Friday, September 11, 2009

-Polis lambat bertindak.

YB Rodziah buat laporan Polis berkenaan ganguan seksual.



SHAH ALAM, 11.September- Laporan polis dibuat, hari ini, berhubung kenyataan berunsur gangguan seksual yang dilemparkan terhadap Exco Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail .Beliau berkata, kata-kata kesat berbaur ancaman yang dilemparkan kepadanya semasa Sesi Majlis Dialog Awam bersama penduduk Seksyen 23, 5 September lalu dikhuatiri mengancam keselamatannya.

“Bukanlah hasrat saya, untuk memenjangkan isu ini, kerana isu sebenar ialah isu sebeanr ialah pemindahan kuil sek19 namun keputusan ini dibuat setelah hampir seminggu berlalu kerana tentang keselamatan diri saya, keluarga serta pegawai saya semakin hari semakin bertambah memandangakan pihak polis belum lagi mengambil sebarang tindakan dalam perkara ini,” katanya.Beliau berkata kepada media sebelum membuat rakaman percakapan di Ibu Pejabat Polis, Shah Alam, tengahari tadi.

Beliau yang juga ahli penal Dialog tersebut dicemari perbuatan tidak bertanggungjawab kumpulan tertentu yang mencetuskan kekecohan dengat kata-kata seperti “ Aku akan rogol kau, Rodziah!” yang boleh memburukan nama beliau.“Dialog yang lepas begitu jelas perkara itu berlaku, begitu jelas hamburan kata-kata tetapi setelah semingu yang berlalu tiada apa-apa tindakan yang dibuat oleh pihak tertentu,“saya telah hadir bagi wakil rakyat daerah itu bagi menyelesaikan masalah itu tapi apa yang saya dapati dalam dialog itu, beberapa perkataan yang menuju kepada saya iatu perkataan jalang, “Rodziah mengalahkan pelacur”, “babi” dan “sundal” dan satu kata yang menyentuh kepada keselamatan saya ialah, “Aku akan rogol kau Rodziah!, intimedasi ini jelas untuk memburukan nama dan menghina saya.” Katanya.

Selain itu, katanya, tindakan melaporkan perkara ini juga bagi mewakili dan memperjuangkan melindungi hak kaum wanita diluar sana yang diancam dengan kenyataan berunsur ganguan seksual seperti itu.“Saya akan bekalkan klip video yang menunjukan jelas perlakuan tersebut, saya tuntut pihak polis untuk menyiasat perkara ini sama-ada lemparkan kepada saya atau sesiapa yang yang dilamparkan, siasat mereka ini bawa kemuka pengadilan dan demi keselamatan semua individu terutamanya mereka tidak boleh menghina maruah wanita,” katanya. KEMALIA OTHMAN

Slogan Polis Tegas , Adil dan Berhemah..
Tekanan dan didikan oleh BN maka Polis gagal menjalankan tugas seperti diharapkan oleh seluruh Rakyat Malaysia..

3 comments:

MNA said...

Tindakan membuat laporan polis oleh YB Rodziah memang bertepatan. Bahkan bagus juga kalau YB Rodziah dapat menimbangkan saman malu juga.

Kelakuan kurang ajar dan tiada pegangan agama segelintir hadirin dalam Majlis Dialog tersebut tidak boleh diterima. Kebiadapan mereka-mereka ini mengalahkan hooligan bolasepak Inggeris.

Mereka-mereka ini langsung tak hormat pada suami dan anak-anak YB Rodziah.

Apakah mereka terlupa bahawa YB Rodziah masih mempunyai suami...?

Apakah mereka sangkakan bahawa suami YB Rodziah tidak berdaya nak melindungi beliau ?

Apakah mereka sangkakan suami YB Rodziah nak berpeluk tubuh melihat sahaja kemudaratan menimpa beliau ?

Apa mereka juga sangka AMK Shah Alam juga takda kekuatan untuk melindungi pemimpin kita ? Kita pernah tunjuk kekuatan kita yang sejati sewaktu peristiwa menghantar lembu di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Selangor tidak lama dahulu.

Mereka-mereka yang membuat onak ini bukannya hadir untuk berdialog, sebaliknya nak membuat kacau dan menunjukkan kebencian mereka kepada Pemimpin Pakatan Rakyat, apatah lagi ada dari kalangan mereka sebelum ini dikecam hebat oleh warga Malaysia kerana insiden "Kepala Lembu".

Saya kenal benar sebahagian daripada mereka-mereka yang membuat onak tempohari. Saya pernah lihat muka-muka sebahagian daripada mereka-mereka ini sewaktu menghadiri Perhimpunan Agong Pemuda UMNO Shah Alam dahulu. [waktu itu saya masih lagi pengikut ajaran sesat parti UMNO]. Dasar kepalang ajar.

Saya juga mendapat maklumat bahawa mereka-mereka yang membuat onak ini juga menyimpan dendam terutama kepada YB Rodziah kerana kekalahan pemimpin mereka [Dato' Salamon Selamat] untuk DUN Batu 3 ketika PRU 12 dahulu. Mereka berdendam hingga sekarang ini.

Pada PRU 13 nanti, mereka-mereka inilah yang akan membuat kacau lagi. Saya harap jentera AMK Shah Alam dapat memperkasakan diri melawan apabila dicabar nanti.

Saya tidak mengenali YB Rodziah secara peribadi, cuma berkesempatan bertemu dengan beliau dalam beberapa acara Pakatan Rakyat dan Parti Keadilalan Rakyat. Namun saya rasa marah kalau beliau diperlakukan sedemikian kerana jelas perbuatan tersebut tidak menghormati malahan menjatuhkan maruah beliau sebagai seorang wanita.

Kepada YB Rodziah...LAWAN TETAP LAWAN ! Tabahkan hati YB ! Dalam dunia politik, kita ibarat roda, adakalanya tertolak ke atas dan adakalanya ditolak ke bawah.

MNA

Anonymous said...

TAK LAYAK JADI PEMIMPIN,MENYUSAHKAN ORG ,TIADA APA PUN YG AWAK BUAT SELAMA JADI ADUN...

LeeSlimShady said...

orang buta, dan yang dah makan suap dek UMNO BN mana nampak dah jasa orang lain....

tak tau BN yang dah menyusahkan rakyat dia tak nampak sebab mangkuk kat atas ni bangang sangat

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: