Tuesday, June 8, 2010

Madey Lancarkan Kempen Turunkan Mat Monggol

"Relaitinya sudah menjadi nyata , bukan lagi suatu fantasia tau khayalan. Peristiwa lama berulang kembali. Sekitar tahun 2004 , sebelum PRU 11 , Mahathir ditekan secara bersepadu supaya berundur. Kemarahan orang – orang UMNO dikumpulkan , dan semua sistem dan perkakas dalam parti dan kerajaan digunakan untuk memaksa Mahathir letak jawatan dalam parti dan juga kerajaan.

Ianya secara tidak langsung digabungkan dengan sokongan parti – parti pembangkang , yang sejak sekian lama tidak bersetuju dengan Mahathir.

22 jun 2004 , Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mengejutkan para pemimpin dan lebih 2000 perwakilan Umno di perhimpunan agung parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) , apabila mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional

Baca dengan tekun , analisa dengan teliti , fikir dengan waras , kaji betul – betul kenyatan Mahathir di bawah ini

Tajuk : Dr M minta rakyat sokong Najib

Kenyataan 1 : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak rakyat memberi ruang dan masa kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memantapkan perpaduan sekali gus mengukuhkan pembangunan negara.

Kenyataan 2 : Beliau yakin Perdana Menteri sedang gigih berusaha walaupun mungkin belum berjaya dan masih ada yang kurang yakin dengan kebolehannya.
Kenyataan 3 : Bukan mudah untuk memulihkan keadaan tetapi ia dapat dipulihkan jika seseorang pemimpin mendapat sokongan jitu daripada rakyat. Kenyataan 4 : Kalau melakukan sesuatu yang tidak baik, tegurlah tetapi kalau dia melakukan yang baik, sokonglah pemimpin kita supaya dia akan dapat kekuatan daripada sokongan kita.

Kenyataan 5 : Apabila mendapat sokongan yang kuat, dia dapat menjalankan tugas dengan lebih baik. Sudah tentu pemimpin lemah tidak dapat melindungi kita. Sama juga dengan apa-apa kumpulan, pemimpin yang lemah tidak akan memberi manfaat kepada kita.

Kenyataan 6 : Untuk dia menjadi kuat, dia perlu sokongan daripada kita tetapi pada masa sama perlu mengambil berat akan tuntutan daripada kita semua sebagai pengikutnya .
KLIK DI SINI

Ulasan

Dengan cara ini ia merupakan satu strategi halus , dan kaedah serta pendekatan ini yang selalu digunapakai olehnya semenjak tahun 1981 lagi. Kesanya , ia sebenarnya dapat mengumpul kebencian , kemarahan , ketidakpuasan hati bukan sahaja dikalangan pemimpin – pemimpin dan ahli PR , malah yang lebih penting ia menimbulkan satu keazaman kuat di dalam parti UMNO sendiri dan angota komponen BN sendiri untuk menjatuhkan Najib.

Apa yang pasti , menjelang PRU 13 tahun 2011/2012 nanti , usaha memulihkan UMNO , BN dan anggota komponennya masih menemui jalan buntu. Gelora dalam keluarga BN bukan lagi setakat riak dan arus kocakan kecil , tetapi gelombang birunya sudah membadai kencang. Masalah kesihatan dalam MCA , MIC, GERAKAN , PPP , terbaru SUPP sudah sampai ke peringkat ‘acute’ , selepas tahap ‘chronic’ semenjak 1999 gagal menurunkan semua parameter ‘pathological symptom’ penyakit – penyakit utamanya. Pendek kata semua pakar – pakar utama sudah menyerah diri dan denyut jantung serta paru – paru BN kini benar – benar bergantung kepada alat sokongan hayat ‘life support system’ sahaja.

Apa yang sedang berlaku dalam kelaurga besar BN kini ? Seperti kata S Vell Paari UMNO mengamalkan ‘pembunuhan politik’ , khususnya sejak era regim Mahathir. UMNO yang membuli semua rakan komponen BN selama ini. Dan , dalam UMNO pula ianya dikawal oleh pembuat dasar yang mempunyai kata putus , yang sudah ditetap dan diputuskan oleh Mahathir. Mereka ini yang mempunyai kata pemutus, samada dasar parti UMNO , ahli komponennya , BN dan juga kerajaan.

Sehubungan dengan itu , Najib diangkat dan boleh diturukan bila – bila masa. Sejak menerajui parti dan kerajaan , sentiment rakyat terhadapnya yang dipenuhi pelbagai skandal , tidak menjadi semakin positif , begitu juga prestasi kerajaan dengan pelbagai pendekatan – pendekatan palsu masih tidak mampu meletakkan negara ke landasan yang betul. Ini boleh dinilai pendekatan yang diumumkan kerajaan dari masa ke semasa , seperti pakej – pakej rangsangan ekonomi 1 dan 2 yang melibatkan puluhan billion ringgit duit rakyat , tetapi rakyat tetap berputih mata , begitu juga diandaikan pada 2019 negara akan bangkrap iaitu 1 tahun menjelang negara maju melalui wawasan palsu Mahathir 2020. Semua ini menggambarkan kerencaman masalah dalam parti dan kerajaan.

Semua kesengsaraan ini tidak memungkinkan Mahathir boleh duduk diam dalam istananya samada di dalam negara atau di seluruh dunia. Dia kepanasan dan rimas sepanjang masa kini. Begitu juga dengan pembuat dasarnya , kini demam berpanjangan. Kalau dengan mengekalkan Najib mengemudi parti dan kerajaan sehingga PRU 13 dan memungkinkan BN tumbang , Putrajaya jatuh , Mahathir terpaksa memulakan gerakan menurunkan Najib dari sekarang. Inilah yang dilakukan oleh Mahathir terhadap Pak Lah sebelum ini.

Siapa yang layak untuk mengambil alih tapak Najib selepas ini ? Mukhriz ? Muhyidin ? Zahid Hamidi ? Tengku Razaleigh ?

1 comment:

hussin said...

salam,

saya tidak faham kenapa mahadey dijadikan rujukan. dia ada agenda sendiri.

kalau dai nak jatuhkan najib, dia sebab sendiri. kita bukan lawan najib, lupakah?

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: