Sunday, May 16, 2010

MP/ADUN PKR yang LOMPAT mengkianati Anwar/PR

"PKR terus ditimpa bencana demi bencana konflik dalaman dengan beberapa MP dan ADUN bertindak keluar parti atas alasan yang pelbagai dan tidak munasabah.Mereka-mereka yang keluar ini langsung tidak berfikiran matang tanpa memikirkan kesan panjang kepada PR.Kini kerusi parlimen PKR dalam dewan rakyat hanya tinggal 24 kerusi sahaja dengan kehilangan satu kerusi di kawasan parlimen Hulu Selangor apabila kalah kepada UMNO-BN dalam PRK kawasan tersebut baru-baru ini.

Namun Dato Seri Anwar tetap diangkat sebagai ketua pembangkang di dalam dewan rakyat atas kesepakatan PAS dan DAP walaupun PKR kini mempunyai majoriti yang kurang dari DAP.Itulah yang dinamakan kesepakatan yand kukuh diamalkan oleh PR.Ia secara tidak langsung menggagalkan usaha kerajaan UMNO-BN untuk menurunkan Anwar dari jawatan ketua pembangkang.Keberanian Anwar dalam mendedahkan segala kepincangan dan penyelewengan dalan pentadbiran kerajaan BN membuatkan mereka seperti cacing kepanasan untuk berhadapan dengan hujah-hujah dari Anwar. Anwar memainkan peranan begitu berkesan sebagai ketua pembangkang. Kehadiran semula Anwar dalam dewan rakyat menjadikan dewan rakyat berfungsi dengan sepenuhnya.

Berbagai alasan dan tuduhan negatif yang dilemparkan terhadap kepimpinan tertinggi parti yang diwujudkan oleh mereka yang bertindak keluar dari PKR. Sebenarnya mereka inilah yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan penat lelah rakan-rakan dalam PR yang berkempen serta memberikan sokongan padu kepada mereka ini semasa PRU 12 yang lepas sehinggakan membawa kejayaan besar kepada PKR-PR.

Tidakkah mereka-mereka ini sedar tentang pengorbanan besar dari Dato Seri Anwar yang turun padang memberi ceramah untuk memasti dan meyakinkan para pengundi untuk memilih mereka sebagai wakil dalam dewan rakyat.Dato Seri Anwar tanpa memikirkan penat dan lelah telah menjelajah ke seluruh negara untuk berkempen bagi memastikan kemenangan calon-calon PKR-PR. Perlu diakui oleh mereka yang melompat keluar ini bahawa tanpa aura dari DSAI pasti mereka tidak akan menang dalam PRU 12 yang lepas.Mereka tidak akan dipilih tanpa sokongan dan dokongan rakan dari PR.

Jika mereka bercerita tentang pengorbanan mereka sejak awal penubuhan PKR bagaimana pula dengan orang lain?Bagaimana pula pengorbanan besar DSAI yang difitnah serta diaibkan,dipukul,dipenjara dan terpaksa berpisah dengan isteri dan anak-anak yang sememangnya memerlukan kasih sayang seorang ayah ketika itu.Namun Anwar menerima semua itu sebagai ujian buat dirinya dalam perjuangan membawa perubahan yang lebih baik terhadap rakyat dan negara.Dimanakah sifat belas dan ihsan mereka ini terhadap DSAI yang kini dalam keadaan teraniaya dan tertekan dengan fitnah besar kedua yang dihadapi beliau yang.Adakah mereka yang lompat keluar ini boleh menyamakan pengorbanan mereka dengan DSAI?Tentu sekali tidak layak bagi mereka.Apa yang mereka tahu adalah menambahkan beban yang ditanggung oleh DSAI sejak 12 tahun yang lalu.

Kini mereka mahu melemparkan tuduhan yang negaitf terhadap individu yang telah banyak berkorban.Adakah itu adil bagi mereka?Dimanakah mereka-mereka ini menilai sudut perjuangan yang sebenar dalam politik?Adakah sogokan dan kebendaan membuatkan mereka ini lupa daratan hingga ke tahap yang memalukan diri?Nilai mereka di mata rakyat yang sudah semakin matang terhadap isu politik adalah begitu randah sekali.Dan tunggulah nasib mereka pada PRU-13 nanti.

Perbuatan mereka yang melompat ini adalah jelas mengkhianati perjuangan rakan-rakan PR terutama sekali DSAI selaku penasihat PKR.Kemenangan mereka dalam PRU-12 bukanlah dari diri mereka tetapi dari kerja keras dan sokongan rakan-rakan dalam PR.Jangan mengatakan mereka orang lama dalam PKR dan lebih berjasa tetapi jelas mereka ini bukan ahli politik yang tidak matang dan profesional.Hanya mementingkan kehendak dan selera sendiri sahaja dalam perjuangan serta mahukan publisiti murahan.

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: