Geng - geng Perkasa mahu Wee Ka Siong di tahan di bawah I.S.A kerana mempersoalkan pemberian biasiswa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan MARA tetapi Ketua Pemuda UMNO,Khairy memberitahu pemberita bahawa Wee tidak mempersoalkan hak orang Melayu ataupun menyarankan supaya biasiswa Mara diberhentikan, dan menegaskan bahawa Ibrahim yang salahfaham dengan maksud Wee.
Wee pula menjelaskan bahawa pernyataannya tidak mempersoalkan biasiswa Mara kerana jika kerajaan menghentikan pemberiaan biasiswa JPA tetapi mengekalkan biasiswa Mara, maka ianya tidak selaras dengan konsep 1Malaysia yang dipromosi oleh kerajaan APNO.
Tetapi apa yang nak di "hangin"kan dek geng - geng Perkasa.Tetapi apa yang nak di persoalkan di sini kita lihat betapa bangangnya geng - geng Perkasa apabila mula melalut - lalut apabila mahu menuntut supaya Wee Ka Siong di tahan di bawah I.S.A.
Perhatikan betapa Bangangnya kepala Hotak Geng - geng Perkasa
1. Biasiswa adalah bantuan pelajaran untuk insan menimba ilmu di menara gading tanpa mengira perbezaan kaum.Ini jelas menunjukkan Biasiswa tak ada kena mengena dengan dengan hak - hak melayu kerana ia adalah tuntutan semua insan kurang mampu yang perlukan bantuan untuk menimba ilmu.
2. Perkasa cuba mempolitikkan hal biasiswa dengan cuba membabitkan ia dengan perkara perlembagaan seperti Artikel 152 sedangkan mangkuk - mangkuk ayun ini sengaja tutup mata apabila selama ini bantuan pelajaran melalui PTPTN hanya di beri kepada anak - anak geng United MuNkEeE .
3. Sejak bila pulak geng - geng mangkuk ayun ni pandai pulak nak bercakap pasal perlembagaan? sejak bila pulak baru pandai nak buat tuntutan 152?
Macam mana dengan artikel 72(1) ? apabila mahkamah menceroboh hal - hal yang berkaitan dengan Dewan Undangan Negeri seperti yang berlaku di Perak?
Dimana Perkasa?
4. Bagaimana dengan Artikel 10(2) yang menyentuh tentang hak kebebasan berhimpun dan mengadakan tunjuk Perasaan sehingga di nafikan oleh geng - geng bangang ini sebagai "bukan budaya kita"
5. I.S.A tu adalah akta warisan british yang mana sebelum ini nama asalnya adalah "Emergency Ordinance" yang mana pada asalnya ianya di gunakan untuk mengekang pemberontakan komunis dan sepatutnya ia hanya di kuatkuasakan pada masa darurat sahaja.
6. I.S.A telah menghina martabat manusia di muka bumi bak kata Tuan Guru Nik Aziz, macam la dah takde akta lain selain akta yang menjadi tiang gol terakhir United MuNkEeE.
Woitt!!! tak payah cakap hak melayu lahh!!!!!
Bila hartanah melayu di Kampung baru di umumkan untuk di jual kepada jutawan bukan melayu takde pulak mangkuk ayun - mangkuk ayun ni nak bersuara????
Bila orang melayu kampung berembang dan kampung Rimba jaya di usir macam anjing takde pulak mangkuk ayun ni nak bising - bising?
Bila orang melayu kampung berembang dan Rimba Jaya di sepak terajang dek polis,FRU dan SB - SB ada haram jadah - haram jadah ni nak bersuara pasal hak melayu dan artikel 152?
bangang yang tak sudah - sudah
No comments:
Post a Comment