Lagu Janji dicapati

Loading...

Monday, July 27, 2009

-UMNO semakin Jaki kepada Pakatan Rakyat

Setelah berbagai cara untuk meruntuhkan keharmonian Pakatan Rakyat Gagal UMNO terus mengarahkan ahlinya supaya memanggil Pakatan Rakyat dengan Pakatan Pembangkang denagan alasan Pakatan Rakyat tak layak menggunakan nama itu kerana dakwanya seelama ini Pakatan Rakyat telah memecah belahkan Rakyat.Nampaknya orang yang bercakap tak pandai nak menapis tutur katanya ,kerana kalau di Dewan Rakyat boleh mereka menggelarkan Pakatan Pembangkang tetapi di negeri - negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat seperti Kedah,Kelantan,Pulau Pinang dan Selangor yang mana Menteri Besar Pakatan Rakyat bersama - sama Exco dan ADUN - ADUN nya yang duduk di sebelah Kanan Speaker takkan lah nak panggil Pakatan Pembangkang sedangkan mereka yang memerintah.Tetapi yang hairannya Barisan Nasional tidak pernah pula di paggil sebagai Barisan Pembangkang bila mereka berada di pihak pembangkang di ke empat - empat negeri ini.Isu perkataan Pakatan Rakyat yang mereka bising - bisingkan sedangkan isu Bahasa Melayu yang sepatutnya "mereka" yang ketengahkan tak pula di perkatakan atau di pertikaikan sedang isu PPSMI ini melibatkan pembangunan intelektual anak bangsa.

Tetapi Perkataan Pakatan Rakyat pula yang menjadi isu sehingga mereka sanggup menghasut hali - ahli UMNO supaya jangan memanggil mereka sebagai Pakatan Rakyat,alasannya kerana Pakatan Rakyat benyak memecah - belahkan rakyat.Alasan apakah ini? kalau Pakatan Rakyat memecah - belah kan rakyat pastinya Rakyat akan menolak dan memulaukan undi kepada Semua parti - parti komponen di dalam Pakatan Rakyat tetapi dalam 7 pilihanraya kecil Rakyat memberikan mandat dan sokongan kepada Pakatan Rakyat dengan kemenangan melalui aggregeat 6-1 jadi persoalannya dari celah mana UMNO katakan PR telah memecah belah kan Rakyat? tetapi yang selama ini terbukti memecah - belahkan rakyat adalah kenyataan - kenyataan dari Pemimpin - pemimpin UMNO sendiri sehingga menuduh orang cina sedang merampas hak demokrasi dari orang melayu dengan memberi undi kepada YB Datuk Seri Nizar calon dari Parti Islam dalam Pilihanraya di Bukit Gantang,jadi di sini Pemimpin - pemimpin UMNO perlu tanya dan cermin diri sendiri atau ikut saranan muhyiddin Yasin "pergi Masuk sekolah balik" supaya pemikiran mereka lebih matang.Ini kerana ada di antara mereka yang juga berkata;

" Pakatan Rakyat tak layak guna perkataan Pakatan Rakyat kerana mereka tak membela rakyat,kerana selama ini kitalah (UMNO) yang menjadi Pembela atau pakatan rakyat"

Kalau begitu kenapa UMNO dan Barisan Nasional tak guna kan sahaja nama Pakatan Rakyat atau idea yang lebih bagus ialah "tutup" Barisan Nasional dan sertai Pakatan Rakyat rasanya itu idea yang lebih bagus dan baik,bubarkan Barisan Nasional dan masuk Pakatan Rakyat dan beri kerjasama kepada PKR,DAP dan PAS barulah UMNO boleh di berdiri megah sebagai pembela Rakyat.

Tapi pada pemikiran yang logik itu tak akan berlaku,kerana UMNO dah terlalu kronik dengan pengaruh hegemoni nya takkan mahu mereka berpadu dengan Pakatan Rakyat.Jadi pada Pemimpin - pemimpin UMNO janganlah isu perkataan yang nak di perbesarkan kerana ini akan menunjukkan UMNO ini cuma lebih "karut dari cakap" kerana mengkritik sesuatu hal yang secara utomatik akan menghentam diri sendiri,kerana apa? Isu perkataan yang di perbesarkan kononnya di haram kan dari di gunakan tetapi UMNO sendiri ingat bila berhubung soal Bahasa Melayu yang sepatutnya di perjuangkan UMNO sinonim dengan slogan "Hidup Melayu" tetapi di lihat sepi oleh UMNO terutamanya isu PPSMI yang di tuntut oleh pejuang - pejuang bahasa seperti Datuk Dr.Hasan Ahmad dan Sasterawan Negara A.Samad Said malah UMNO juga turut berdiam diri apabila membiarkan sahaja Pemimpin - pemimpin dalam BN memperlekehkan pejuang - pejuang bahasa ini sehingga memanggil mereka dengan panggilan "anasir"? jadi Parti Melayu jenis apakah UMNO ini ? Apakah perjuangannya ?adakah untuk melayu ? kalau mereka berjuang untuk melayu sudah pastinya mereka akan membantah bukan sahaja perlaksaanaan PPSMI malah membantah permansuhan kuota ekuiti melayu dan bumiputera ,membantah permansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang di lihat sudah pastinya akan membunuh potensi kemajuan usahawan -usahawan muda melayu.

Nampaknya secara terang lagi bersuluh UMNO tak lagi memperjuangkan bangsa tetapi poket - poket sendiri,oleh itu benarlah kata Datuk Seri Tuan Guru Hadi Awang Presiden PAS yang UMNO dan Barisan Nasional sudah sepatutnya berundur dari arena politik tanah air kerana matlamat perjuangan politik mereka semakin hari semakin Kabur.

1 comment:

AJAI- Admin said...

Perenggan ni penyokong UMNO tolong Fikir..

UMNO sendiri ingat bila berhubung soal Bahasa Melayu yang sepatutnya di perjuangkan UMNO sinonim dengan slogan "Hidup Melayu" tetapi di lihat sepi oleh UMNO terutamanya isu PPSMI yang di tuntut oleh pejuang - pejuang bahasa seperti Datuk Dr.Hasan Ahmad dan Sasterawan Negara A.Samad Said malah UMNO juga turut berdiam diri apabila membiarkan sahaja Pemimpin - pemimpin dalam BN memperlekehkan pejuang - pejuang bahasa ini sehingga memanggil mereka dengan panggilan "anasir"? jadi Parti Melayu jenis apakah UMNO ini ? Apakah perjuangannya ?adakah untuk melayu ? kalau mereka berjuang untuk melayu sudah pastinya mereka akan membantah bukan sahaja perlaksaanaan PPSMI malah membantah permansuhan kuota ekuiti melayu dan bumiputera ,membantah permansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang di lihat sudah pastinya akan membunuh potensi kemajuan usahawan -usahawan muda melayu

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: