Tatkala kita sibuk membicarakan soal negara Malaysia marilah kita merenung kesulitan saudara kita nun jauh di bumi palestian.. Bangunlah wahai umat Islam Malaysia, bersamalah berjuang dengan rakyat Palestin, yang boleh disumbangkan dalam berbagai bentuk termasuk dana kewangan untuk warga Palestin menyiapkan kelengkapan terus berhadapan dengan zionis laknatullah..
Pengerusi Persatuan Ulamak Palestin, Sheikh Marwan Abu Raz mengingatkan umat Islam di negara ini agar bersama dengan Palestin bagi membebaskan negara itu dari pendudukan Israel Yahudi selama ini. Yahudi, ujarnya, telah berusaha bermati-matian untuk merampas Masjidil-Aqsa secara total yang mana pada hari ini, mereka sedang membina sebuah binaan seperti terowong dengan tiang besar dikenali sebagai Hayqal bagi menjayakan hasrat jahat itu.Namun, tegas Sheikh Marwan, dengan kekuatan semangat perjuangan rakyat Palestin yang tidak akan pernah mengalah kepada kejahatan Yahudi itu, terus menerus berjuang dan menyerang balas semua tindakan musuh.
Sheikh Marwan bagi pihak rakyat Palestin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan rakyat negara ini di atas segala bantuan dan sumbangan kepada rakyat negaranya yang dicerobohi oleh Israel Zionis.Untuk rekod, anaknya Asy-Syahid ‘Asim telah terkorban di dalam perjuangan menentang Israel dan beliau yang berjuang bersama-sama dengan Paduka AlMarhum Sheikh Ahmad Yassin sejak awal, nyaris terbunuh bila mana kediamannya telah dibom. Gaza adalah tanah kelahiran Imam Syafie RahmatulLah ‘aliah yang sangat rapat dengan umat Islam di sebelah sini yang mengamalkan fekah mazhabnya.
Sheikh Marwan menegaskan keadaan umat Islam Palestin masih baik dan tetap teguh dengan perjuangan untuk membebaskan negara mereka dari cengkaman Israel.“Ketahuilah saudara-saudari bahawa bumi Palestin bukan hanya milik umat Islam Palestin malah milik umat Islam seluruh dunia, isu Palestin bukan hanya persoalan kami sahaja malah merangkumi umat Islam sejagat.Dengan sebab Negara Palestin adalah tempat kelahiran ramai nabi-nabi yang dikenali sebagai bumi Ambiyak, isu ini mesti mendapat kerjasama meluas dari seluruh umat Islam di mana sahaja mereka beradaTambahnya, hanya dengan kembali berpegang teguh kepada ajaran dan melaksanakan tuntutan Al-Quran yang jelas paling mampu berhadapan dengan musuh; itulah yang dilakukan di Palestin sehingga hari ini sehinggakan Israel dan Zionis sedunia tidak mampu menewaskan Hamas dan semangat rakyat Palestin amnya.
No comments:
Post a Comment