Tuesday, May 4, 2010

Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) secara rasmi sertai Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR, 20 April — Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) telah menyertai Pakatan Rakyat secara rasmi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Anwar (gambar) yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Anwar berkata, tugas pertama parti itu ialah menyokong calon DAP yang akan bertanding di kerusi Parlimen Sibu.

SNAP adalah antara parti tertua di Sarawak dan pernah menjadi anggota Barisan Nasional (BN) sebelum menjadi parti pembangkang.

Ahad lalu, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat berjumpa di Sibu bagi memeteraikan kerjasama dengan SNAP.

Pakatan Rakyat yang ditubuhkan selepas pilihan raya umum 2008 kini dianggotai oleh PKR, PAS dan DAP.

Penyertaan satu lagi parti politik ke dalam Pakatan Rakyat dijangka akan memberikan sokongan moral yang besar kepada PKR yang sedang menghadapi pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Pengerusi SNAP kini ialah Edwin Dundang yang menyebabkan penyingkiran dari BN pada 2006 dan telah bertanding dalam pilihan raya negeri Sarawak 2006 dengan tiket sebagai pembangkang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 8 Mei sebagai tarikh hari penamaan calon manakala 16 Mei hari pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu.

Bertambah satu lagi ahli keluarga Pakatan terutama dis Sarawak selain SAPP dan PSM,hah BN ada Brani kaa.............

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: