Thursday, January 10, 2019

9/1/2019 jam 4:56pm-Aktiviti AMK shah alam-Membuat kunjungan ke rumah En Osman Bekas Ketua Ranting Pangsapuri Bandar Baru Klang untuk melihat keadaan beliau yg menghadapi strok sejak bulan Jun 2018 yg lalu dan Kami dari AMK Shah Alam telah menghulurkan bantuan dari Kerajaan Negeri Selangor bagi meringankan beban dari kesulitan kesihatan dan kehidupan beliau.

Kami akan memastikan nasib En Osman akan terbela melalui bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Perkeso(majikan En Osman) atas perkhidmatan beliau selama ini terhadap syarikat tersebut. Kami berharap agar bantuan yg diterima dapat meringankan beban kos sara hidup dan kos perubatan beliau dimasa akan datang.

Beliau juga akan didaftarkan dibawah skim SIHAT dari kerajaan Negeri Selangor agar kos barang keperluan seperti tepung susu yg terpaksa beliau ambil akibat penyakit strok yang dihadapi oleh beliau. Malangnya bukan sahaja En Osman menghadapi masalah kesihatan malah anak lelaki beliau yg berusia 10 tahun menghadapi masalah saraf sejak dilahirkan dan sehingga kini anak beliau terpaksa memakai pampers akibat dari penyakit yang dihadapi. Anak beliau akan didaftarkan dibawah skim Sihat Selangor untuk mendapatkan pampers percuma.

Kesusahan mereka ni ditambah lagi dengan isteri beliau tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan terpaksa menjaga kedua dua suami dan anak yg sakit. Kami akan mendaftarkan keluarga tersebut dengan skim KASIH IBU SMART SELANGOR (KISS) daripada pejabat Adun Sungai Pinang bagi isteri En Osman.

Kami dari Pejabat Senator Negara YB Senator Dr Hj Yaakob Sapari juga akan menyumbangkan sedikit peruntukan kepada keluarga terbabit dan meringkan beban yang mereka tanggung selama ini.


Sp Sarawanan
Ketua AMK Shah Alam
Exco AMK Malaysia






No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: