Wak Botox kata kononnya ;
Semasa berada di Mekah, beberapa wartawan menghubungi saya bagi mendapatkan komen dan penjelasan mengenai isu kuil di Selangor atau khususnya masalah di Seksyen 23. Terdapat juga seorang rakan di laman ini, saudara Mack membuat kenyataan seolah-olah saya menipu kononnya menyediakan tapak untuk kuil di Seksyen 18.
Kata beliau, "Saya membaca komen dato tentang isu kuil yang berpanjangan kerana perbuatan umno. Dato ada sebut seksyen 18 shah alam tapi mana ada tapak kosong lagi. Dato sebut siap dengan kemudahan nya sekali tapi saya rasa dato ini pemimpin yang jenis tak turun padang cakap main sedap mulut ajer"
-Wak botok kena tahu yang turun Demo sambil bawak kepala lembu dan yang menghamburkan kata - kata kesat di dewan bankuet bluewave hari tu pemimpin siapa? dari Pakatan Rakyat ke?
3. Petang tadi saya bersama bekas ADUN Batu Tiga dan juga bekas Datuk Bandar Shah Alam, Dato Salamon Selamat dan bekas ADUN Kota Anggerik, Dato Nawawi Md Zin telah membawa pemberita sendiri turun ke tapak yang disediakan oleh kerajaan negeri pada 2007 di Seksyen 18 dengan kos RM 600 ribu.
-betul ke Wak Botox? mana buktinya gambar atau pun dokumen?
4. Ketika itu kebanyakan pemilik kuil bersetuju untuk berpindah ke tapak ini dan juga tapak di Seksyen 22. Jika tidak silap saya infrastruktur di Seksyen 18 telah siap pada penghujung 2007. Selepas itu perbincangan untuk proses pemindahan telah berjalan. Namun keputusan pilihan raya umum lalu yang menyaksikan pertukaran kerajaan telah menyebabkan perubahan polisi.
-mana buktinya? betul ke? kenapa tak pemindahan tak buat secara langsung? kenapa nak tunggu pilihanraya?
5. Tidak semena-mena kerajaan Pakatan telah memberi keizinan pembinaan kuil di tapak Seksyen 23 tanpa mengambil kira pandangan penduduk berhampiran dahulu.
Betul ke tuduhan Wak botox ni? area tu kan kawasan kilang buklan perumahan,wak botox ni biar betul
6. Ini bermakna kerajaan negeri sendiri yang mencipta masalah pembinaan kuil di Seksyen 23. Jadi jika masalah mereka cipta sewajarnya mereka menyelesaikannya bukannya menyalahkan kerajaan lalu sebagai tidak berusaha menyelesaikan.
sekarang ni yang buat masalah siapa? siapa yang arak kepala lembu? bukan geng - geng UMNO ke Wak Botox
7. Justeru tuduhan bahawa kerajaan negeri sebelum ini tidak prihatin dengan keperluan penganut bukan Islam adalah tidak betul dan berniat jahat kerana tapak untuk menempatkan rumah ibadat telah disediakan.
Jadi BN sentiasa betul lah? yang salah tu Pakatan Rakyat? pandai Wak Botox.
8. Lokasi di Seksyen 18 itu juga tidak jauh dari Seksyen 23 iaitu hanya kira-kira 3-5 kilometer sahaja. Kerajaan negeri ketika itu yakin tapak ini yang terbaik. Malah di kedudukannya yang tidak berdekatan dengan perumahan membolehkan ativiti keagamaan dilakukan 24 jam tanpa sebarang gangguan atau rungutan penduduk.
Kalau dah tahu kenapa Wak Botox tak buat? kenapa nak "Passing" hal ni kepada Pakatan Rakyat?
9. baru-baru ini YB Ronnie Liu turut menyalahkan kerajaan yang lalu sebagai tidak mempunyai data mengenai rumah ibadat di Selangor. Saya juga ingin menasihatkan YB Ronnie Liu agar banyak membaca dan bertanya kepada pegawai tadbir kerajaan bagi mencari maklumat mengenai pembangunan negeri. Kesemua data rumah ibadat yang sah dan haram telah dikumpulkan sejak 2006 lagi oleh pihak berkuasa tempatan.
Yang mana satu sah ? yang mana satu haram? ooo...kalau macam tu surau al-ijtimaiah kat rimba jaya tu adalah rumah ibadat yang haram lah yeee.....
10. Pada 2007 terpadat 146 kuil hindu berdaftar. Manakala kuil yang tidak berdaftar lebih 600 buah. Sejumlah 800 orang pengerusi kuil Hindu berdaftar dan tidak berdaftar di Selangor hadir dalam perjumpaan bersama saya di rawang pada Januari 2008. Jadi tentulah aneh YB Ronnie tidak berjumpa data-data ini.
Betul ke? sami - sami kuil hindu satu selangor tolong "confirm" kan hal ini.
11. Kerajaan Pakatan harus bertanggungjawab terhadap keputusan yang mereka buat dalam isu pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23. Menuduh kerajaan sebelum ini sebagai punca masalah ini samalah seperti orang lain yang makan nangka orang lain yang terkena getah.
Wak Botox kena tanya balik siapa yang tabur getah lekatkan kepala lembu kat depan bangunan S.U.K hari tu...ketua cawangan mana yang maki hamun dan ugut nak rogol Rodziah masa Dialog hari tu.....
No comments:
Post a Comment