Wednesday, August 4, 2010
Peluang buat Pahala untuk Pemuda Pakatan
PAS menyambut baik saranan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menutup pusat hiburan di negeri berkenaan kerana ia sememangnya bertentangan dengan ajaran Islam.
Bagaimanapun PAS menegaskan tindakan yang sama sewajarnya dilakukan di semua negeri, termasuk yang diperintah Barisan Nasional, yang diketuai Menteri Besar beragama Islam.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sepatutnya kenyataan yang dikeluarkan beliau bersifat menyeluruh, bukan hanya kerana bulan Ramadan sahaja.
"Perkara ini kelihatan sememangnya bercanggah dengan Islam. Jadi, ia perlu dilakukan.
"Jika tidak, ia dilihat sebagai satu cabaran yang tidak jujur dan ada agenda tertentu, termasuk bermotifkan politik," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.
Beliau diminta mengulas kenyataan Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, yang meminta Pas Selangor mendesak Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) memastikan pusat hiburan dan rumah urut di negeri ini ditutup sepanjang Ramadan jika ia benar-benar memperjuangkan Islam.
:Tindakan itu. katanya, perlu dilaksanakan kepimpinan Pas yang diterajui Pesuruhjaya PAS Negeri, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, sekiranya parti itu betul-betul ikhlas dalam perjuangannya.
:Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, sebagai sebuah parti Islam, Pas Selangor komited dalam kerja-kerja “amar makruf nahi mungkar” (ajak kepada kebaikan, menolak kejahatan) yang melibatkan umat Islam di negeri ini.
"Di Selangor di bawah peraturan yang sedia ada pusat-pusat hiburan memang melarang umat Islam dari tercebur dalam aktiviti mungkar termasuklah meminum arak di premis yang seumpama ini," katanya.
Kalau begitu maka ini adalah peluang untuk kita(Pakatan Rakyat) tibai geng - geng United MuNkEeE habis - habisan.Tepat pada bulan Ramadhan maka geng - geng SEPAKAT(Pemuda Pakatan) Kenal lah rajin - rajin pergi jenguk mana - mana kelab malam kat kuantan,kat JB,kat kat Ipoh,kat Seremban dan kat Bandar Hilir agar di tutup rapat - rapat.
kalau di dapati ada yang bukak jugak nampaknya ini adalah satu - satu "chance" untuk Pemuda Pakatan buat pahala di kala bulan puasa,nak tau macam mana? caranya ialah dengan menghentam dan menibai Geng United MuNkEeE pasal bukak rumah urut dan kelab malam di kala bulan puasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment