Friday, May 14, 2010

Wee Choo Keong Akhirnya meninggalkan perjuangan

y



Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat tetapi mengekalkan kedudukannya sebagai ahli parlimen.

Beliau membuat pengumuman itu pada sidang media secara tergesa-gesa di pusat khidmatnya di Wangsa Maju di sini, hari ini dan menyatakan keputusan berkenaan berkuat-kuasa hari ini.

Dia memang dijangka meninggalkan parti berikutan banyak tindak tanduknya membelakangkan perjuangan rakyat yang menjadi asas PKR, antaranya menyertai rombongan UMNO dan Barisan Nasional ke Amerika Syarikat baru-baru ini.

Choo Keong bagaimanapun kekal sebagai Ahli Parlimen bebas, menyertai beberapa lagi Ahli Parlimen PKR yang mengambil keputusan sedemikian sebelum ini.

Lantaran daripada itu, kerusi Pakatan Rakyat dalam Dewan Rakyat telah berkurang kepada 76. PR yang memperolehi 82 kerusi pada PRU ke-12 telah kehilangan lima kerusi apabila ahli parlimennya keluar dari parti, bermula dengan Ibrahim Ali (Pasir Mas-PAS), disusuli Zahrain Hashim (Bayan Baru-PKR), Tan Tee Beng (Nibong Tebal-PKR), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai-PKR), dan kini Wee Choo Keong (Wangsa Maju-PKR, gambar kanan).

PR berjaya merampas satu kerusi daripada BN dalam PRK Kuala Terengganu pada tahun 2009, tetapi kehilangan satu kerusi dalam PRK Hulu Selangor, baru-baru ini. Sementara itu, PR kehilangan satu kerusi lagi apabila PKR mengambil tindakan disiplin terhadap ahli parlimen Kulim Bandar Bahru, Zulkifli Nordin yang membuat laporan polis terhadap pemimpin PAS, Khalid Samad yang juga ahli parlimen Shah Alam.

Dengan kata lain, PR kini hanya memiliki dua kerusi lebihan, sebelum jatuh ke paras satu pertiga (74 kerusi) dalam dewan rakyat. Tetapi, seandainya DAP-PR menang dalam PRK Sibu pada hari pengundiannya, maka PR akan bertahan dengan 77 kerusi.

Perlu diingatkan juga bahawa sekurang-kurangnya dua orang ahli parlimen PR telah disabitkan kesalahan, yang bakal membawa kepada kehilangan kelayakan ahli parlimen. Tian Chua (Batu-PKR) dan N.Gobalakrishnan (Padang Serai-PKR, gambar kiri) telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah, dan kini berada dalam peringkat rayuan

Lebih awal lagi di laporkan berita bahawa Wee Choo Keong bakal mengisytihar dirinya "bebas" pada 16 April 2010, menjelang PRK Hulu Selangor. Wee Choo Keong bagaimanapun enggan mengesahkan khabar tersebut.MerdekaReview melaporkan bahawa Wee Choo Keong menuding jari kepada Little Napoleon dalam DAP dan PKR, yang kononnya menyebarkan desas-desus bahawa dirinya akan keluar parti

Wee Choo Keong 57, pernah menjadi ahli parlimen Bukit Bintang pada tahun 1990, kemudian terjerat ke dalam kes MBF yang berakhir dengan pelucutan kelayakannya sebagai ahli parlimen pada tahun 1995. Kes perbicaraan yang sarat dengan pertikaian ini merupakan punca nama Wee Choo Keong menjelma semula pada tahun 2007, dalam skandal "Lingam tape".

Wee CK dipecat oleh DAP pada tahun 1998, atas tuduhan terlibat dalam konspirasi "Kick Off Kit Siang" (KOKS) ketika itu. Beliau telah menubuhkan Parti Demokratik Malaysia (Malaysian Democratic Party, MDP) pada tahun 2 Mei 1999, namun kecundang di semua kawasan yang dipertandingkan dalam PRU ke-10 dan ke-11. Dalam PRU ke-12, Wee CK bertanding di Wangsa Maju dengan menyarung jersi PKR tanpa MDP dibubarkan.

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: