Lagu Janji dicapati

Loading...

Wednesday, June 17, 2009

Kerajaan Perpaduan : UMNO tertipu TerTeePah !!! Lagiee !!




Buat kali kedua Nik Aziz kini memainkan Sandiwara yang berjaya memperdayakan Geng - geng Algojo UMNO,helahnya yang pertama adalah sebelum bermulanya Pilihanraya Kecil Bukit Gantang apabila Media - Media Cabuk BN memainkan propaganda yang mana Nik Aziz telah mempertikaikan pemilihan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai Calon PAS Parlimen Bukit Gantang dengan alasan bimbang keadaan yang berlaku kepada Presiden PAS yang terdahulu iaitu Dato' Mohd Asri akan berulang yang mana Dato' Asri gagal mengawal kedua - dua kawasan Parlimen dan DUN yang di bawah seliaanya,Jadi dengan itu UMNO/BN telah mengambil tindakan sambil lewa iaitu dengan tidak berkempan secara aggresif kerana Geng - geng Algojo UMNO/BN menyangka mereka pasti menang kerana PAS kini sedang bertelagah dalam soal memilih calon kerana melalui pertelagahan itu kempen Pilihanraya PAS bersama Pakatan Rakyat takkan berjalan lancar.Tetapi seperti biasa,helah Nik Aziz tidak dijangka .



"Bola hantaran Lintang dari Nik Aziz kepada Mohd Nizar yang di sangka kan sudah "Off-Side" rupa -rupanya masih dalam permainan,lantas Najib hanya mampu mengigit jari apabila Nizar melakukan rembatan kencang dari jarak dekat yang telah mengegarkan Gawang UMNO"



Bukan sahaja Najib malah pengadil yang mengadili perlawanan tersebut juga hanya mampu menggumam kerana pasti yang Nizar akan Kalah.





Tapi kali ini Nik Aziz terpaksa mengubah Taktik permainannya,kerana UMNO telah mengawasi taktik yang di "kenakan" keatasnya.Nik Aziz tak boleh lagi melakukan hantaran Lintang kerana bimbang pemain pertahanan UMNO/BN akan mengawasi Pemain penyerang Pakatan Rakyat oleh itu " isu Kerajaan Perpaduan" yang dimainkan oleh Dato' Seri Abdul Hadi Awang adalah salah satu dari "trick" terbarunya.Nampaknya kali ini UMNO sekali lagi terpedaya kerana kali ini mereka ,menyangka bukan sahaja ahli PAS malah rakan - rakan PAS dalam Pakatan Rakyat turut bertelagah atas Isu ini.


Baiklah cuba kita Lihat Kronologinya.


*Kerajaan Perpaduan di Ilhamkan oleh Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebelum berlakunya Rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO/BN keatas Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak iaitu selepas muzakarah UMNO - PAS.Pada mulanya ia tak dipandang serius oleh Pengerusi DAP Karpal Singh



*Selepas Rampasan kuasa di negeri Perak Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin Md. Isa telah membatalkan hasrat kerajaan Perpaduan.



*Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Aziz mengulangi Pendirian yang PAS tak akan meneruskan sebarang perbincangan atau rundingan dengan UMNO termasuk merundingkan isu Kerajaan Perpaduan.



*Dato' Seri Abdul Hadi Awang mengulangi Hasrat kerajaan Perpaduan selepas Demonstrasi PPSMI.


*AJK kerja PAS pusat Datuk Takiyudin Mendakwa Pemimpin Umum keADILan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga turut terlibat dalam meng"idea"kan cadangan Kerajaan Perpaduan.



*Muktamar PAS dan seluruh Perwakilan telah meluluskan satu usul membantah pembentukan Kerajaan Perpaduan bersama UMNO/BN.



*Tuan Guru Hadi tetap mahu meneruskan Kerajaan Perpaduan walaupun di kecam hebat di dalam Muktamar.


*Tuan Guru mengeluarkan kenyataan di Pejabat Majlis Presiden yang mana dia takkan berbincang soal Kerajaan Perpaduan dengan UMNO selagi UMNO tidak berubah dan memulihkan demokrasi di negara ini.


*Ustaz Nasarudin yang mana sudah menolak kerajaan perpaduan telah memberi satu kenyataan dalam MalaysiaKini yang mana dia bersetuju dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan.


Kalau di lihat secara halus apabila dituruti kronologi isu Kerajaan Perpaduan dan di analisis melalui Pergerakan Momentum Persepsinya ia kelihatan tak ubah seperti permainan tarik - tali,menolak dan menarik sehingga lawan kepenatan,hilang idea dan akhirnya rebah tidak kira dalam keadaan terlentang,terbaring atau meniarap. Cuma apa yang di keliru kan disini mengapa Nik Aziz kali ini mengambil sikap berdiam diri? apakah helah dan tipu muslihatnya kali ini untuk memperdayakan Najib?

Apakah.......

"kali ini Nik Aziz tidak lagi melakukan hantaran lintang? tetapi taktiknya di ubah dengan melakukan hantaran satu - dua yang mengelirukan dengan Nasharudin dan Hadi Awang, lantas membiarkan Najib merampas bola dan melakukan rembatan jauh dari kawasan tengah terus ke Gawang Pakatan Rakyat"


"tapi apa mungkin bola yang di rembat oleh Najib terkena besi palang tengah Gawang Pakatan Rakyat dan melantun jauh masuk semula semula ke dalam kawasan berdekatan kotak penalti UMNO dalam keadaan penyerang - penyerang Pakatan Rakyat sudah melakukan "hat - trick" dan "Counter Attack" di kala pemain - pemain pertahanan UMNO sedang leka dan mamai kerana di buai oleh momokkan KERAJAAN PERPADUAN"





Kerana apa yang menghairankan disini Anwar dan Kit Siang hanya melihat hal ini dari jauh tanpa menegur dan menegah,apakah agaknya muslihat mereka kali ini? kita tunggu dan lihat...Jeng ! Jeng ! Jenggg !!!

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: