Lagu Janji dicapati

Loading...

Friday, April 30, 2010

Keadilan Buat Aminul Rasyid : Utusan Patut Di Saman





Dari Wajah Allahyarham kita pun sudah menjangka usianya masih lagi di belasan tahun,Buat Masa Ini kami di Pihak AMK Shah Alam hanya mampu melahirkan rasa simpati kami juga tak mahu lagi untuk membuat apa - apa andaian atau spekulasi berhubung dengan kes ini kerana kami rasa kali ini biarlah kami beri sedikit ruang bagi Polis untuk menyiasat kes tersebut.



Andai Tiada apa - apa tindakan yang drastik baru lah kami akan bertindak seperti biasa yang kami lakukan.Bukan apa ,bukan kerana apa,semuanya berpunca dari cerita - cerita Kelentong gila babi Utusan Melalok yang telah menuduh bermacam - macam tuduhan dan tohmahan palsu terhadap Allahyarham.



Begitulah sikap Melalok dari dulu,kini dan selamanya.....



Sering mendahului Keputusan sedangkan keputusan sedangkan siasatan pun belum di jalankan bukan sahaja itu malahan melalok kali ini telah melemparkan tuduhan 'penyamun, penjenayah' ke atas arwah aminulrasyid



Allahyarham Aminul Rasyid yang baru berumur 15 tahun bersekolah di salah sebuah sekolah menengah di Shah Alam menurut guru - guru beliau , arwah tiada langsung masalah disiplin di sekolah dan aktif dalam bidang sukan hingga menjadi wakil daerah.



Tetapi pada beberapa hari yang lalu Rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kes kematian Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah, 15 tahun, pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Seksyen 9, Shah Alam yang telah ditembak di kepala oleh pihak polis. Beberapa media telah melaporkan bahawa remaja terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun, namun perkara ini dinafikan oleh keluarga Allahyarham. Polis mendakwa kereta yang dipandu oleh Allahyarham cuba merempuh anggota polis peronda untuk melarikan diri dan polis bertindak melepaskan beberapa das tembakan yang seterusnya membunuh Aminulrashid.



Namun lain pula gambaran yang diberikan oleh rakan Aminulrashid yang ada bersama Allahyarham dalam kereta ketika kejadian. Dalam laporan polis yang telah dibuat, rakan yang sebaya dengan Allahyarham menegaskan Aminulrashid dalam ketakutan apabila terlanggar sebuah kenderaan lain dan terus memintas kereta peronda berkenaan. Setelah dipintas, anggota peronda terus mengejar dan melepas tembakan yang mengena sasaran. Aminulrashid rebah dalam kereta dengan luka tembakan di belakang kepalanya.



Saksi utama ini juga melaporkan beliau kemudian di pukul oleh anggota polis sebelum sempat melepaskan diri. Beliau kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.
Menurut Monaliza Mokhtar, Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 9, beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai satu fitnah. Pelbagai persoalan timbul di kalangan masyarakat berkaitan kes ini. Kes ini dilihat boleh mencalarkan imej Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sebagai badan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan awam.



Malah dalam temubual bersama rakan - rakan Allahyarham juga mendakwa Melalok melaporkan yang Allahyarham ada membawa parang dan terlibat dalam aktiviti Samun,laporan ini telah menimbulkan rasa tak puas hati di kalangan Rakan - rakan Allahyarham oleh itu Media Mangkuk Ayun yang selalu menfitnah dan Mencemuh Masyarakat tanpa usul periksa sepatutnya menerima Tindakan Saman dari pihak keluarga terbabit.





Biar melalok Rasa sikit, apa rasanya kalau suka bawak mulut,jadi kaki bodek dan kelentong orang Shah Alam sana - sini.




1 comment:

Anonymous said...

polis yang gila kuasa la kot, tak siasat tak apa, nak jadi hero main tembak suka hati. tak ke b****. moga moga polis tu dikenakan hukuman. dipecat dr jadi polis. dibenci masyarakat. haa semua lah keluar. we need justice for Allahyarham Aminul Rasyid.

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: