UMNO YAKIN AKAN MENANG DI MANEK URAI-Lapor Utusan Melayau
UMNO tidak 'kecut' bertanding -Lapor Utusan Melayau
KUALA LUMPUR 17 Jun - UMNO tidak pernah berasa 'kecut' untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan, 14 Julai ini.
Beberapa pemimpin UMNO ketika dihubungi di sini hari ini menekankan, pilihan raya kecil itu mempunyai situasi berbeza dengan Penanti, justeru parti itu tetap bertanding di kawasan berkenaan walaupun sebelum ini ia dikuasai Pas.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menegaskan, sejarah kemenangan Pas dengan majoriti 1,352 undi tidak boleh dijadikan ukuran untuk UMNO melepaskan begitu sahaja kerusi itu kepada pembangkang.
''UMNO tidak pernah berasa 'kecut'. Kenapa ada pihak yang menyuruh kita tarik diri sedangkan situasi kali ini jauh berbeza dengan di Penanti, Pulau Pinang?'' soal beliau.
Apa lagi nak di kata...kalau dah geng - geng melayau ni turuti kata-kata "gabra" geng - geng algojo maka tunggang - terbaliklah kenyataan mereka sebab geng - geng algojo kata diorang yakin untuk menawan Manek Urai kerana mereka yakin akan segala pembangunan yang akan mereka jalan kan di Manek Urai.Masalahnya kat penanti takkan tak boleh bawa pembangunan?Mengapa gah di manek Urai tapi macam "Kucing Sakit" semasa di penanti? tapi aku pelik bila geng - geng algojo UMNO/BN ni mendakwa dalam akhbar rasmi mereka iaitu Melayau yang mereka tidak kecut di Manek Urai,jadi bagai mana dengan Penanti? kat Penanti tak kecut ke? kalau tak kecut kenapa tak letak calon untuk bertanding? sehingga mencipta sejarah yang pertama selama 52 tahun merdeka apabila UMNO/BN menolak untuk meletakkan calon di Pilihanraya kecil DUN Penanti,bukan sahaja Pakatan Rakyat tapi satu malaysia akan tertanya - tanya apakah UMNO/BN sudah kecut perut?
Sampai ke hari ini kita masih ternanti - nanti akan jawapan daripada geng - geng algojo UMNO/BN mengapa Pilihanraya kecil yang diadakan di Penanti di katakan membazirkan wang rakyat tetapi Pilihanraya Kecil yang di Adakan di Manek Urai tidak membazir? tapi kita akan lihat nanti macam mana punya pembaziran yang akan di buat oleh geng - geng algojo UMNO/BN dan kita akan tanya soalan ini semula kepada mereka.
Geng - geng algojo ini mendakwa PAS terutamanya Mursyidul Am Tuan Guru Nik Aziz telah menyuruh mereka menarik diri dari Pilihanraya ini jika mahu menghormati Kerajaan Perpaduan....kenyataan ini kalau di perhalusi maka jangan kan Kambing Gurun malah Cipan,ungka,kongkang,Chimpanzee,Baboon dan Siamang pun akan tergelak pecah - pecah perut,sebab kelentong yang cuba di reka oleh geng - geng algojo UMNO ini tak kena masa dan tempat kerana di kala ini Tuan Guru Nik Aziz telah membidas Timbalan Presiden nya berhubung isu Kerajaan Perpaduan dan menolak sekeras - kerasnya pembentukan Kerajaan Perpaduan bersama UMNO/BN.
Jadi Celah "bedah" mana yang di didakwa oleh geng - geng Algojo yang Tuan Guru telah menyuruh agar mereka menarik diri dari meletakkan calon dalam Pilihanraya kecil di Manek Urai sedangkan Tuan Guru menentang keras isu Kerajaan Perpaduan ini.Apabila kenyataan sebegini dikeluarkan oleh pemimpin dari geng - geng algojo maka rakyat satu malaysia akan terfikir UMNO/BN dalam keadaan Tunggang Terbalik ,ini kerana apabila ada dua berita yang bercanggah di laporkan dalam satu akhbar yang sama maka satu malaysia akan terfikir kelentong apakah yang sedang di reka oleh geng - geng algojo,maka adakah ini di katakan Rakyat di dahulukan? sedang rakyat yang rata - rata berpendidikan dan tak begitu banggang di kelentong kaw - kaw... sehingga sebegitu rupa.
Dah habis bab kecut masuk pula bab yakin,apa yang di yakini oleh UMNO/BN yang mereka akan memenangi Pilihanraya ini sedangkan Bilik gerakan mereka pun dah tak terurus tak ubah macam sarang tikus dan kempen mereka pun pun dalam keadaan yang tunggang - langgang ini semua di sebabkan janji - janji yang mereka tak tunaikan lagi semasa berjaya menguasai Manek Urai selepas Pilihanraya Umum 2004 walaupun tak berjaya menawan negeri Kelantan.Kekeringan Idea untuk berkempen dan membawa isu baru untuk di ketengahkan Dun Manek Urai memandangkan penduduk tempatan di situ mulai muak dengan agenda pembangunan yang sering diulang tayang.
Rakyat di DUN terbabit tahu sepanjang empat tahun diterajui UMNO/BN pada penggal lalu pembangunan yang dicanang tidak menjadi kenyataan.
Sebaliknya baru penggal menang, bekas ADUN Manek Urai, Zulkifli Omar sudah mampu membina banglow besar yang lengkap dengan dewan dan pejabat di tapak seluas kira-kira dua ekar di cabang tiga Sungai Sok .
Begitu juga bekas ADUN Dabong, Datuk Ramzi Abdul Rahman membina mahligai di pucak bukit di Jelawang, biar pun sepenggal menjadi wakil rakyat.
Itu belum lagi diambil kira dengan banyak projek terbengkalai yang telah dirasmikan menteri sebelum ini.
Pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua sehingga kini mungkin hanya berjalan 10 peratus, sedangkan bekas Perdana Menteri telah melakukan upacara pecah tanah lebih dua tahun lalu.
Begitu juga dengan projek jalan raya Kuala Krai – Kota Bharu yang diuar-uarkan menjelang pilihan raya umum lalu gagal menjadi kenyataan sehingga kini.
Sekarang geng - geng Algojo UMNO datang untuk berbudi pula dengan penduduk di Manek Urai dengan menabur lagi janji-janji pembangunan.
Sekiranya geng - geng algojo UMNO bersungguh-sungguh mahu melaksanakan projek pembangunan di Manek Urai, agenda itu sudah lama dilakukan memandangkan kedudukan DUN tersebut di bawah pentadbiran Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).
Pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua sehingga kini mungkin hanya berjalan 10 peratus, sedangkan bekas Perdana Menteri telah melakukan upacara pecah tanah lebih dua tahun lalu.
Begitu juga dengan projek jalan raya Kuala Krai – Kota Bharu yang diuar-uarkan menjelang pilihan raya umum lalu gagal menjadi kenyataan sehingga kini.
Sekarang geng - geng Algojo UMNO datang untuk berbudi pula dengan penduduk di Manek Urai dengan menabur lagi janji-janji pembangunan.
Sekiranya geng - geng algojo UMNO bersungguh-sungguh mahu melaksanakan projek pembangunan di Manek Urai, agenda itu sudah lama dilakukan memandangkan kedudukan DUN tersebut di bawah pentadbiran Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).
Jadi apa lagi modal yang nak di ketengahkan oleh geng - geng algojo UMNO/BN?sudah lah kalah dengan dengan aggregeat referendum rakyat sebanyak 6-1 lagi nak jual kelentong ke ? !!!
No comments:
Post a Comment