Monday, July 20, 2009

-Agenda melumpuhkan Fokus Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor..




Kematian mendiang Teoh Beng Hock merupakan kemuncak kepada penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat.Sehingga kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara berterusan menjalankan siasatan dan membuat ancaman ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat, sedangkan laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa para pemimpin Barisan Nasional tidak diendahkan.

Ini adalah bukti kukuh bahawa suruhanjaya yang baru beroperasi selama enam bulan itu hanyalah dijadikan alat oleh Barisan Nasional dan Umno untuk melemahkan Pakatan Rakyat.Jawapan tegasRakyat menuntut jawapan yang lebih tegas dari SPRM dan Perdana Menteri yang menjadikan SPRM sebagai kuda tunggangan Umno, dalam tindakan untuk merampas kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Badan seperti SPRM seharusnya bertindak profesional dan menyelamatkan integriti mereka dengan mengambil tindakan ke atas laporan terhadap para pimpinan Barisan Nasional yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah.SPRM juga seharusnya memberhentikan teknik mendera dalam soal siasat mereka.Dalam kes Mendiang Teoh, SPRM perlu mengenal pasti pegawai terlibat seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan. Rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap SPRM dan institusi lain yang dtubuhkan oleh kerajaan.

Polis dan SPRM dipergunakan oleh BN untuk melumpuhkan fokus Kerajaan Pakatan Rakyat dalam mentadbir Negeri Selangor.. Bayangkan jika beberapa adun dan exco terpaksa turun naik mahkamah dalam melawan pendakwaan kes yang sengaja diada-adakan.. Berapa banyak masa dan wang ringgit yang perlu seseorang adun atau exco habiskan untuk membela diri!??

Satu lagi psywar Barisan Nasional yang diketuai Najib di Negeri Selangor dalam strategi merampas Negeri Selangor.. Mudah-mudahan Rakyat tetap bersama kita dan semakin bertambah.. Mari kita Doakan keghairahan BN akan Memakan diri mereka sendiri.. Amin..

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: