Tuesday, May 11, 2010

Tiada Perisik MOSSAD Israel ? Dokumen ini telah menceritakan sebaliknya


Cuba bezakan kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Abu Seman yang menafikan penglibatan dua anggota perisik Israel dalam 'Police Reporting System' (PRS) dengan dokumen mengenai Cadangan menamatkan kontrak-kontrak Projek 'Police Reporting System' dibawah..

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) - Kementerian Dalam Negeri Selasa menafikan penglibatan dua anggota perisik Israel dalam projek "Police Reporting System" (PRS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti yang didakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Menterinya Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata siasatan dalaman yang dilakukan PDRM mendapati kesemua pekerja yang terlibat dalam pembangunan projek PRS terdiri daripada warga tempatan kecuali seorang warga India.

"Projek PRS adalah berkaitan sistem menerima laporan polis melalui sistem komputer yang dibekalkan di balai-balai polis di seluruh Semenanjung Malaysia melalui tiga fasa mengikut zon dan sistem PRS bagi Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan dalam fasa keempat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 pada peringkat jawatankuasa bagi kementerian berkenaan.

Anwar, dalam perbahasan di Dewan Rakyat Selasa lepas, mendakwa beliau mempunyai dokumen bahawa perisik Israel mempunyai akses kepada maklumat strategik negara melalui syarikat Asiasoft (M) Sdn Bhd yang merupakan subkontraktor bagi projek menaik taraf sistem komunikasi dan teknologi PDRM.

Abu Seman berkata fasa pertama dan kedua projek itu dibuat oleh Sapura System Sdn Bhd (SSSB) dan fasa ketiga pula dibangunkan oleh Masterplan Consulting Sdn Bhd (MPC) yang telah melantik subkontraktor iaitu Asiasoft (M) Sdn Bhd bagi melaksanakan sebahagian aplikasi sistem PRS, di mana saham syarikat itu 70 peratus daripadanya dimiliki oleh rakyat Malaysia dan bakinya dimiliki Asiasoft (S) Pte Ltd.

"Semua pekerja yang terlibat adalah terdiri daripada warga tempatan dan tidak ada sama sekali pekerja-pekerja dari Asiasoft (S) Pte. Ltd," katanya.

Bagaimanapun selepas Ogos 2007, Abu Seman berkata 100 peratus saham milik Asiasoft (S) Pte Ltd telah diambil alih oleh Asiasoft Global Pte Ltd yang berdaftar di Singapura dan bukannya di Tel Aviv, Israel.

Beliau berkata saham syarikat Asiasoft Global Pte Ltd dimiliki seorang rakyat Singapura iaitu Toh Kian Hong sebanyak 49 peratus, manakala bakinya dimiliki Top Image Systems Ltd (TIS) yang mana dua daripada anggota lembaga pengarahnya adalah rakyat Israel.

"Kebimbangan kehadiran perisik Israel ini mula timbul bila ada peralihan saham itu, tetapi projek fasa tiga telah disiapkan pada Oktober 2006 iaitu sebelum penstrukturan semula pada Ogos 2007, jadi tidak ada kemungkinan terlibat perisik Israel dalam projek RPS.

"Melalui siasatan dalaman PDRM juga, MPC telah memaklumkan bahawa mereka telah menamatkan perkhidmatan subkontraktornya iaitu Asiasoft (M) Sdn Bhd pada 31 Dis 2008," katanya..

Untuk berita penuh sila baca di sini.

Kemudian lihat pula dokumen dibawah dan nilailah sendiri kenyataan Abu Seman itu....


PRS Cancellation Doc 1



PRS Cancellation Doc 2



PRS Cancellation Doc 3



PRS Cancellation Doc 4



PRS Cancellation Doc 5



PRS Cancellation Doc 6

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: