Wednesday, July 22, 2009

-Demo Anti-ISA vs Pro ISA??



Malaysiakini-Demonstrasi menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan pakatan pembangkang bakal bertembung dengan ribuan pendukung akta kontroversi itu, 1 Ogos ini.Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama sepuluh NGO Melayu bakal memimpin "rakyat Malaysia yang cintakan keamanan" berhimpun di Pasar Seni di ibu negara bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap ISA.

Timbalan Presiden II Pewaris, Rahimuddin Md Harun ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan rancangan itu.Katanya, dengan berpakaian putih, mereka akan berhimpun pada jam 1 tengah hari dan mengumpulkan tandatangan orang ramai meminta kerajaan mengekalkan akta tersebut."Kita juga bercadang hantar memorandum (mengekalkan ISA) kepada Yang di-Pertuan Agong jika dibenarkan," katanya.Perhimpunan tersebut yang bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" dibuat serentak dengan Himpunan MANSUH anjuran GMI yang ingin berarak ke Istana Negara. GMI, yang didukung parti pembangkang utama dan NGO hak asasi, memilih tiga lokasi yang selama ini menjadi pusat perhimpunan anti-kerajaan - kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan KL Sentral – sebelum menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mereka mengarahkan semua penentang ISA berpakaian merah dan hitam sebagai simbol bantahan. Perhimpunan itu dijangka bertukar pentas untuk menuntut keadilan bagi Teoh Beng Hock - setiausaha exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah - yang ditemui mati dalam tanda tanya dekat pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khamis lalu.Ditanya sama ada tindakan Pewaris bakal mencetuskan pertembungan dengan penunjuk perasaan yang menentang ISA, Rahimuddin berkata, "mereka tidak berniat mencetuskan perkara itu"."Kalau (mereka) kata kebebasan bersuara, kami pun nak guna juga. Kita tidak ada niat pun nak bertembung dengan sesiapa," katanya, sambil menyifatkan pemilihan tarikh itu "cuma kebetulan sahaja".

Pewaris akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan persiapan akhir, termasuk memohon permit polis bagi tujuan itu. Sidang media bagi mengumumkan perkara itu dijangka dibuat beberapa hari lagi.

Soalan..
1-Sudah Tiada tarikh lain ke Pewaris ni nak berkumpul?
2-Kalau berlaku pergaduhan siapa nak dipersalahkan?

Nak tanya..
1-Apa alasan mereka mempertahankan ISA ni.. Tak sekolah ke?? Buta IT?? atau Tak pandai baca buku?? Mungkin Otak tak Waras??

Hujah..
1-Menurut Islam, terdapat satu keadah fiqhiyyah yang berbunyi, "al-dharrar yuzalu bil-syara" yang bermaksud kemudharatan itu ditolak oleh syarak."Penahanan tanpa bicara di bawah akta ISA adalah satu tindakan yang zalim kerana hak-hak individu untuk membela diri dirampas sehingga tidak berpeluang untuk membukti seseorang itu tidak bersalah."ISA juga membawa kemudaratan kepada si isteri dan anak-anak tertuduh yang terpisah dengan si suami atau bapa.
2-Tahanan ISA turut diperlakukan dengan penyeksaan seperti dipukul dan dibelasah.Islam memberi peluang kepada yang dituduh untuk membela diri."Tidak boleh dihukum sehingga diberi peluang seluas-luasnya untuk membela diri... sehingga tidak ada seorang pun yang tidak dibela.
3-Piagam hak asasi manusia -ISA bercanggah dengan piagam hak asasi manusia yang diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), selepas peperangan dunia kedua."Pada tahun 1981, telah diluluskan satu piagam alternatif iaitu deklarasi Islam sedunia tentang hak asasi...kedua-dua piagam tersebut tidak bersetuju dengan penahanan tanpa bicara,"
4-ISA adalah haram kerana ia bercanggah dengan al-Quran, amalan Rasulullah SAW, Khulafa' Rasyidin, imam-imam mazhab dan bercanggah dengan apa yang ditetapkan oleh masyarakat antarabangsa.
5-Tiada apa-apa agama yang meyokong penahanan tanpa bicara kerana ia menentang prinsip keadilan dan kesaksamaan sambil menjatuhkan maruah manusia.bangsa.
6-ISA bercanggah dengan Hak Asasi Manusia, Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta dibawah artikel 5,6,7,8,9,10 dan 11 Deklarasi Hak Asasi Antarabangsa.

Sebenarnya..(Bak kata orang tua2 ada udang disebalik batu)
-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada masa ini bukan lagi undang-undang keselamatan negara sebaliknya menjadi undang-undang keselamatan kepada tokoh dan pemimpin parti yang memerintah. Kerajaan BN berkuasa untuk menahan seseorang selama dua tahun yang menurutnya akan, mungkin atau bakal memudaratkan negara. ISA adalah warisan penjajah, negara kita telah mencapai kemerdekaan, sepatutnya dilakukan pembaharuan termasuklah pembaharuan undang-undang; memerdekakan undang-undang negara, undang-undang negara mesti dibebaskan dari belengu-belengu kezaliman yang mengongkong rakyat.

Kesimpulan...
-Kerajaan BN serupalah macam Penjajah yang menakut-nakutkan Rakyat demi mempertahankan kuasa mereka.

Tindakan..
"Turun beramai-ramai"
PERHIMPUAN MANSUHKAN I.S.A
Tarikh : 01 Ogos 2009
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: