Saturday, May 29, 2010

MEB di kritik hebat ini bermakna Mat Monggol dah kelentong 1 malaysia

Dua bekas pegawai tinggi kerajaan kritik MEB


Kongres Ekonomi Bumiputera di ibunegara hari ini panas apabila Model Ekonomi Baru (MEB) yang disusun oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negera (MPEN) telah dikritik oleh dua bekas pegawai tinggi kerajaan pusat kerana "tidak mengutamakan agenda bumiputera".

Mereka ialah bekas timbalan ketua pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia, Senator Datuk Akbar Ali dan bekas ketua pengarah Unit Perancang Ekonomi (UPE) Datuk Halipah Ali.

"Model ekonomi baru adalah dokumen MPEN yang belum diterima oleh kerajaan.

"Ia menyerang bangsa Melayu dan Dasar Ekonomi Baru (DEB)... MPEN kena berpegang kepada kekuatan sendiri, bukan kelemahan orang lain," kata Akbar disambut laungan beberapa peserta "bakar buku itu" dan "buang buku itu".

Modul itu kini dibukukan sebagai cadangan kepada kerajaan dan kulitnya berwarna merah.

Akbar mengulas pembentangan kertas kerja oleh Ketua Setiausaha MPEN, Prof Dr Normah Mansor bertajuk "Agenda Melayu Dalam Model Baru Ekonomi" di Dewan Tun Hussein PWTC.

Kongres anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) itu dihadiri oleh kira-kira 300 peserta hadir yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Akbar berkata, MPEN perlu bersikap adil kepada DEB agar tidak mengutuk atau menyalahkan DEB untuk menggalakkan model baru ekonomi.

Katanya MEB adalah pandangan MPEN dan beliau bimbang sekiranya modul tersebut digunakan sebagai senjata untuk menumbangkan kerajaan dan menjadi alat baru untuk menjajah bumiputera.

Sehubungan itu, beliau menggariskan langkah dengan menjadikan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai sumber penggubalan MEB demi menjamin kesejahteraan dan kualiti rakyat.

Beliau juga mencadangkan agar dihapuskan diskriminasi terhadap bumiputera dan menyusun semula guna tenaga dan kekayaan negara.


Manakala Halipah yang turut membahaskan kertas kerja tersebut, juga mengkritik modul MEB.

"Saya tidak nampak agenda bumiputera (dalam MEB). Tidak diberi tempat.

"Dalam lapan SRI (strategic, reform, initiative) dalam MEB, tidak letak agenda bumipoutera sebagai keutamaan," katanya.

Dalam menghadapi cabaran ekonomi hari ini, beliau menggesa agar agenda bumiputera perlu dizahirkan dengan meningkatkan kapasiti dan kebolehan yang tinggi.

Sehubungan itu, katanya, MEB dan Rancangan Malaysia ke-10 perlu lebih perkasa dengan menitikberatkan pendidikan dan latihan serta kouta biasiswa perlu diteruskan.

Sementara itu, pengerusi MPM, Datuk Ibrahim Ali ketika ditemui pemberita berkata agenda bumiputera mesti diutamakan dan menjadi agenda nasional.

"Kedua pembahas menimbulkan kesangsian (terhadap) model ekonomi baru.

"Agenda bumiputera tidak dijelaskan atau kabur dan tidak dititikberatkan, seolah-olah menyalahkan dasar kerajaan itu tidak benar," katanya.

Tapi apa yang pasti hujah mangkuk ayun ni memang tak boleh pakai,katak kodok mana boleh percaya.Ini haram jadah sudah jadi itu pencacai mencium bontot mahafiraun,mat monggol dan si say fool,macam nak percaya.

Ini bermakna 1 malaysia dah kena kelentong giler babi dek isteri rosmah.rasanya masih ingat lagi Mat Monggol pernah cakap dalam TV3 suku yang mana "our economy is fundamental and strong" makna nya kelentong giler babi tu semua.



No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: