Saturday, October 9, 2010

MANA KEBEBASAN?

Perancis haramkan pemakaian Burqa dan Niqab..

Majlis Perlembagaan Perancis, semalam meluluskan undang-undang mengharamkan pemakaian burqa dan niqab di tempat awam di negara ini, selepas Dewan Senat dan Dewan Perhimpunan Kebangsaan sebelum ini meluluskan undang-undang tersebut, yang dikatakan bertujuan melindungi hak wanita.Ia merupakan peringkat akhir pelaksanaan undang-undang kontroversi itu yang dijangka dikuatkuasakan pada awal tahun depan.

Kajian Kementerian Dalam Negeri Perancis menyatakan, seramai 1900 orang wanita yang mengenakan burqa di negara yang mempunyai penganut agama Islam seramai 5 juta ini dan merupakan yang tertinggi dalam Kesatuan Eropah. Alasan utama ialah untuk memberikan keselamatan kepada warga Perancis dan juga menjamin hak-hak wanita.Rasanya negara eropah yang sering mempunyai masalah dengan masyarakat Islam ialah Perancis. Beberapa tahun sebelum ni kecoh dengan arahan kerajaan supaya pelajar sekolah diharamkan daripada memakai tudung. Kali ini wanita pulak diharamkan memakai burqa di tempat-tempat awam. Tapi secara mudahnya, undang-undang baru ini disasarkan kepada wanita muslim yang memakai burqa walaupun tak dinyatakan secara jelas Siapa lagi yang pakai burqa kalau bukan wanita muslim ye tak? Tak faham dengan dunia barat ni?

Mereka yang melaungkan slogan kebebasan beragama serta hak wanita sebelum ini. Namun kini mereka juga yang mencemarkannya. Satu persatu undang-undang cuba diwujudkan. Tak tahu apa motif sebenar. Atau pun semata-mata untuk menyekat perkembangan pesat agama Islam di sana. Sebab makin ramai tau yang peluk Islam sekarang.Jika itu kehendak mereka, biarkan sahaja. Mungkin ia dah menjadi satu budaya kepada mereka untuk mengenakan burqa. Lagipun kebanyakan orang Islam Perancis mungkin berasal daripada timur tengah dan pemakaian burqa memang sinonim dengan orang sana. Dengan terlaksananya undang-undang ini, ia pasti akan menaikkan kemarahan umat Islam seluruh dunia..

BANTAH TETAP BANTAH.. LAWAN TETAP AWAN..


ALLAHUAKBAR.. ALLAHUAKBAR.. ALLAHUAKBAR..

ALLAHUAKBAR.. ALLAHUAKBAR.. ALLAHUAKBAR..

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: