Sunday, June 14, 2009

BN Satu Malaysia Tunggang terbalik...tinggalkan UMNO sorang - sorang

Apakah Bahana nya yang melanda geng - geng yang satu Team dengan Geng - geng Al-gojo UMNO kali ini? apakah maknya di sebalik kata - kata Awang Selamat yang mungkin tak selamat mana.....kita layan je la Zzzzasssttt.......


BISIK-BISIK MINGGUAN AWANG SELAMAT - Utusan Merapu

Satu pungutan suara bertajuk "Adakah Perlu MCA Keluar BN ?" dalam laman blog Presiden MCA, Ong Tee Keat dalam versi Inggeris telah mencetuskan bantahan beberapa pihak termasuk UMNO.

Berdasarkan laporan akhbar, 76 peratus daripada responden dalam pungutan suara itu bersetuju bahawa MCA perlu keluar daripada BN.

Sudah pasti MCA akan melompat dan menjadikannya isu besar. Pada Awang dan ramai lagi, pungutan suara itu adalah sebahagian daripada muslihat MCA mahu menekan UMNO. Strategi sedemikian tidak akan berkesan kerana prestasi MCA merudum teruk dan gagal mengatasi pengaruh DAP yang begitu agresif. Kalau masyarakat Cina sudah menolak MCA, untuk apa lagi memberi muka kepada parti itu?

Malah jika MCA mahu meninggalkan BN, tiada apa yang perlu dibimbangkan. Dengan adanya MCA sekalipun, BN belum tentu dapat memenangi hati masyarakat Cina (termasuk pada pilihan raya umum depan). Sebaliknya UMNO akan sentiasa diasak untuk banyak mengalah kononnya atas nama perubahan.

UMNO mesti bersedia daripada sekarang menghadapi sebarang kemungkinan daripada percaturan politik parti komponen tertentu. Jika ada parti yang mahu keluar, usah ditahan. Biarkan sahaja...






Aku cukup setuju dengan awang,memang aku setuju giler punyalah kalau itu keputusan nya sebab aku teringat keluh -kesah geng -geng BN selepas Pilihanraya Umum 8 March yang lalu.Geng BN yang pertama mengugut akan keluar dari BN ialah GERAKAN kerana hilang keyakinan pada pimpinan Pak Lah setelah GERAKAN hilang kerusi dan hilang negeri kepada Parti komponen Pakatan Rakyat iaitu D.A.P,dan selepas itu sedikit demi sedikit pemimpin - pemimpin GERAKAN meninggalkan Parti dan Menyertai PKR atau pun D.A.P......baca lagi

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: