Oleh: Mat Saman Kati
Ketika hari masih lagi panas…awan hitam masih belum kelihatan, hujan pun entah bila akan datang….tiba-tiba langit berdentum!!! Pasai apa?
Tiba-tiba Pemilihan PKR menjadi riuh rendah apabila Rafizi mengumumkan barisan Generasi Reformasi untuk menerajui Angkatan Muda Keadilan.
Rafizi mengumumkan akan bertanding jawatan Ketua AMK, Timbalan: Amirudin Shari. Naib Ketua: Sim Tze Tzin, Kesavan dan Chang Lih Kang. Manakala jawatan EXCO ditandingi oleh Halimey Abu Bakar, MA Tinagaran, Saifullah Zulkifli dan Jafery Jomion.
Memang hebat. Selain daripada barisan yang mengandungi profesional muda, Team Generasi Reformasi juga dikenali dengan Team Wahyu..kononnya diwujudkan dengan restu Anwar.
Sehari selepas pengumuman tersebut, aku perli Lih Kang, ADUN Teja…”whoa!! lu pun sokong Rafizi aaa?”
Lih Kang dengan selamba menjawab..”Astagfirullah…saya sendiri tak tau macam mana dia orang bubuh nama saya!!” kah..kah..kah. Aku cuba confirm dengan Chegu Bard. Chegu Bard bagi tau aku…”jangan tulis Bang Mat. Nanti Lih Kang pulak kena pancung.” Aku diam.
Tapi aku tau..Generasi Reformasi hanyalah gimik. Show of power yang tak menjadi. Yang lain aku tak tau, tapi kalau orang Perak macam Kesavan dan Lih Kang, aku boleh korek rahsia depa.
Lih Kang memang dari mulanya sudah ngam dengan Chegu Bard. Dan nama Lih Kang sengaja dimasukkan kedalam Team Generasi Reformasi untuk menghancurkan perancangan Chegu Bard. Itu sebabnya, selepas itu, Lih Kang hilang dari tanah air buat beberapa ketika supaya dia tidak ditekan untuk menyertai Team Generasi Reformasi. Lih Kang pergi ke US.
Kesavan aku kenal sangat. Anak muda ini memang bagus dan bersemangat tetapi menghadapi masalah fulus. Aku pernah tulis macam mana ansuran Camry dia pun tertunggak…jadi dia akan ikut sapa saja yang boleh bantu dia. Kesavan dulunya anak didik Gobalakrishnan. Tapi Gobala pun tak larat nak tanggung dia. Bila Mus lantik dia sebagai Naib Pengerusi MPN, dia bodek Mus kow-kow. Masa retreat di Port Dickson, Anwar ada bertanya kepada seorang yang sekarang bertanding MPP…”macam mana dengan prestasi Mus di Perak?” Member ni pun jawab…” ada masalah sikit Bos. Mus ada slack sikit kat Perak.”
Tapi bila turn Kesavan berucap, dia puji Mus kow-kow. Semuanya bagus. Mus membawa perubahan di Perak. Naya member kita ni.
Tapi bila nak pilih Calon Timbalan Presiden, Kesavan buat U-turn. Mus tak bagus…dia pilih Azmin. Bila dia ciao dari team Generasi Reformasi…aku tak heran.
Yang aku heran…kemana perginya Team Generasi Reformasi pada hari pencalonan? Muncul dengan bergaya..tiba-tiba hilang tanpa berita!!!
Sapa yang tak tau Anwar tak suka Chegu Bard? Serupa macam Anwar tak suka Zaid. Sebabnya, tak ada orang yang berani lawan cakap Anwar macam Chegu Bard dan Zaid. Anwar hanya mahu orang-orang yang menurut cakap dia. Kalau nak ikut cakap Anwar, yang tu tak ada masalah. Tapi kalau Anwar ikut cakap Azmin, yang tu susah la.
Anwar tau, Shamsul Iskandar akan kalah kalau bertanding dengan Chegu Bard. Jadi dia suruh Rafizi masuk. Dan Rafizi diback-up oleh Azmin. Dimana ada Azmin…disitu ada Rafizi. Rafizi diminta oleh Anwar berjumpa Chegu Bard untuk berbincang. Tetapi syarat perbincangan utama ialah..Rafizi Ketua, Chegu Bard Timbalan.
Bila Chegu Bard kata “boleh blah”..Rafizi balik mengadu kat Anwar. Tapi Anwar kata…”kalau tak boleh deal..lawan la!” Itu sebab Rafizi masuk untuk bertanding. Dan dia kaut semua mereka yang pernah bekerja dengan pejabat Anwar. Sim, Amir, malah Nik Nazmi pun tumpang tui.
Bukan itu saja, Rafizi dijanjikan akan mendapat sokongan dari Shamsul Iskandar. Sam diminta untuk melepaskan jawatan Ketua AMK dan bertanding Naib Presiden. Tapi apa yang berlaku tak mengikut perancangan. Orang-orang Sam tak ikut Rafizi, tapi lari kat Chegu Bard. Mana yang kutuk Chegu Bard pun..dah mula puji chegu Bard.
Bila pencalonan bermula…Rafizi ketinggalan. Dan diminggu terakhir pencalonan, Anwar tau Rafizi tak boleh cari makan dan dengan cepat strategi dipinda. Sam perlu balik untuk bertanding Ketua AMK.
Isyarat pertama untuk menyuruh Sam bertanding Ketua AMK datang dari Cabang Gombak. Azmin mencalonkan Shamsul Iskandar sebagai Ketua AMK..dan bermulalah era malap Rafizi. Sejak itu, Team Generasi Reformasi semakin malap.
Sam juga sedar, kalau dia lawan Chegu Bard, peluang dia tipis. Tapi kalau dia lawan Anwar dan Azmin…lagi teruk. Dan oleh kerana Sam juga seorang Anwaristas yang wala kepada Anwar, maka dia menurut kehendak Azmin. Aku sebut Azmin sebab dalam PKR, Anwar yang dengar cakap Azmin…bukan Azmin yang dengar cakap Anwar.
Semalam hari pencalonan. Aku ingatkan Rafizi sorang yang sakit perut dan tak dapat hadir menghantar borang pencalonan…rupanya hampir keseluruhan Team Generasi Reformasi sakit perut!!
Macam mana nak jadi reformis? tu belum kena simbah air asid, belum kena cota FRU. Baru kena gertak dengan Anwar sikit…dah cari pil Chi Kit Teck Aun.
Apabila Sam U-TURN, mereka yang sudah terlajak menyokong Chegubard ini tiada pilihan selain daripada terus menyokong chegubard kerana tindakkan U-TURN dalam perjuangan itu tiada dalam kamus hidup mereka. Apatah lagi yang hendak digambarkan jika yang U-TURN itu adalah seorang Ketua. Penyokong Sam yang telah menyokong Chegubard sekali lagi menemui Chegubard untuk menyatakan setia dan tidak kurang juga yang memanggil chegubard untuk sama-sama berkempen sedangkan sebelum ini hanya membantu Sam.
AMK memerlukan seorang ketua yang boleh bergerak sendiri dan boleh mobilisasi sejumlah anak muda untuk sama-sama berjuang. Sebagai Ikon REVOLUSI, kemenangan Chegubard akan membuka lembaran baru kepada AMK dan pastinya akan lebih ramai anak muda menyertai PKR. Penyertaan mereka yang non-partisan juga akan bertambah kerana semangat dan aura 'rebelion' yang dibawa oleh Chegubard mudah dicenderungi dan akan menjadi ikutan semua anak muda yang tinggi semangat melawan.
2 comments:
ada kebenarannya juga kata-kata mat saman kati 2 dan apa salahnya kita dari amk memberi mandat pada chegu bard untuk menerajui amk malaysia pada penggal ini dan kita akan lihat apa perubahan yang dia akan lakukan untuk membaikpulihkan amk dari lena.
pundek la lu.. parti taik ayam. kejap lagi masuk lubang bontot la lu
Post a Comment