Saturday, April 24, 2010

Sahut Cabaran Mat Monggol, Lingkupkan United MuNkEeE di Hulu Selangor esok!




Apa dah jadi dengan geng - geng United MuNkEeE esok? Apakah orang melayu masih mahukan orang melayu?

Rasanya apa yang di fikirkan secara rasionalnya ialah apa perlu lagi kita memilih UMNO dan Geng - geng "Be End".Tak perlu kita bincangkan siapa Yahudi atau siapa APCO jauh lagi kita nak pertikaikan mengapa kamalnathan yang perlu wakili orang Hulu Selangor sebab kita sendiri pun takut nak siasat berapa banyak wiski atau liqouer yang dah teguk.

Semalam mat Monggol ke hulu selangor kononnya mahu menamatkan penantian selama 15 tahun orang - orang Felda sungai Buaya tapi apa yang lebih jelas itu sekadar mahu memulangkan semula "harta Rompakan" yang telah di "Samun" dari orang Sungai Buaya sebagai galang ganti untuk merembat Undi.

Cuba kita perhatikan di sini, tidakkah kita berasa hairan mengapa selepas 15 tahun dan tepat pada pilihanraya kecil ini barulah harta - harta rompakan bernilai RM50,000 yang telah di samun oleh "mat taib" satu ketika dahulu baru hari ini di pulangkan kepada penduduk Sungai Buaya sebagai Balasan Orang Sungai Buaya kena bagi Undi pada Geng United MuNkEeE.

Itulah pancingan yang seharusnya di balas dengan kaedah "BERI AMBIL UNDI JANGAN" kerana itu bukan derma ikhlas atau wang ehsan tetapi itu adalah harta Rompakan orang sungai Buaya yang di pulang semula sempena Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.Untung ada pilihanraya,kalau takde maka ramai lah yang akan gigit jari.

Jadi tak fikir di mana mereka sembunyikan harta rompakan orang - orang Sungai Buaya selama 15 tahun ini dan kenapa baru Hari ini bersempena PRK Hulu selangor baru nak di pulangkan.

Mat Monggol Kata lagi,kalau Orang - orang selangor mahu harta - harta rompakan mereka di pulangkan semula maka pada PRU seterusnya mereka harus pilih Geng United MuNkEeE, oleh itu pesanan LSS pada masyarakat dan rakyat selangor kalau Tak mahu di "samun" macam penduduk sungai Buaya jadi Lingkupkan United MuNkEeE bermula dari Esok.


Itu pada Orang Melayu! pada Orang India???

MASIH INGAT LAGI...........

GAGASAN 1 MALAYSIA TERBARAI DI 31 OGOS

Masih ingatkah kita pada 31 ogos yang lalu? di mana kita menyambut hari kemerdekaan yang "separuh masak" bak kata Allahyarham Dato' Onn Jaafar bersama slogan 1 malaysia.Apakah 1 malaysia? adakah satu bangsa? satu negara? semua kaum harus bersatu padu....tapi apa berlaku beberapa hari lalu secara tak langsung telah membuatkan jangan kita malah siamang dan Chimpanzee atau pun beruk api pun kan tergelak pecah - pecah perut sebab lain yang di laungkan lain pulak jadinya.

Apa kah Masyarakat Hidu masih ingat lagi,atau ada yang terlupa atau ada yang dah buat - buat lupa kerana terpaksa sujut dan melutut di kaki Mat Monggol

Lihatlah PM kita si Mat Monggol bersusah - payah melaungkan slogan 1 malaysia dalam tv,radio,internet ,surat khabar atau pun kat dalam Bas RapidKL.1 malaysia kita bersatu bersama - sama seluruh kaum termasuk cina melayu dan India.Tapi kali ini geng - geng algojo United Malays National Organisation terkengkeh - kengkeh pulak pulak pergi rosak kan slogan ini mengapa.Kalau sebelum ini geng - geng ini telompat -lompat dengan sentimen perkaumannya tapi kali ini dengan sentimen keagamaan yang pastinya akan memakan diri pada pilihanraraya yang seterusnya.Isu Kuil ini tak patutlah di mainkan oleh geng Algojo kerana ia akan menyentuh kesensitifan bangsa lain terutamanya India yang beragama Hindu dan ini akan membuat orang Hindu takkan percaya lagi pada geng algojo dan juak BN kerana ini akan menguatkan lagi s0kongan orang india kepada Pakatan dan menambahkan lagi benci orang melayu kepada geng algojo.Biarpun perarakan di nafikan oleh geng algojo tetapi banner yang di bawa menguatkan lagi persepsi yang mana geng algojo memang mendalangi perarakan kepala lembu tersebut.Tetapi hari ini kenyataan KPN Musa Hasan akan mengambil tindakan kepada mereka dengan mendakwa mereka di bawah akta hasutan,beranikah Musa Hasan mendakwa geng algojo?

Ini semua cuma sekadar gimik dan retorik sahaja kerana perarakan ini bukan sahaja bertujuan untuk menghentam kaum india dan Wakil rakyat PR tetapi perarakan ini juga telah menghina nilai - nilai islam.Laungan Takbir yang suci telah mereka ejek dengan laungan "take beer" jadi di manakah maruah geng algojo sekarang?melayu kah mereka? islamkah mereka?

Kalau benar mereka islam....




kenapa pada ketika Surau al-ijtaimaiah Kampung Rimba Jaya Shah Alam di robohkan atas arahan kerajaan Wak Botox tak ada pula kita lihat berbondong - bondong geng algojo berarak ke bangunan SUK dengan membawa kepala kerbau ke? kepala babi ataupun kepala Butuh.......tak de pulak kita lihat berbondong - bondong geng al-gojo memaki hamun kerajaan Wak botox dengan membawa penyapu berlori - lori,tak ada pulak kita lihat ada pulak haram jadah yang nak berucap dengan heler di depan pintu pagar bangunan SUK?


Tapi bila hanya dengan isu Kuil hindu tahu pulak terlompat - lompat bawak kepala lembu,kerana ini di lihat jelas taktik - taktik demi taktik geng algojo nak huru - harakan di lakukan dalam keadaan terdesak.Namun walau bagaimanapun Pakatan tidak akan melatah dengan taktik geng algojo ini kerana kita tahu algojo sekarang sedang menari mengikut rentak gendang yang di palu oleh Pakatan jadi apa perlu Pakatan Melatah.Mereka sedar atau tidak dengan tindakan ini akan memberi kesan buruk kepada geng algojo United Malays National Organisation dalam PRU ke - 13 kerana sudah pastinya mereka akan kehilangan undi dari kaum india sebabnya 100%





Jadi kita akan terfikir sejenak dengan apa yang telah di lakukan oleh United MuNkEeE terhadap penganut hindu Khususnya Orang India pada Ogos yang lalu tatkala Umat Islam Menjalankan Tanggungjawab di bulan yang penuh kemuliaan.Jadi sebelum itu kita pun tak tahu di mana kah geng - geng MIC?

Tapi?????

Macam mana dengan dia ni?

HANYA YANG BODOH MELAKUKAN INI


Di Mana bersembunyi dia pada ketika ketika geng - geng United MuNkEeE mengarak Kepala Lembu dan memprotes usaha pemindahan Kuil Seksyen 19 ke seksyen 23 yang di kelentongkan oleh mereka - mereka ini telah menghina Agama. Oleh itu Masyarakat pun boleh fikir Sendiri apa perlu memilih United MuNkEeE lagi.
Ingatlah wahai Penduduk hulu selangor:

Selagi ada United MuNkEeE,selagi itu lah anda di rompak,
Selagi ada United MuNkEeE selagi itu lah anda akan nampak,
Siapa yang jadi penyamun dan siapa yang jadi Perompak ,
Cuma yang Pelik Dah Dekat PRK Nampak ramai yang sudi nak kena sepak
Cuma..............

Ramai Orang telah saksikan siapa yang bawak kepala Lembu tapi kenapa Cuma Kamalnathan
sorang saja yang tak nampak??

LSS: Mana Pergi slogan Hidup melayu???

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: