Lagu Janji dicapati

Loading...

Tuesday, July 28, 2009

-Inilah dinamakan Topeng.. Lidah bercabang.. Talam 2 Muka... kepada Rakyat..


Impian Najib lihat Malaysia makmur- Utusan Melalok.

PUTRAJAYA 23 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak menyambut hari jadinya yang ke-56 hari ini dengan harapan untuk melihat Malaysia menjadi lebih makmur dan bersatu sejajar dengan konsep ‘‘1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’' yang beliau ilhamkan.
Ketika ditemui pemberita di Hotel Marriot di sini selepas merasmikan satu seminar mengenai ekonomi, Perdana Menteri berkata, beliau mahukan rakyat merasakan bahawa mereka turut menyumbang dan dihargai ke arah mencapai hasrat 1Malaysia itu.

Sila Baca ni.. Terima Kasih.

PEGAWAI PERTANIAN DILARANG HADIRI MESYUARAT LIMA NEGERI PEMBANGKANG – berita hairan

KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa serta-merta semua kakitangan dan pegawai agensi Kementerian Pertanian dilarang menghadiri mesyuarat pembangunan yang dianjurkan di lima negeri pembangkang. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar, berkata ini kerana kerajaan negeri terbabit tidak memberi kerjasama dan peruntukan untuk projek membabitkan kepentingan petani, peladang dan nelayan.

Lagi Satu.. Terima Kasih.

Kerajaan Selangor Bakal Bincang Peruntukan Pembangunan Dengan Kerajaan Persekutuan : Selangorkini.

SHAH ALAM, 20 Julai - Kerajaan negeri Selangor bakal mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi membincangkan peruntukan pembangunan yang sepatutnya disalurkan kepada selangor.
Dalam pada itu, Tan Sri Khalid berkata, Selangor tidak seharusnya mempunyai dua pejabat pembangunan negeri iaitu yang ditadbirkan oleh kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.
“Tidak perlu ada 2 pejabat untuk pembangunan negeri Selangor, 2 pejabat maknanya pejabat yang dikelolakan oleh kerajaan persekutuan dan pejabat yang dikelolakan oleh kerajaan negeri. Tak perlu untuk Selangor saya tak tahu untuk negeri lain tapi untuk Selangor tidak perlu kerana dia merugikan wang rakyat because the overhead cost is double”, tegasnya lagi.

Mengapa perlu disekat?? Rakyat juga menjadi mangsa.. Cakap nak Makmur.

Barisan Nasional seolah-olah tidak mengakui kekalahan mereka di Selangor. Masih ego menyalahgunakan wang pembayar cukai mengikut kemahuaan mereka sendiri. Ape salah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor demi kemakmoran Rakyat. BN menggunakan konsep penjajah iaitu mengongkong dan mengugut sekaligus ingin merampas kuasa di Selangor meskipun ditolak Rakyat Selangor..

Sistem yang diamalkan kita ialah federalisme, bukan kerana apa, Pusat ada kewajipan kepada negeri dan negeri ada kewajipan kepada Pusat. Kenapa nak sekat peruntukan dan kerjasama kementerian yang bertanggunjawab.

Negara dan Negeri ini bukan hak UMNO dan BN, kalau tak bantu, Kerajaan Pusat kena bantu negeri ini bukan dengan sukarela, tetapi dengan Perlembagaan.

2 Malaysia.. Rakyat Dikemudiankan. Penjajahan Diutamakan.
Inilah dinamakan Topeng.. Lidah bercabang.. Talam 2 Muka... kepada Rakyat..

1 comment:

Faisal b. Abdul Raman (Setiausaha) said...

Layari blog dakwah rasmi PAS Cawangan Taman Bukit Subang: www.pasbktsubang.blogspot.com

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: