Lagu Janji dicapati

Loading...

Wednesday, July 22, 2009

-Selangor Juara Liga Super 2009.

Liga Super: PDRM 1 Selangor 6

Tahniah diucapkan pada pasukan SELANGOR kerana berjaya menjuarai Liga Super 2009 biarpun masih berbaki satu perlawanan selepas mereka berjaya membelasah PDRM 6-1 di Stadium Selayang malam tadi.

Selangor mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi lambungan Rudie Ramli (minit ke-3) dan tandukan Nasriq Baharom (minit ke-29).
Pada babak kedua, Selangor menambah empat lagi gol hasil tandukan Amri Yahyah (minit ke-46), sepakan penalti Razman Roslan (minit ke-54), tolakan mudah Amirulhadi Zainal (minit ke-71) dan rembatan jarak jauh D. Surendran (minit ke-75).

PDRM bagaimanapun memperolehi gol saguhati pada minit ke-84 menerusi Khairul Izuan Abdullah.

Perlawanan terakhir Sabtu ini, Selangor akan bertemu Pahang di Stadium Shah Alam di mana trofi Liga Super akan disampaikan ketika itu.

Harap musim depan MB dapat beri lebih perhatian kepada Pasukan Bola Sepak Selangor. Disamping kita bekerja memperkukuhkan ekonomi dan menjaga kebajikan rakyat Selangor. Bidang sukan dan aktiviti belia yang sihat juga perlu diberi penekanan kepada rakyat Selangor dalam melahirkan belia yang sihat, mempunyai modal insan dan sahsiah yang tinggi. Inilah bezanya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengurustadbir seluruh kepentingan dan hal ehwal Negeri Selangor berbanding Kerajaan BN karat dahulu..

PDRM vs Selangor = 1 - 6
SPRM vs Selangor agak2nye berape SPRM kene bolos??

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: