S. Vell Paari yang merupakan anak Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menuduh UMNO menggunakan 'pembunuhan politik' (political assassin) untuk memecahbelahkan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu. Sambil merujuk kepada desas-desus mengenai kewujudan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) mendapat restu daripada pemimpin tertinggi UMNO, Vell Paari yang juga Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC menyelar UMNO kerana memulakan satu tindakan yang berbahaya. Menurutnya UMNO lah yang akan menentukan siapa yang patut menjadi presiden, timbalan presiden dan sebagainya.
Anak Samy Vellu pertahan dakwaan terhadap United MuNkEeE
KUALA LUMPUR, 26 Mei — S. Vell Paari, anak Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu mempertahankan tuduhannya kelmarin bahawa Umno menjadi punca kepada masalah dalam MIC termasukApa yang saya perkatakan adalah isi hati bukan Melayu... untuk itu, jika Tan Sri Muhyiddin mengatakan saya biadap, saya dilabelkan biadap, biarkan, kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Australia.
Saya masih berpegang kepada apa yang saya cakap,” kata beliau ringkas.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh Vell Paari kononnya Umno menjadi punca kepada masalah dalam MIC, sebagai sesuatu yang biadap.
Timbalan Perdana Menteri menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan meminta Vell Paari, anggota terbaru yang dilantik menyertai Jawatankuasa Kerja Pusat MIC supaya menghentikan tindakan tidak bertanggungjawabnya itu.
Umno ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan oleh anak Samy Vellu itu. Ia adalah sesuatu yang biadap, katanya.
Vell Paari mendakwa Umno menggunakan pendekatan pembunuhan politik untuk memecahbelahkan MIC.
Wak Din Freddie Krueger : Anak Samy Vellu jangan biadab![]() Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, tindakan Vell Paari itu perbuatan yang tidak adil dan tidak bertanggungjawab. “Saya percaya Samy Vellu boleh menasihatkan anak beliau agar tidak mengeluarkan kenyataan seperti ini dengan mudah dan terlepas cakap yang menyentuh perasaan kepimpinan parti-parti yang lain” katanya pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra bersama warga pendidik Daerah Muar dan Ledang sempena Hari Guru 2010, di sini. Muhyiddin turut menafikan sekeras-kerasnya bahawa UMNO terlibat dalam menggulingkan Presiden MIC itu seperti yang didakwa Vell Paari yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat MIC. Beliau melihat kenyataan Vell Paari itu mempunyai ‘kepentingan’ kerana jawatan yang disandang bapanya. Beliau, kepimpinan BN sedaya upaya menjaga kepentingan semua pihak dengan mencari jalan penyelesaian bukannya menambah lebih banyak masalah. Vell Paari yang mengeluarkan kenyataan ketidakpuasan mengenai kewujudan desas desus Gerakan Anti Samy Vellu mendapat restu dari kepimpinan Tertinggi UMNO dalam wawancara di laman Free Malaysia Today, kelmarin Muhyiddin bagaimanapun tidak mahu memberi komen mengenai kepincangan yang berlaku dalam MIC, kerana ia membabitkan hal dalaman parti dan mengingatkan pucuk pimpinan parti itu membuat keputusan berlandaskan keadilan dan perlembagaan parti. |

Bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S Subramaniam, berkata beliau bersimpati dengan timbalan ketua Pemuda MIC Malaysia yang baru dipecat, V Mugilan tetapi menafikan mereka bekerjasama menubuhkan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS). Subramaniam mendakwa, Samy Vellu telah memecat kira-kira 100,000 ahli parti selama lebih 30 tahun beliau menjadi presiden."Lagi cepat pertukaran kuasa berlaku lagi baik untuk MIC," katanya.

Bagaimana pula dengan Dr Koh Tsu Koon dengan Gerakan, takkan nak kekalkan untuk lebih berdaya saing bagi menghadapi DAP di P.Pinang. Perlukah Gerakan pula bermain pedang dan wushu selepas ini? Rasa-rasanya PPP pun tunggu masa je tu?
No comments:
Post a Comment