Sunday, June 27, 2010

40 orang je ker?? ini ulamak atau penyangak???



Selalunya yang biasa kita dengar pada angka 40 orang dalam kisah - kisah penceritaan barat yang di himpun kan dalam "the arabian nights" ataupun kisah - kisah hikayat sastera arab yang yang di karyakan oleh abu nuwas sebagai " hikayat 1001 malam" yang merujuk kepada kisah Ali baba dan 40 penyamun seperti yang di pentas kan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee iaitu Ali baba Bujang lapok.

Seperti juga pementasan kisah kerajaan dua butir yang bersidang di bawah pokok kini hadir pula kisah geng 40 penyamun yang di rembat dek ali baba mat monggol.Spereti yang sebelum ini kata mereka ada 100 tapi kali ni angka 40 di pilih sebagai nombor wahid oleh isteri rosmah.

cuba lah pilih nombor lain ke,apa dah takde nombor yang sesuai ke?? amik lah no.39 ke...42 ke? 55 ke?.....kenapa angka 40 yang di pilih????




Kita cukup hairan yang di umumkan adalah Dr.Asri tapi yang datang tapi orang lain pulak yang muncul.Wah ! nampaknya United MuNkEeE punya bermacam - macam warna politik dari MuNkEeE hinggalah ke penyamun ada,penyangak menyamar jadi penyangak pun ada.

Persoalannya di sini apa yang mampu di lakukan oleh geng 40 ni dalam menjadi kan United MuNkEeE sebagai parti yang akan memartabatkan islam? Kerana ini selama nama - nama seperti Ustaz Pirdaus dan Ustaz Ridhwan yang menjadi Ulama dalam berada United MuNkEeE apakah perubahan yang di lakukan dalam UMNO dalam menegak kan syariat islam??

Pada ketika Pemimpin - pemimpin seperti Dr.Abdul Rahman bekas Ahli Parlimen Gombak menjalinkan hubungan sulit dengan ketua wanita UMNO selangor yang masih lagi berstatus suami orang, dimanakah Ustaz - Ustaz United MuNkEeE ini?

Itu tak termasuk Rasuah politik yang terang - terangan berlaku di depan mata dan segala kemungkaran yang di lakukan oleh tangan - tangan geng United MuNkEeE tapi dibiarkan sahaja oleh Ustaz - Ustaz UMNO ini.

Baru - baru ini Dunia politik tanah air di kejutkan dengan Budaya Politik Seks yang di amalkan oleh Puteri - puteri UMNO yang menjadikan batang tubuh mereka sebagai galang ganti untuk menikmati jawatan - jawatan dalam UMNO.


Ini di akui oleh pemimpin - pemimpin Puteri MNO sendiri seperti exco puteri UMNO Datin Ismalina yang menasihatkan mana pemimpin UMNO agar tidak menjadikan gadis - gadis puteri UMNO sebagai tempat untuk melampiaskan Nafsu serakah demi menawarkan sebarang penajaan keatas sesuatu pertandingan atau jawatan kepada Puteri UMNO kedalam Parti.....



dan juga di akui oleh naib ketua puteri UMNO iaitu YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mengingatkan ahli - ahli Puteri agar tidak menjadikan "batang tubuh" mereka sebagai modal untuk mendapatkan mana - mana jawatan dalam Parti...



Ketika kemungkaran demi kemungkaran ini terjadi dimana kah suara Ulama - Ulama UMNO? Mana Ustaz Pirdaus? Mana Ustaz Ridhwan? Mana Dr.Mashitah Ibrahim? Itu belum campur dengan rasuah,salah guna kuasa,rembat duit rakyat.

Dan Isu yang paling terbesar sekali ialah pada ketika UMNO di lihat telah bersengkongkol dengan Musuh - musuh islam seperti Yahudi dan Israel apabila membenarkan syarikat APCO yang menjadi perunding imej negara ini.

Ini ditambah dengan pencerobohan dua agen perisikan israel ke ibu pejabat polis di bukit Aman dan di akui oleh Pengarah Logistik PDRM sendiri.Sehingga Ke tahap itu pun apakah yang mampu di lakukan dan di perkatakan oleh Ulama UMNO?

Sedangkan Kemungkaran tersebut pun di "bisu" kan oleh Ulama - Ulama UMNO seperti Ustaz Pirdaus dan Dr.Mashitah inikan pulak beberapa nama yang tak sampai 4o orang yang kurang di kenali seperti :

Dr Hamid Othman (bekas Prof Madya UKM BA Azhar, Phd UK) , Dr Abdullah Mohd Zin (bekas Prof Universiti Sains Islam Malaysia USIM, BA Madinah, Phd UK), Dr Yusof Nor (bekas Prof Madya UKM, Phd Mesir), Brg Jeneral Hamid Zainal Abidin, Dr Ismail Mat (UKM), Ustaz Nakhaei Haji Ahmad yang baru menyerahkan borang menyertai UMNO mahu mencegah kemungkaran dalam UMNO.

lagi kena tibai dek Mama Penguin adalah.Dan konpom takde yang berani nak tegur kenapa mama penguin tak pakai tudung kan..kan...kan....

Justeru itu kita tidak hairan ketika kapal UMNO hendak tenggelam dan penyakit barah UMNO sudah sampai kepada peringkat keempat untuk ditalqinkan, tiba-tiba ada mereka yang berlatar belakang agama bersama-sama dengan UMNO untuk karam sama.



Sebab itu "bayarlah" walau seribu Ulama sekali pun yang akan menyertai United MuNkEeE,tiada apa yang perlu di gentar kan oleh Pakatan Rakyat.kalau beribu-ribu Ulama menyertai UMNO pun Pakatan tidak hairan, lebih-lebih lagi yang menyerahkan borang semalam adalah mereka yang tidak diketahui langsung dari mana kedudukan mereka di tengah-tengah masyarakat.

sesiapa sahaja yang memimpin UMNO, PAS dan Pakatan akan tentang selagi mempertahankan dasar UMNO yang membawa perkara mungkar dan mengkhianati amanah negara dan rakyat.

PAS dan Pakatan, jelas tidak pernah berundur walau setapak untuk menyatakan UMNO parti yang tidak betul.

Kita yakin mereka yang berlatar belakang agama dalam UMNO tidak ke mana akhirnya kerana hanya akan menjadi kupang tembaga yang digunakan ketika hendak melawan hujah PAS.Itu pun bukan secara berdepan.

Mereka hanya berani bercakap ketika seorang diri tanpa di pihak lawan. Beberapa kali PAS ajak berdebat sampai hari ini tidak pernah disahut Oleh UMNO.Kerana kita yakin bahawa UMNO bukan tempat untuk orang agama berjuang.

Sebab antara fakta yang terbaru tentang ulama - ulama UMNO ialah tentang Fathul Bari Mat Jahya yang baru menyertai UMNO pernah ditangkap oleh sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Hah Ehwal Agama Islam N.Sembilan dan polis kerana mengajar di N.Sembilan tanpa tauliah.

Woitt!! Ini Ulamak atau Penyangak??

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: