Monday, June 28, 2010

PKR yang di rombak apasal UMNO yang terlompat - lompat?



Naib Presiden PKR Azmin Ali dilantik sebagai pengerusi majlis pimpinan negeri Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkuatkuasa serta merta.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan pusat parti itu di Shah Alam hari ini.

Menurut Wan Azizah, rombakan itu dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan tugaskan kepada usaha pentadbiran kerajaan negeri.

"Ini dimohon oleh Tan Sri Khalid sendiri bagi menumpukan tenaganya untuk disalurkan dalam pentadbiran Selangor," katanya.

Azmin sebelum ini mengetuai PKR Wilayah Persekutuan.

Kekosongan yang ditinggalkannya Azmin di Wilayah Persekutuan itu akan diambil alih oleh penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim, umum Wan Azizah lagi.


Rombakan itu dilihat mengejutkan apabila sejak semalam ramai pemimpin kanan parti itu terus menafikan terdapat desakan supaya Khalid berundur dalam pemukiman PKR.


Dalam menjawab segala penipuan yang di gembar - gemburkan oleh Media - media pro - UMNO yang mana Azmin cuba nak gulingkan Menteri Besar adalah satu fitnah dan tohmahan dari UMNO dan Barisan Nasional.


Ini Kerana pada ketika Azmin Diasak oleh wartawan berhubung khabar angin pergeserannya dengan Khalid, Azmin menafikannya tetapi mengakui sesetengah pihak di parti itu mempunyai beberapa isu dengan menteri besar berkenaan.

Namun katanya, beliau bukan seorang sahaja yang menyuarakannya.

"Ini bukan isu saya. Ia luahan ahli dalam parti. Anda lihat pada kongres lalu...kebanyakan perwakilan melahirkan kebimbangan mereka dengan kerajaan negeri, khususnya Selangor yang mesti bergandingan tangan dengan ahli parti dan pemimpin lain kerana mereka mesti melaksankan polisi yang dilulus dan ditauliahkan oleh PKR,” katanya.

Azmin juga menafikan bahawa beliau dalang yang cuba mengulingkan Khalid daripada kerusi menteri besar dan berkata jika beliau berhasrat berbuat demikian ia akan dilakukannya sejak tahun 2008 dan bukan ketika penggal sekarang hampir berakhir

Azmin Ali berkata soal menumbangkan Khalid tidak timbul sama sekali.

Katanya, kritikan ke atas menteri besar itu telah disalahtafsirkan sebagai usaha menjatuhkan Khalid seperti penipuan yang di mainkan oleh Media - Media UMNO.

"Tidak sama sekali. Saya menyokong sepenuhnya kepemimpinan Tan Sri Khalid sebagai menteri besar," katanya yang juga ahli parlimen Gombak.

Bagaimanapun, kritikan daripada pemimpin parti ke atas Khalid menunjukkan kerajaan negeri perlu membuat perubahan bagi memastikan rakyat sentiasa menyokong Pakatan Rakyat.

K

etika ditanya lanjut, beliau turut menafikan kewujudan 15 orang wakil rakyat berkenaan sebagai spekulasi yang ditimbulkan oleh media.

"Siapa kata 15 (orang)? Yang kata 15 itu wartawan. Wartawan yang buat spekulasi. Kenapa 15 (orang) bukan 20, (sedangkan) ada 20 MP dalam PKR.

"Jadi ini adalah nombor yang direka-reka oleh seseorag. Saya tidak bertanggungjawab tentang itu," katanya lagi.

Sementara itu presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Ismail (atas, kanan), ketika ditemui wartawan turut menafikan isu itu ditimbulkan dalam permukiman kali ini.

"Tidak, kita telah keluarkan notis bahawa kita akan buat penilaian sebab kita ada pemilihan parti yang akan datang, dan kita bertemu (di permukiman). Apa yang isunya? Tidak ada isu.”

Turut ditemui, ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof yang berkata beliau langsung tidak mengetahui mengenai wujudnya "komplot" untuk menggulingkan Khalid.

"(Bagi) saya, apa yang dikatakan komplot, saya tidak tahu. Apa yang saya tahu perjumpaan hari ini adalah untuk memantapkan parti," katanya.

Sejak kebelakangan ini, media menimbulkan desas-desus 15 ahli parlimen PKR akan cuba menggulingkan menteri bear Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerna didakwa tidak berpuas hati dengan cara pentadbirannya.

Seperti Biasa UMNO akan membangkitkan perkara - perkara yang langsung tak berhubung - kait dengan dengan rombakan semula PKR oleh itu segala cerita - cerita penipu mahu di hebohkan pada 1 malaysia yang kononnya kita mahu mengguling MB sedangkan ramai di antara kita telah di beritahu dengan jelas kita kongres nasional yang lalu yang mana kelemahan pentadbiran Tan Sri Khalid di kritik oleh ahli - ahli PKR sendiri.

Inilah reformasi yang cuba di bawa oleh PKR yang mana ahli - ahli PKR berhak mengkritik kiranya terdapat kelemahan dalam sesuatu pentadbiran atau kepimpinan.Tidak seperti UMNO dan Barisan Nasional,jika terdapat mana - mana ahli yang cuba mengkritik pentadbiran dan kepimpinan mereka maka ahli itu di cantas dan di cemuh.

Bermula dari itu budaya politik bunuh - membunuh yang ada dalam UMNO mesti di hapuskan dalam PKR.UMNO akan membunuh mana - mana ahlinya yang cuba mengkritik atau cuba tunjuk pandai tetapi KR memberi peluang mana - mana ahli menegur kepimpinan jika ada kelemahan.

Dan kini tindakan di ambil hasil dari teguran itu untuk memperbaiki organisasi dan memperkasa kan parti.Rugi lah rakyat 1 malaysia kalau tak pilih PKR dalam PRU - 13 nanti kerana kami lebih telus dan adil berbanding UMNO.

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: