Monday, October 11, 2010

Chegubard Mendahului Pencalonan Ketua AMK




Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shaharin mendahului pencalonan untuk pertandingan jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pusat.

Sehingga ini, beliau mendapat 35 pencalonan, manakala penyandang jawatan tersebut, Shamsul Iskandar Md Akin memperolehi 29 pencalonan.

Shamsul telahpun mengumumkan akan bertanding jawatan naib presiden PKR. Sehingga ini, beliau mendapat pencalonan kedua tertinggi (43) bagi jawatan naib presiden, di belakang ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (108).

Seorang lagi yang menawarkan diri bertanding jawatan tersebut - Rafizi Ramli yang juga bekas exco AMK - mendapat lapan undi.

Sumber-sumber parti memberitahu Malaysiakini, kedudukan tersebut berdasarkan keputusan mesyuarat agung 72 cabang AMK yang diserahkan secara kepada parti.

Sementara itu, empat orang calon menawarkan bertanding bagi jawatan timbalan ketua AMK pusat.

Setakat ini, ketua AMK Selangor Khairul Annuar Ahmad Zainuddin mendahului dengan 43 pencalonan.

Ini diikuti oleh ADUN Teja, Chang Lih Kang yang mendapat 20 pencalonan; naib ketua AMK pusat, Amiruddin Shari (8); dan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad (1). -Laporan Malaysiakin




Daripada MATC 72 cabang, Chegubard mendahului dengan 35 pencalonan manakala penyandang ketua AMK, Sam pula memperolehi 29 pencalonan.

Sam telah membuat pengumuman untuk bertanding jawatan naib presiden dan dengan langkah beliau ini, Sam mendapat jumlah kedua tertinggi bagi kedudukan pencalonan naib presiden dengan 43 undi - jauh lebih tinggi daripada pencalonan untuk ketua AMK. Ini bermakna hasrat akar umbi KEADILAN yang jelas mahukan Sam sebagai salah seorang naib presiden yang terpilih.



Telah diberitakan oleh Mat Saman Kati yang berkadar khabar angin bahawa Sam akan membuat pusingan u-turn bagi mempertahankan jawatan ketua AMK. Andainya keputusan Sam berpatah balik ini menjadi kenyataan, ia sama sekali akan mencalarkan imej seorang ketua pemuda yang seharusnya punya sifat berani berjuang dalam apa jua perlawanan, malah sikap gohead gostan tidak mungkin membawa Sam ke hadapan pada pemilihan akan datang.


Kalah di medan pertembungan naib presiden adalah lebih disanjung daripada tewas di gelanggang ketua AMK. Sam harus tekad dengan keputusannya untuk bertanding jawatan naib presiden kerana ia adalah langkahan terbaik apabila jumlah pencalonannya setakat ini adalah kedua terbaik dibelakang YB Kuantan. Sam harus yakin untuk meneruskan perjalanan untuk memenuhi kuota naib presiden sepertimana kita yakin Sam akan menang dengan bantuan anak-anak muda yang dipeloporinya sebagai ketua AMK, dan paling utama apabila Sam mendapat support yang solid dari komrad Chegubard.

Gandingan Chegubard dan Shamsul Iskandar adalah satu gandingan yang mantap, yang mampu menyaingi pasukan dream team yang gah pada nama-nama besar. Siapapun tidak boleh menafikan betapa gandingan Chegubard dan Shamsul Iskandar mampu membawa PKR menjadi kuasa baru parti politik tanah air menggantikan parti berteras assobiyah melayu UMNO. Chegubard menggalas cabaran hebat dalam menjadikan Angkatan Muda Keadilan sebagai satu gerakkan yang paling digeruni lawan, manakala Sam dengan kapasiti naib presedin akan memberi tekanan kepada kepimpinan utama supaya sentiasa hebat dalam landasan perjuangan yang tepat.

Walaubagaimanapun, calon underdog jangan sekali-kali dipandang enteng. Walaupun baru diperkenalkan dan menawarkan diri dalam jawatan ketua AMK di atas arahan Anwar Ibrahim, Calon elit juga mampu menjadi pesaing. Dalam pada itu, kita sentiasa mengharapkan perlawanan itu dilangsungkan di atas padang yang sama rata, tidaklah membukit di sebelah sana.


Seorang lagi calon ketua AMK yang menjadi salah seorang dari 'dream team' Anwar-Azmin iaitu Rafizi Ramli, hanya menjadi pilihan daripada 8 cabang sahaja. Ternyata anak-anak muda PKR lebih menghormati Anwar Ibrahim sebagai 'bapak' yang menerajui PKR dan juga Pakatan Rakyat, tetapi memilih untuk lebih berdemokrasi dalam menentukan siapakah calon yang paling ideal untuk jawatan ketua AMK.

Rafizi harus mengambil peluang untuk belajar mendekati akar umbi bagi memperolehi lebih sokongan dan menimba lebih pengalaman dalam perjuangan PKR sebelum benar-benar bersedia untuk menawarkan diri sebagai seorang calon yang berdaya saing atas kekuatan sendiri.



Kebergantungan Rafizi terhadap kempen 'dream team' Anwar-Azmin menjadikan Rafizi sebagai calon yang tidak popular di kalangan ahli PKR yang rata-ratanya tidak mudah terpengaruh dengan tekanan seumpama 'yes boss'. Situasi sihat seperti ini menjadikan PKR sebuah parti rentas kaum yang memntapkan erti sebenar demokrasi.




Calon yang masuk gelanggang untuk kali kedua iaitu Hasmi Hashim tidak pula diberitakan sebarang pencalonan. Pencerahan yang cuba dibawa oleh Hasmi ditunjukkan jalan buntu oleh para ahli setiap cabang yang setakat ini 72 telah bersidang. Pencerahan yang dicari agak merundum kerana cuaca selalu mendung dan gelap di kebanyakkan tempat sejak akhir-akhir ini.

Jawatan ketua AMK kali ini adalah yang terpenting lagi kritikal bagi memastikan gerak-kerja pemuda dapat dimobilisasi dengan penuh tersusun dan bergerak sebagai batalion-batalion berani mati bagi menumbangkan sebuah kerajaan legasi penjajah! Justeru, pilihlah yang terbaik dari kalangan terbaik .

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: