Thursday, September 10, 2009

-Kenyataan Media AMK..

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan

9 September 2009

AMK DESAK KERAJAAN ADAKAN INKUES KES PENDERAAN SPRM TERHADAP SIVANESAN TANGGAVELU

AMK mendesak Kerajaan Malaysia mengadakan satu lagi inkues berhubung kes penderaan dan kezaliman SPRM terhadap seorang Penolong Pengurus sebuah syarikat iaitu Sivabesan Tanggavelu , 23 tahun .

T. Sivanesan telah ditahan di Pejabat SPRM Selangor , di Plaza Masalam pada 4 September sehingga 9 September 2008 . Sewaktu dalam sisatan SPRM , beliau telah diarah untuk berbogel dan beberapa orang pegawai SPRM menyerangnya.

Beliau telah dipukul dengan batang keluli, ditumbuk, diterajang, ditempeleng dan di rotan pada alat kemaluannya dan kedua tapak kakinya sehingga beliau tidak tahan lagi menahan kesakitan. Ekoran kejadian tersebut beliau telah mengalami kecederaan dan dirawat di kepala , buah pinggang dan kemaluan bertempat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah .

Kezaliman dan penderaan yang telah dilakukan oleh Pegawai-Pegawai SPRM terhadap beliau telah dibuat laporan dan aduan kepada SUARAM , SUHAKAM , PDRM dan Menteri Jabatan perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam mengenai Biro Pengaduan Awam , Datuk T.Murugiah .

Sehingga sekarang peristiwa 1 tahun lalu, yang telah dibongkarkan sewaktu beliau menjadi saksi dalam Inkues Kematian Teoh Beng Hock pada 8 September 2009 masih dalam siasatan . Adalah amat menghairankan bagaimana tiada sebarang tindakan yang diambil sehingga sekarang walaupun aduan telah dibuat 1 tahun yang lalu ?

Justeru , atas prinsip keadilan dan kebenaran , AMK mendesak agar pihak kerajaan wajib mewujudkan satu inkues bagi menyiasat kes penderaan SPRM terhadap T. Sivanesan .


Fariz Musa
Timbalan Ketua
Angkatan Muda Keadilan

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: