Friday, March 5, 2010

Buat apa nak pedulikan Orang Gila Kulim !


Biarkan saja Mangkuk Ayun Ni Berambos!!

Petang Semalam Putu Mayam ni telah meng"ugut" jawatankuasa Displin PKR beliau akan keluar daripada PKR sekiranya parti tersebut tidak menukar anggota panel disiplin menjelang Selasa ini kata Putu mayam ni lagi dakwanya panel bukan-Muslim tidak layak menghakiminya diatas hal yang melibatkan hal Islam tapi yang pelik mangkuk ni Tapi tak pernah pulak "hentam" kerajaan Mat Monggol yang membicarakan soal dan masalah berhubung pasal agama di mahkamah Sivil yang mana kes itu di hakimi oleh Hakim Bukan Islam.

Di sini Di persoalkan di mana Konsistensi mangkuk ayun ni?

Baiklah sememangnya di akui kesilapan menerima mangkuk Ayun ni kedalam PKR telah memperlihatkan bagaimana begitu banyak Arang yang telah Terconteng akibat onar yang telah di lakukan oleh sampah - sampah seperti Orang Gila Kulim.

Bukan Baru hari ini Orang Gila Kulim ni buat Masalah.Dulu masa dia kat dalam dia di bimbangi sikapnya kerana selalu memberi kan pandangan Lantang yang bertentangan dengan pandangan dalam jemaah.Oleh kerana itu dia di tendang keluar Dari PAS.

Maka selepas itu tibalah Gelombang Reformasi apabila Dato' Seri Anwar Di pecat dan di fitnah melalui konspirasi jahat yang di rancang oleh mahafiraun.Pada Ketika Dato Seri Anwar Di bicarakan di mahkamah ,mangkuk nie di lihat sentiasa menebeng di lantai mahkamah dan konon - kononnya mahu menunjukkan yang dialah pembela Anwar.

Tapi tak siapa pun tahu yang dia cuma sekadar Tukang Angkat Beg kepada Raja Aziz Addruse, Christopher Fernando, Haji Sulaiman, Karpal Singh, Sankaran Nair atau Zainur Zakaria tapi mereka - mereka ini tak pernah mengaku yang mana ini adalah peguam Anwar tapi Mangkuk ni dengan beg ke sana - ke mari di lantai Mahkamah Yang Mana pada ketika terletak di Jalan Raja di sebelah Dataran Merdeka berlagak seolah - olah di diantara peguam utama dalam perbicaraan Anwar Ibrahim.

Lihat Bagaimana putu Mayam ini Ambil Kesempatan melalui Penderitaan Anwar.

Dalam beberapa siri penganiayaan keatas Anwar Putu Mayam ini pernah sibuk ke hulu ke hilir berceramah tentang keracunan Arsenik yang telah terjadi terhadap Anwar,Ya itu memang betul tapi yang tak bestnya ialah kelentong - kelentongnya yang mengatakan Rambut Anwar gugur dan jari dan kuku anwar bertukar menjadi biru seolah menjadikan kelentong itu satu modal untuk meraih populariti dari Orang ramai yang mana dia lah yang selama ini membela Anwar.

Maka hasil dari kelentong - kelentong berkenaan Boleh "melayak" kan dirinya untuk mendabik dada sebagai Peguam Anwar Ibrahim yang terus di jadikan Modal untuk memancing undi demi menaik kan nama putu mayam ini sebagai Ahli Parlimen Kulim.

Tapi setelah dia kembali setelah "misteri Kehilangannya" terbongkar apabila Mahkamah Pilihanraya Mengekalnya sebagai Ahli Parlimen Kulim atas kesilapan teknikal.Ramai aktivis sudah mengesyaki yang memang orang gila kulim dah jadi Barua United MuNkEeE.

Orang gila Kulim jadi glamour dapat masuk utusan Melalok dan berita hairan dari muka depan.Macam mana dia dapat publisiti macam tu melebihi Anwar?bagai ada sesuatu yang tak kena...

hanya selepas itu sedikit demi sedikit orang gila kulim mula melepaskan pelurunya pada muka kawan sendiri Berbanding pada Geng United MuNkEeE.

Para Aktivis masih teringat lagi....

putu mayam ni pernah dapat publisiti hebat sebab hujung tahun 90-an dulu dia sibuk ke sana ke mari ceramah fasal isu murtad. Bukan kerana dia lawyer hebat macam Karpal Singh tapi heboh dok canang cerita ke hulu - ke hilir.

Tapi ada peristiwa yang mengaitkan dengan taik - taik yang pernah di lakukan oleh MuNkEeE ini.

Masih Ingatkah kita dengan Peristiwa "Sandiwara Rampasan Senjata" di bukit Jenalik Grik pada tahun 2000?

Dalam kes di bukit Jenalik dia juga pernah menjadi peguam bela kepada salah seorang tertuduh dalam Kes Tersebut. Dalam kes melibatkan tertuduh itu dia cabut lari selepas kes itu dalam setengah jalan.

Ramai yang tak mengetahui ke manakah menghilangnya Putu Mayam ni,adakah dia seorang penakut? atau memang tak ada kredibiliti dalam tanggungjawab? itu lah wajah sebenarnya.

Selama ini semua orang melihat putu mayam ini berdiri sebagai seorang peguam Syarie kerana dia selalu lantang kononnya memperkatakan tentang kes - kes yang berkaitan dengan Islam tapi apa yang pelik apakah dia seorang peguam syarie?

Ini kerana sebagaimana yang dilaporkan tentang latarbelakang dia ni tak pernah ke UIA(Universiti Islam Antarabangsa) ambil DSLP yang melayakkan seorang peguam untuk diterima sebagai peguam syarie. Apa yang di ketahui juga dia dapat ijazah undang-undang dari New Zealand jadi bila masa dia jadi peguam syarie yang sepatutnya kena tahu hukum - hakam Islam? Ada ke surau atau Madrasah yang letak dia mengajar tafsir Qur'an?

Pelik betul putu Mayam ni, jadi dimana kepakaran nya berhubung hukum - hakam dalam islam kalau dia berkelulusan dari Universiti yang bukan Islam,sekarang ni di mana relevannya dia yang tak boleh di adili oleh panelis Jawatankuasa Displin dari yang bukan Islam?

macam mana dia boleh kelentong yang dia ni peguam syarie dan dah berapa ramai yang dah kena kelentong termasuk Dato' Seri Anwar dek permainan peguam Syarie kelentong Macam Orang Gila Kulim ni.

Kelentong sana dia kata Islam? kelentong sini dia kata bukan Islam? kejap dia kata islam kejap dia kata Melayu,kalau dia rasa dia Ultra Melayu dah buat apa masuk PKR ada Baik dia pergi masuk United MuNkEeE atau Peribumi perkasa ke?

Dah sah memang dia ni seorang yang huru - hara dan tak tentu arah oleh itu nasihat yang terbaik bagi Jawatankuasa Displin PKR tak payah bicarakan Zulkifli Noordin tapi Nasihat supaya tinggalkan ke je Parti ni dan Orang macam Putu mayam ni tak layak menyertai mana - mana Parti dalam negara ni.

Dah cukuplah rasanya ini pengajaran buat Pakatan Rakyat khususnya Keadilan agar berhati - hati dengan kehadiran Mangkuk Ayun yang macam ni.

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: