Tuesday, March 9, 2010

-Sambutan 2 tahun Pakatan Rakyat Selangor di Shah Alam






Bertempat di Stadium Malawati Shah Alam dan bukan di Padang Kelab Sultan Selangor yang mana tak di ganggu oleh polis yang di bawah arahan Mat Monggol kali ini bermula Sambutan gilang - gemilang 2 tahun kerajaaan baharu Pakatan Rakyat di selangor yang di hadiri oleh ribuan warga selangor.

Dalam program sambutan ini para pemimpin Pakatan Rakyat Negeri Selangor Khususnya Menteri Besar Tan Sri Khalid dan barisan Exco telah di iringi oleh lebih 150 anggota kawalan keselamatan yang di barisi oleh Angkatan Muda Keadilan Shah alam dan beberapa anggota keselamatan dari Unit amal PAS.




Permulaan Ucapan oleh ahli Parlimen Gombak yang juga ADUN Bukit Antarabangsa merangkap ketua Whip Pakatan Rakyat iaitu YB Azmin Ali.Ucapan yang seterusnya di sampaikan oleh barisan exco negeri selangor dan pemimpin - pemimpin utama dari ketiga - tiga parti.

setelah lama pemimpin demi pemimpin berucap maka ketibaan ketua Umum parti keadilan Rakyat yang di kawal oleh anggota keselamatan Angkatan Muda Shah Alam di gamatkan dengan laungan " REFORMASI" dan terus di iring sehingga ke pentas.

Dalam beberapa ucapan Dato Seri Anwar menegaskan yang beliau tidak hairan pada mana - mana pemimpin yang telah meninggalkan parti itu kerana tegasnya sesiapa dalam PKR yang tak tahan dengan dugaan dan bersikap opportunnis boleh ambil keputusan keluar dari Parti.

Kerana di dalam kerajaan negeri selangor jangan kan dari barisan nasional malah dari ADUN dari PR sendiri andai tak dapat memberi kan prestasi yang baik kepada rakyat akan di ambil tindakan.

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: