku ketua sahaja dan tak di lantik ke jawata itu secara Sah.Begitu juga dengan timbalan.Terus terang nak di katakan selama mereka menjadi ketua ahli - ahli langsung tak melihat kewujudan mereka sebagai ketua dan timbalan.Oleh itu pada mesyuarat agung AMK pada 2008 ahli - ahli termasuk jawatankuasa AMK Cabang telah mencadang penstrukturan semula oraganisasi AMK cabang Shah Alam akibat dari sikap ketua dan timbalan nya " tidur" dan tak menjalankan tugas sebagai ketua.
Lihat lah dalam mana - mana program AMK negeri pun kami sebagai AMK Shah Alam langsung tak hairan dengan ketiadaan Pemangku Ketua kami kerana kami tahu ketua yang "lembik" seperti ini takkan buat kerja langsung.Yang hadir hanyalah Naib ketua kami iaitu saudara Ajai,ajah maidin atau Sarawanan.
Selama ini pun Isham yang sinonim dengan gelaran sotong kerana "kelembikan" nya dalam tugas langsung tak di kenali oleh mana - mana ahli - ahli akar umbi dalam Shah Alam ini.Oleh itu pada Mesyuarat Agung 2008 apa kala kami mencadangkan penstrukturan semula organisasi nampaknya mereka menolak usul tersebut.Kerana pada kami ketua dan timbalan yang lembik harus di tukar dan di turunkan dari jawatan tersebut.
Tapi ini semua tak kami nyatakan di dalam blog kerana bukan prinsip kami menghalakan muncung senapang pada muka kawan sendiri tapi sekira ini jadinya kami terpaksa menyatakan hal yang sebenarnya.Pada ketika Isham dan ali memegang jawatan AMK Shah Alam siapakah yang mengenalinya? Tak payah tanya mana - mana ketua AMK Cabang yang lain mahupun Ketua Pemuda PAS Shah Alam iaitu Sayuti Basirun malah Ahli - ahli akar umbi sendiri pun tak kenal siapa Isham.
Segala tugas - tugas AMK Shah Alam sejak Pilihanraya Umum 2008 tamat sehingga ke hari ini di pikul oleh Saudara Ajai,Ajah Maidin dan Sarawanan, sebab itu ahli - ahli akar umbi menyangka yang ketiga - tiga Naib ketua ini adalah Ketua AMK shah alam kerana mereka "tak nampak" di mana Isham Malah Majoriti ahli AMK Shah Alam tidak merasakan langsung kewujudan Isham sebagai Ketua.
Yang mereka nampak hanyalah Ajai,Ajah Maidin dan Sarawanan kerana mereka bertiga ini sajalah yang selama ini memikul tanggungjawab sebagai ketua bukan Isham.Tanyalah pada sesiapun ahli AMK Shah alam adakah mereka pernah nampak atau terserempak pada ketua mereka.
Apa tugasnya dan apa kerja yang di buat selama memegang jawatan sebagai ketua AMK Shah Alam pun kami tak nampak dan tak tahu langsung,sebabnya pada ketika kami menjalankan dan menggerakkan tugas - tugas AMK mukanya pun langsung kami tak nampak apa tah lagi nak turun berdemonstrasi memang kami tahu diorang dah kecut perut.
Sebab itu apabila beliau mempertikai pemilihan Datuk Zaid bukan berdasarkan kepentingan perjuangan dan rakyat tetapi hanya untuk menjaga kepentingan (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) yang perlukan seorang bekas menteri dan peguam berprofil tinggi untuk menjadi benteng serta pembela beliau di Parlimen dalam menghadapi kes liwat beliau kami pun tertanya - tanya selama dia menjadi Ketua AMK Shah Alam apakah tanggungjawab yang pernah di tunaikan olehnya sebagai ketua di Shah Alam?
Adakah itu pendapat yang pernah di suarakan oleh seorang ketua yang berwibawa? atau kenyataan dari seorang Ketua yang Lembik ,lembab dan kaki tidur? Tak payah pelik bagi yang duduk kat Shah Alam nak bising - bising tentang keputusan Orang Hulu Selangor.
Pandangan yang berasaskan " seniorita" oleh Isham langsung tak boleh di terima pakai kerana beliau mempertikaikan tentang Pemilihan Zaid yang rekodnya sebagai pejuang reformasi dan keadilan masih belum diuji jelas merupakan pengkhianatan terhadap semangat dan cita-cita perjuangan reformasi serta keadilan yang kononnya di sertai sertai sejak 1999.Sedangkan Kita sendiri melihat sendiri perjuangan Datuk Zaid ketika menjadi Menteri di jabatan Perdana Menteri dalam memulihkan dan me'reformasikan sistem perundangan di negara ini sekali gus mengelakkan dan melupuskan penggunaan akta drakonian I.S.A keatas orang awam sehingga sanggup meletakkan jawatan sebagai Menteri dan Rela di pecat dari UMNO kerana tindakannya itu jelas berpihak pada Rakyat.
Beliau juga yang mengusahakan permohonan maaf kerajaan BN terhadap 5 hakim yang di pecat tanpa sebarang pampasan pada detik awal dia memegang jawatan sebagai menteri undang - undang sehingga 5 hakim tersebut terutamanya Tun Salleh Abbas memperoleh bayaran pampasan ex - gratia kerana di pecat tanpa sebab.Jadi sesiapa pun boleh jadi pejuang Reformasi sekiranya dia punya sikap yang tegar untuk melakukan perubahan.
Di sini saya lampirkan sedikit pengalaman Isham Rais yang mengenali siapa Zaid Ibrahim;
KESAH LAMA UNTUK DI INGAT KEMBALI
MEREKA YANG TIDAK PERNAH BELOT - DIMANA MEREKA SEKARANG?
PETANG ITU - 38 TAHUN DAHULUIni cerita lama. Tapi baik juga untuk dibuka kembali agar kita semua dapat tahu apa yang berlaku puluhan tahun dahulu. Cerita-cerita ini kalau baik kita jadikan tauladan. Kalau tidak molek dapat kita jadikan sempadan. Kalau tidak pun kita baca untuk ketawa.
Ceritanya bagini:
Saya ingat lagi pada tahun 1972 - ketika itu saya anak mahasiswa yang mengulang tahun satu di Universiti Malaya. Saya telah aktif dalam perjuangan gerakan mahasiswa sejak dari awal tahun pertama lagi. Pada tahun itu, ketika Kongres Tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPM ), saya telah dilantik untuk menjadi Setiausaha Agung. Badan yang bernama PKPM ini telah diharamkan pada tahun 1974 - sesudah demo pelajar menyokong warga Baling.
Ketika saya dilantik sebagai SU Agung PKPM – perang Vietnam sedang rancak. Kuasa imperial Amerika sedang melancarkan perang kolonial ke atas Vietnam, Laos dan Kamboja – sama seperti yang sedang berlaku di Iraq dan Afghanistan hari ini.
Justeru dalam Kongres PKPM tahun 1972 itu ada terdapat resolusi yang mengutuk imperialis Amerika Syarikat dan menyokong perjuangan menuntut keadilan oleh rakyat Indo China. Ketetapan yang dibuat dalam kongres akan menjadi dasar persatuan sehingga ke kongres tahun hadapan.
Pada zaman itu gerakan mahasiswa cukup rancak. Saya adalah seorang ahli kelab sosialis yang aktif. Justeru pandangan politik saya adalah kiri. Buku dan akhbar yang saya baca adalah kiri. Negara dan pemimpin negara yang saya hormati adalah dari jalur kiri.
Berdasarkan resolusi PKPM yang anti-Amerika saya telah memasang poster-poster anti-perang Vietnam yang kami terima dari International Union of Students yang berpengkalan di Prague.
Rupa-rupanya ada juga kumpulan mahasiswa, terutama dari PMUKM yang yang tidak bersetuju dengan pemasangan poster ini. Lalu saya dikritik sebagai SU Agung PKPM yang tidak bertanggungjawab. Sebenarnya isu poster anti-perang Vietnam ini hanya alasan. Kritikan ini datang dari pelajar reaksionari bermazhab kanan.
Akhirnya satu persidangan tergempar telah diadakan. Persidangan ini diadakan di Dewan Majlis Persatuan Universiti Malaya. Saya ingat lagi petang itu – delegasi dari PMUKM, dari Serdang College, dari Institut Teknoloji Kebangsaan, KSITM dan tuan rumah PMUM turut hadir.
Saya dapat merasakan seolah-olah telah ada persetujuan untuk menyingkirkan saya dari PKPM. Idris Jusi, dari PMUKM mula bercakap membuka kes tentang saya yang dikatakan tidak mengikut dasar PKPM dan dilihat pro-komunis. Dari KSITM, presidennya Zahari tidak pula bercakap. Yang banyak bercakap ialah Ibrahim Ali.
Pandangan-pandangan kanan dan reaskioner bertaburan pada petang itu.
Sebelum keputusan dibuat untuk menyingkirkan saya dari PKPM - tiba-tiba seorang wakil delegasi dari KSITM mengangkat tangan untuk berucap. Saya masih ingat lagi anak muda itu. Dia kurus lansing dan kacak. Berkulit sawo matang. Anak muda ini memakai seluar hitam dan berbaju biru. Mustahil saya akan melupakan susuk ini. Sampai akhir hayat saya ingat apa yang berlaku pada petang itu. Tidak mungkin saya akan lupa kerana pada petang itu saya sedang disalib.
Masih terngiang di telinga saya hingga ke hari ini apa yang dikatakan oleh anak muda itu:
“Sebelum dia dibuang, dia berhak untuk diberi peluang bersuara. Ini adalah cita-cita demokrasi pelajar… dan ini adalah hak dia.”
Saya terperanjat kerana tidak ada sesiapa dari persatuan lain yang menyokong saya kecuali PMUM. Saya terperanjat kerana anak muda ini berani ‘pecah regu’ untuk menyokong saya. Saya kagum atas keberanian nya.
Saya tidak kenal anak muda ini. Tapi saya tahu anak muda ini datang dari KSITM – satu persatuan pelajar yang saya anggap reaksionari. Bila saya selidiki baru saya sedari anak muda ini ialah Zaid Ibrahim – pelajar jurusan undang-undang Institut Teknoloji Mara. Saya juga difahamkan si Zaid ini datang dari Sekolah Tuanku Abdul rahman (STAR) seteru kuat sekolah saya, MCKK.
Semenjak petang itu saya tidak bertemu dengan Zaid Ibrahim. Kami meneruskan keyakinan diri. Saya difahamkan Zaid telah menjadi seorang peguam yang berjaya. Saya terus menjadi diri saya.
Lima tahun dahulu seorang kawan dari MCKK mengajak saya untuk menjadi ahli Civil Society of Malaysia. Ini badan hak asasi manusia yang cuba diwujudkan oleh Zaid Ibrahim. Cuma ada ‘catch’ - sesiapa yang ingin menjadi ahli wajib membayar RM250. Jumlah ini agak berat untuk saya - lalu saya menolak jemputan ini.
Seminggu sebelum Ngo ini berkumpul dan bersidang saya telah mendapat panggilan telefon mengatakan bahawa RM250 telah dibayar oleh Zaid Ibrahim. Saya hairan kerana seumur hidup saya – saya belum pernah bercakap sepatah pun dengan susuk ini. Dari panggilan talipon - saya telah diberi kebenran untuk datang ke persidangan pertama Civil Society ini di Hotel Renaisance.
Inilah kali kedua saya melihat Zaid Ibrahim. Kali kedua ini agak berbeza. Anak muda kurus yang berbaju biru dan berseluar hitam dahulu telah agak bersisi. Rambutnya telah dicantikan oleh anyaman uban. Baju dan pantalon yang dipakainya kelihatan dari jenis yang baik dan bermutu. Nah! Pastilah dia telah berjaya hinggakan sanggup membayar yuran untuk orang yang tidak dikenalinya.
Dua hari sebelum nama Zaid Ibarahim dimahsyurkan sebagai calon di Hulu Selangor saya telah pergi menemuinya. Rumah kediaman si Zaid ini bukanlah sama seperti bilik sewa tempat saya menginap. Ini kawasan lumayan yang hanya 30 minit dari Serendah Hulu Selangor.
Mata saya memerhati dengan rapi untuk mengetahui lebih dalam lagi manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini. Rumahnya tidak mengancam tapi pastilah lebih luas dari bilik sewa saya. Dalaman tidak lucah dan bukan bermotifkan budaya ‘arriviste – horray henry’ yang sering kita temui di wilayah-wilayah mewah.
Tujuan saya datang kerana ingin bertanya apakah dia masih ingat lagi apa yang terjadi di Dewan Majlis PMUM 38 tahun dahulu. Zaid termenong sabentar sebelum mengakui yang dia pernah datang ke PMUM untuk bermesyurat. Tetapi tidak ingat apa tujuan dia hadir. Malah dia juga tidak ingat bahawa pada petang itu yang di salib ialah saya.
Saya tidak merasa kecewa kerana si Zaid tidak mengingati episod itu. Inilah perjalanan hidup kita sebagai manusia . Terpencar pencar - ada yang kita ingati dan ada yang kita lupakan. Untuk kita – pekara yang ini mungkin penting dan untuk orang lain pekara yang sama adalah ‘non event – tidak ada apa apa yang penting’.
Kenapa saya menulis kesah ini? Saya menulis kerana susuk yang bernama Zaid Ibrahim ini sedang berkempen untuk memenangi kerusi di Parlimen. Saya menulis ini kerana saya yakin bahawa manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini adalah manusia demokrat. Tiga puluh lapan tahun dahulu – ketika kami masih lagi anak pelajar - si Zaid ini telah memperlihatkan sifat jujur dan demokratnya.
Pada petang itu – 38 tahun dahulu - si Zaid telah tidak terpengaruh dengan tohmah anti-komunis, anti kiri dan anti sosialis. Sifat demokratiknya telah tertanam dalam sebelum dia meletakan jawatan sebagai menteri kabinet kerana menentang ISA. Susuk yang bernama Zaid Ibrahim dapat melihat salah dan benar.
Jika saya warga Hulu Selangor saya merasa senang hati untuk menobatkan Zaid Ibrahim sebagai wakil suara saya di ParlimenOleh itu pendapat Isham yang mengatakan pemilihan Zaid sebagai pembela Anwar di Parlimen dalam kes liwatnya adalah langsung tak berasas sama sekali kerana kalau Zaid nak jadi Pembela Anwar tak payah di calonkan bertanding Parlimen pun Zaid boleh bela Anwar di mahkamah.
Kerana Jelas di sini kita mahukan seorang wakil rakyat yang berani, bertanggungjawab,berwibawa dan boleh buat kerja bukan seorang yang lembab,lembik dan kaki tidur.
Oleh itu kami sangat berbesar hati dan mengalu - alu kan dengan keluarnya isham dan geng - geng dari AMK dan PKR Shah Alam dan akan mengucapkan tahniah sekiranya beliau mahu menyertai UMNO Shah Alam kerana kami di AMK Shah Alam tak memerlukan ketua yang yang "lembik" dan lembab seperti Isham dan geng - gengnya tak tahulah kalau UMNO "memerlukannya" alamat memang melingkup lah jawabnya.Sehingga Isham dan Ali meraih publisiti murahan dengan mengumumkan dirinya keluar parti dengan alasan pemilihan Datuk Zaid, itu langsung tak menghairan kan kami.
Sehingga artikel ini di tulis Rata - rata majoriti ahli AMK Shah alam tak kenal siapa Isham sebagai ketua AMK Shah Alam sehingga dia memperolehi publisiti murahan di depan media barulah khalayak ramai tahu yang dia tu Pemangku Ketua AMK Shah Alam, kerana Isham tak di pilih melalui suara majoriti tambahan pula dia bukan ketua yang sebenar kerana di dalam blog AMK Selangor sendiri menyatakan yang mana Isham adalah sekadar Pemangku Ketua sahaja dan dia boleh di turunkan bila - bila masa.Oleh itu bila dia keluar sahaja dari Parti kami dah menarik Nafas lega kerana satu"beban berat" yang menghempap kepala kami telah pun "selesai" kerana sebelum dia menjahanamkan organisasi kami dan di tendang melalui pemilihan cabang julai ini adalah lebih baik dia angkat kaki .
Tentang Alasan pelik dan hairan dari berita Hairan tak payah lah di pening - peningkan sebab kita tahu siapa yang dah pengaruhi dengan membuat kenyataan sedemikian sejurus keluar parti sebab kita pun boleh fikir apa kena - mengena dengan keputusannya membantah pencalonan Datuk Zaid pasal bukan dia pun yang akan bertanding dalam PRK tersebut.Kerana pada kami Isham dan geng - gengnya hanya sekadar Pak Pacak dalam AMK Shah Alam ni.