Lagu Janji dicapati

Loading...

Wednesday, June 10, 2009

Apa betul ke ni pak Din?bunyik nya macam nak "cover" Malu je.....



Best gak kalau dengar kenyataan Pak din nih...

PUTRAJAYA - "Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti semalam menunjukkan Barisan Nasional (BN) masih mempunyai kekuatan setelah undi yang diperoleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) merosot teruk.
Menurutnya, peratus keluar mengundi yang rendah dan terburuk dalam sejarah pilihan raya negara juga menandakan rakyat membuat protes dan sudah bosan dengan permainan politik pakatan pembangkang"



Persoalan nya di sini,Kalau undi PKR merosot teruk mengapa BN tak mahu bertanding di Penanti? Kenapa BN bertanding di Manek Urai? UMNO/BN akan terus mempertikaikan kemenangan Pakatan Rakyat sedang pada realitinya Rakyat memang dah muak dan jelak dengan janji - janji kosong dan budaya mengayakan puak dan keturunan sendiri yang di lakukan oleh Geng - geng algojo UMNO/BN.
Bila di pertikaikan mengapa tidak bertanding di Penanti BN kata Membazirkan wang rakyat,tapi sebenarnya UMNO/BN tak sanggup lagi menanggung malu dengan kekalahan demi kekalahan.




Tetapi apa yang dilihat disini sikap pengecut UMNO/BN yang enggan meletakkan Calon dengan alasan itu akan membazirkan wang rakyat dan mendedahkan bahawan SPR menghabiskan sebanyak RM400,000.00 dalam pilihanraya di Penanti,sedangkan jumlah itu jauh lebih kecil dari apa yang nak bandingkan dengan perbelanjaan yang di keluarkan oleh SPR ketika Pilihanraya kecil di Kuala Terengganu,Permatang Pauh,Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
jadi atas alasan apa Pak Din hingga terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian? adakah kerana mahu mengekal kan keyakinan ahli UMNO dan rakyat malaysia yang terjejas teruk akibat dasar satu Malaysia yang di laung kan oleh Najib?

Pak Din !! manek urai nampak macam nak kalah je......

http://www.pejuangpro-demokrasi.blogspot.com/

1 comment:

Anonymous said...

Pak Din bukan saja nak cover 'malu' saja ...
lebih dari itu nak sedapkan hati
sendiri yang gundah gulana
Pak Din tau kan
semangat PR nak meresap masuk
ke Johor
silap-silap kawasan Pak Din
kat Muar sendiri nanti tak
sokong Pak Din & UMeNO Bee End lagi

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: