Lagu Janji dicapati

Loading...

Friday, September 18, 2009

-Dah tiga tahun, barulah Utusan naik angin

Tiga tahun lalu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kata, ada geng algojo yang panggil beliau beruk dan iblis.

Dalam berita Utusan Melalok 28/8/06 bertajuk "‘Usaha sekat jadi perwakilan satu penghinaan’," bekas Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata:
"Cara Nazri mengkritik saya bukan budaya Algojo, itu budaya kurang ajar. Ada yang panggil saya beruk, ada panggil iblis, ini budaya Algojo yang baru".
Beliau juga berkata:
"Yang itu (sekatan) lebih pelik, lebih menghina saya bahkan jadikan saya pariah dalam UMNO. Saya bekas Presiden jadi pariah dalam UMNO".
Akhirnya, maknanya setelah tiga tahun, barulah Utusan Malaysia melenting marah dan angin satu badan apabila akhbar itu menyiarkan berita muka depan yang bertajuk "Jangan biadab" hari ini.

Barulah saya tahu, cari makan rupa-rupanya menyebabkan kita sangat sabar dan lambat marah. Bayangkan la, dah tiga tahun dah, baru berasa nak marah.

Woiitt....ini berita kalau dah lalok ...lalaok lah jugak.......kalau dah hairan ....hairan jugak,kalau dalam satu surat khabar utusan melalok atau pun berita hairan tu yang betul cuma laporan nombor ekor...jerkk....yang lain kelentong abesss..........
kalau korang nak baca kena ikut petua hishammudin rais..kena baca terbalik, baru betulll

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: