Tapi Kenyataannya iaitu;
"Kita bimbang soal haram atau halal diketepikan semata-mata mahu mengejar kepentingan politik parti tertentu didalam negara ini"
Persoalannya di sini di mana halalnya atau di mana haramnya? pemimpin UMNO yang terang - terang merasuah pengundi di Manek Urai dan merasuah Perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO sehingga di tangkap oleh lembaga displin tak ada pulak pensyarah dari jabatan Fiqh atau Usulludin dari mana - mana Universiti nak kritik atau ulas tindakan mereka dari mana sudut halal - haramnya?
Persoalannya yang paling kritis nak di persoalkan ialah baru semalam Menteri Pertahanan Zahid Hamidi telah mengunjungi PM dan Menteri Israel Ehud Barak tak ada pulak di persoalkan di mana halal - haramnya ?
Tetapi Nizar hanya memegang Lilin untuk memperingati akan kematian Mendiang Beng Hock yang di zalimi sudah di kritik melampaui batas - batas islam,jadi bagaimanakah dengan perbuatan Rasulullah S.A.W yang memberikan penghormatan terakhir ke atas Jenazah seorang pemimpin bukan islam tak di pertikaikan pula halal - haramnya oleh Para Sahabat mahupun Para Cerdik Pandai islam yang ada pada hari ini?
Di sini jua saya pertikaikan mengapa Prof. Cerdik pandai ini tak pertikaikan perbuatan Memegang lilin dan Colok bagi kepada penganut Islam di negara China. Sebab itulah jika kita berkunjung dimana-mana masjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual dimasjid.
Dan tak ada Mana - mana ustaz atau Mufti pun nak menegur perbuatan kumpulan Imam dan Persatuan Islam serta AJK Masjid berbaris masuk ke dalam mesjid dengan memegang colok Semasa sembahyang hari raya puasa atau haji yang dinyalakan sambil mengalunkan takbir hari raya, dan sebelum melangkah masuh ke dewan sembahyang colok itu ditinggalkan diluar Masjid.
Tapi bagaimana dengan beberapa pemimpin Tertinggi UMNO yang kononnya mengaku beragama islam tapi menjemput beberapa bomoh dan dukun untuk melakukan upacara ritual memuang sial ketika memasuki sesebuah dewan atau pejabat Politik yang mereka Rasmi kan daan ini benar - benar berlaku dan terjadi.
Jadi disini apa yang tepat sekali kenyataan dari Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh UIA Hanya lebih kepada Bodek dan Ampu kerana dia hanya mampu mengkritik pemimpin Pakatan yang cuma melakukan hal yang tidak keterlaluan dari segi amalan Islam berbanding pemimpin UMNO yang mengunjungi dan melakukan perbincangan tertutup dengan musuh - musuh islam seperti Israel.
No comments:
Post a Comment