Lagu Janji dicapati

Loading...

Friday, July 24, 2009

-Mat Monggol Kelentong lagi.......Suruhanjaya Kelentong di Wujud kan untuk Lindungi si Pesalah

Apabila Mat monggol mengumumkan Suruhanjaya yang di tubuhkan bukan untuk menyiasattetapi adalah untuk menjalankan Inkues terhadap individu - individu yang tebabit dalam kes Teoh Beng Hock kita mula terfikir bagaimana kah Keadilan buat Teoh Beng Hock? Kita Mahu Suruhanjaya Di Raja Khas di tubuhkan untuk menyiasat bukan untuk Buang masa menipu rakyat untuk memperkotak - katik kan keadilan buat Teoh Beng Hock.


Persoalannya di sini apabila Mat Monggol membuat keputusan dengan menubuhkan keputusan menubuhkan suruhanjaya diraja dan inkues – dengan dua bidang kuasa berbeza – bagi menyiasat kematian misteri Teoh Beng Hock sebagai "Mempersendakan keadilan, kebenaran dan ketelusan".

Kunci persoalan bagaimana Teoh meninggal dunia mesti juga disiasat (oleh suruhanjaya diraja) dan dijawab.
Persoalan ini tidak boleh diasingkan daripada isu umum tentang bagaimana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan siasatan.
Tidak perlu untuk inkues ini diteruskan. Suruhanjaya diraja patut menyiasat keadaan kematiannya. Kita juga mempunyai keraguan yang serius terhadap keberkesanan inkues tersebut kerana Suruhanjaya yang di tubuhkan di lihat bukan untuk mencari punca bagai mana Teoh Beng Hock mati tetapi perjalanan dan kelentong yang di tunjukan oleh kepura - puraan Mat Monggol cuma nak Suruhanjaya ini mengesahkan yang Teoh Beng Hock sudah Mati.Ini kelentong jenis apa? Dari tragedi kematian Teoh Beng Hock, ada antara kita yang sudah pun puas hati dengan pengumuman penubuhan Suruhanjaya Diraja oleh kerajaan pimpinan rejim Mat Monggol. Seolah-olah dengan adanya pengumuman itu, semua masalah akan selesai.


Nampaknya Mat Monggol mahu kita lupa dalam soal salah laku polis dan kes-kes kematian semasa siasatan dan sewaktu dalam tahanan. Mereka sudah lupa bahawa cadangan-cadangan pokok yang dibuat oleh Tun Dzaiddin dan Tun Hanif dalam Laporan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) lima tahun lalu masih belum dilaksanakan.




Mereka juga mahu kita lupa mengenai cadangan-cadangan Suruhanjaya Diraja yang diketuai oleh Tan Sri Haidar mengenai kes pita video V.K. Lingam. Walaupun kandungan laporan itu sudah dimaklumkan kepada umum, dan secara “prima facie” memang ada kes salah laku oleh orang-orang ternama, tindakan susulan yang sepatutnya dilaksanakan oleh Peguam Negara tidak pun berlaku.Kini satu lagi sejarah hitam berlaku dalam negara kita di mana Teoh menjadi mangsanya. Rakyat Malaysia sekali lagi mahu sebuah Suruhanjaya untuk menyiasat kematian Teoh. Nampaknya sekali lagi kita akan dipermainkan, dan sudah pasti kita akan terus kecewa dan hampa dan tambah lagi dengan laporan - laporan dari akhbar ,media dan website yang menjadi tukang canang - canang bagi geng - geng algojo terutamanya Utusan Merapu yang berteriak macam Histeria menghentam Nizar atas kesalahan memegang lilin dalam upacara Politik tapi bukan keagamaan dan Agenda Daily yang baru - baru ini menuduh yang mana kematian Teoh Beng Hock ibarat lesen besar untuk mengelak dari di siasat,nampaknya pengendali Agenda Daily pun kena Masuk sekolah sama macam orang - orang UMNO seperti yang di suruh oleh Wak Din Sembab.







Sebab yang di pertikaikan kenapa Beng Hock boleh mati dalam siasatan? itu yang patut di ketengahkan bukan soal "lesen besar" atau mahu lari di siasat kerana persoalannya di sini mengapa ada yang mati dalam siasatan.Yang membuatkan kita tidak berpuas hati ialah kenyataan si penulis Jahanam ini memanipulasi dan memutarbelitkan fakta apabila mendakwa yang mana Beng Hock melompat keluar dari Bangunan Plaza Masalam kerana mahu melindungi boss nya sendiri kerana di sini apa yang di putar belit kan adalah Mendiang Beng Hock di katakan adalah Saksi dalam tuduhan penyalahgunaan peruntukan kerajaan Negeri...


Sedangkan seperti apa yang di beritahu oleh Pegawai SPRM sebelum ini yang mana Beng Hock di siasat atas sebab di syaki menyeleweng wang peruntukan sebanyak RM2500.00 sedangkan Agenda Daily memberitahu yang Mendiang adalah Saksi,yang mana satu betul Mendiang Beng Hock adalah saksi atau Suspek?

Adakah ini sema sekadar untuk menutupsesuatu kezaliman,kalau kezaliman ke atas Beng Hock berjaya di tutup,selepas ini giliran siapa pula untuk di bunuh? atau di culik dan di paksa untuk menurut kemahuan si penculik.





Seperti mana yang kita lihat Rejim Pimpinan Mat Monggol menyediakan dua badan untuk menyiasat kes tersebut. Oleh kerana rakyat mahukan Suruhanjaya Diraja, maka Mat Monggol menghadiahkan satu Suruhanjaya tapi ia hanya untuk menyiasat prosedur yang digunakan oleh pihak penyiasat, iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Yang menyiasat soal pokok yang lebih besar dan penting, iaitu mengenal punca sebab kematian Teoh Beng Hock yang memang semua orang ingin tahu. Mat Monggol menyerahkan tugas yang maha berat itu kepada seorang majistret, iaitu pegawai mahkamah yang paling rendah pangkat dan kedudukannya di bawah kawalan Peguam Negara.


Jadi, marilah kita sama-sama fikirkan sendiri, sejauh mana hasil siasatan seorang majistret dan sama ada kebenaran akan terserlah nanti. kita jangka satu lagi “cover up” akan berlaku





.




Ingin dingatkan bahawa Suruhanjaya Diraja di bawah undang-undang hanya boleh membuat cadangan-cadangan sahaja. Tindakan muktamad terhadap orang yang didapati bersalah bergantung kepada Peguam Negara. Kalau Peguam Negara kata tak ada salah laku, maka dengan itu tak wujudlah kesalahan, walaupun Suruhanjaya Diraja mendapati ada kesalahan. Tengoklah apa yang berlaku dalam kes pita video Lingam. Sampai hari ini, yang jelas bersalah masih belum di bawa kemuka pengadilan.


Kalau mahu tahu dengan sebenar-benarnya mengenai bagaimana untuk membela keadilan buat Teoh Beng Hock, A. Kugan dan 1,500 orang lagi yang mati dalam tahanan sejak 6 tahun lalu,hanya ada satu cara sahaja.





GULINGKAN KERAJAAN PIMPINAN REJIM MAT MONGGOL IAITU PARTI BUDAK NAJIB(BN) DALAM PILIHANRAYA UMUM KE - 13 DAN NAIK KAN KERAJAAN PIMPINAN PAKATAN RAKYAT.

Baru lah kita dapat lakukan pembaharuan dalam perundangan dan tegak kan keadilan buat Teoh Beng Hock,Kugan dan mereka - mereka yang pernah mati dalam tahanan atau dalam siasatan.



No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: